Hiburan

Puteri Sarah Sudah Fail Cer4i, Ini Rekasi Tenang Ira Kazar

Umum mengetahui, semalam pelakon Puteri Sarah memfailkan perceraian terhadap suaminya, Syamsul Yusof di mahkamah syariah selepas 9 tahun mendirikan rumah tangga.

Terbaru, perkongsian isteri kedua Syamsul iaitu Ira Kazar menjadi perhatian apabila dilihat tenang memuat naik perkongsian di media sosial miliknya.

Menerusi perkongsian di Insta Story, Ira dilihat ada memuat naik video makan aiskrim dan burger.

Perkongsian Ira itu dimuat naik semula oleh seorang netizen yang mengatakan Ira tenang menghadapi apa yang berlaku dan hidup perlu diteruskan.

Diruangan komen perkongsian tersebut, rata-rata netizen menyindir anak kepada Kaza Saisi bahawa posting tersebut hanya lakonan semata-mata sedangkan sebenarnya sedang celaru.

Kerja lebih gembirakan Puteri Sarah

Dalam pada itu Pelakon, Puteri Sarah Liyana lebih suka keluar bekerja berbanding ‘terperap’ di dalam rumah susulan konflik rumah tangga yang berlaku ketika ini.

Puteri Sarah berkata, peluang berjumpa dengan rakan-rakan akan membuatkan hatinya lebih gembira selain tidak peduli dengan masalah yang datang.

“Saya akan lebih normal apabila saya bekerja. Kalau dulu tiada kerja dan duduk di rumah saja, memang saya jadi ‘tak betul’. Tapi bila ada kerja dan berjumpa orang luar, saya tak fikir masalah yang datang.

“Alhamdulillah saya masih ada kerja dan rakan-rakan yang sentiasa menghiburkan saya. Kerja saya pun tidak terganggu sebab segala masalah saya letak di belakang,” katanya.

Menurut Puteri Sarah, dia reda apabila jodoh bersama suaminya yang juga pengarah popular, Syamsul Yusof hanya mampu bertahan selama sembilan tahun.

“Saya sangat lega apabila segala apa yang saya pertahankan tapi jodoh sampai di sini saja,” katanya.

Semalam, Puteri Sarah yang ditemani dua adiknya iaitu Puteri Sofia Nadira dan Megat Imran Ikram serta peguam Datuk Akberdin Abdul Kader, memfailkan permohonan cerai terhadap Syamsul di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur, di sini.

Permohonan difailkan mengikut Seksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984

Semalam, Puteri Sarah berkata 7 Mac depan sebagai hari sebutan. Puteri Sarah berkata tarikh tersebut jatuh sehari sebelum ulang tahun perkahwinan mereka yang kesembilan

kredit:roti kaya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *