Uncategorized

Sampai Kena Seret, Anak Merajuk Baring Atas Lantai Mall , Tindakan Emma Maembong Raih Pujian

PERKONGSIAN video yang dimuat naik pelakon Emma Maembong dan suami, Muhammad Shazli yang melayan telatah anak lelakinya iaitu Shariq Gabriel menarik perhatian netizen.

Menerusi video yang dikongsi di Instagram, Emma atau Fatimah Rohani Ismail, 30, yang mengenakan baju berwarna putih dilihat sedang menyeret dengan menarik tangan anak lelakinya ketika bersiar-siar di sebuah pusat beli belah di Singapura.

Difahamkan, anak lelakinya itu merajuk kerana tidak mahu didukung oleh suami dan memilih untuk berbaring di atas lantai pusat beli belah tersebut.

“Bila anak buat perangai tak nak jalan. Tetapi kita tak nak biasakan dukung sebab 24 jam nak dukung, tak nak jalan.

Anak Emma merajuk kerana mahu didukung

“Akhirnya dia menang jugak. Kita kalah.

“Bawa stroller pun dia nak duduk waktu tidur sahaja. Kalau tak, dia akan lari. Mesti banyak ibu-ibu dah lalui benda ini kan,” ujarnya.

Menjengah ruangan komen, rata-rata netizen terhibur dengan telatah anak lelaki pelakon drama Kimchi Untuk Awak itu yang tidak mengendahkan situasi atau tempat untuk tunjuk perasaan.

“Nampak macam kejam, tetapi orang yang tiada anak tidak akan faham keadaan itu. Sebenarnya budak itu lagi seronok kena tarik tangan macam itu.

Netizen terhibur dengan gelagat anak Emma Maembong

“Adoi budak-budak zaman sekarang memang pelik sebab banyak akal lain macam. Bertabahlah ibu-ibu zaman sekarang,” komen netizen.

Ada juga yang bersetuju dengan pendapat Emma dengan berkongsi pengalaman untuk melayan kerenah seseorang anak yang masih kecil itu bukan mudah.

“Sama lah macam anak saya. Akhirnya bawa stroller sahaja. Mana nak dukung, mana nak bawa stroller. Macam-macam akal budak sekarang,” komen netizen.

Emma Maembong mahu ramai anak, sejak habis pantang usaha tambah cahaya mata kedua

SEBAIK sahaja selesai berpantang anak pertama, pelakon Emma Maembong mendedahkan dia dan suami sudah mencuba untuk mendapatkan zuriat kedua.

Namun Emma atau nama sebenarnya Fatimah Rohani Ismail berkata rezeki untuk menimang cahaya mata kedua belum tiba dan dia serta suami percaya Allah mahu mereka memberikan perhatian lebih kepada anak pertama iaitu Shariq Gabriel.

Kata pelakon berusia 30 tahun ini, dia sememangnya mahu memiliki cahaya mata yang ramai, lebih-lebih lagi dia mempunyai 11 orang adik-beradik dan suka menjaga anak saudara.

Emma dan suami masih mencuba untuk dapatkan anak kedua.

“Saya memang ada mencuba untuk dapatkan anak kedua tapi belum ada rezeki lagi. Sebenarnya saya memang merancang untuk dapat anak cepat.

“Kalau boleh lepas pantang anak pertama itu, nak cuba terus dapatkan anak kedua. Itulah, kadang-kadang kalau kita nak sangat, susah nak dapat.

Jadi, misi saya berkahwin memang nak anak.

“Setengah orang nak tunggu anak besar sikit, tapi saya nak biar sekali penat. Adik-beradik saya pun 11 orang dan saya selalu jaga anak-anak buah.

“Jadi, misi saya berkahwin memang nak anak. Tapi belum rezeki… mungkin Allah nak saya beri perhatian lebih kepada anak pertama,” kata Emma kepada mStar.

Untuk rekod, pelakon drama Nusyuz Berkiblat Cinta itu mendirikan rumah tangga dengan juruterbang bernama Muhammad Shazli Azhar pada 20 Februari 2020.

Hasil perkahwinan itu, Emma dan suami mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Shariq Gabriel yang kini berusia dua tahun.

Emma ubah gaya pemakanan demi kesihatan anak.

Dalam pada itu, pelakon filem Frontliner ini turut berkongsi pengalaman dia memberikan susu badan sepenuhnya dan mengubah gaya pemakanan demi kesihatan putera sulungnya.

“Saya memang bagi susu badan sepenuhnya sebab nak anak ada antibody yang kuat. Bukan itu saja, saya juga amalkan makanan berkhasiat. Bangun pagi, makan buah-buahan seperti strawberi.

“Saya juga makan banyak sayur-sayuran walaupun sebelum ini, tak makan pun. Kalau dahulu, makan makanan yang tak sihat. Tapi demi anak, saya sanggup ubah gaya pemakanan,” ujarnya.

kredit: mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *