Hiburan

“Saya Belum Bertemu Dengan Isteri Abang” – Syafiq Yusof Mula Buka Cerita

Adik kepada sutradara Syamsul Yusof iaitu Syafiq Yusof, 31, mendedahkan yang dia masih lagi belum bertemu dengan isteri abangnya itu, Ira Kazar.

Syafiq menjelaskan, dia juga tidak pasti jika ibu dan bapanya, Datuk Yusof Haslam dan Datin Patimah Ismail telah bertemu dengan Ira atau belum.

“Saya tak ada jumpa dia (Ira Kazar) dan saya juga tidak pasti pula dengan ibu dan ayah. Sebenarnya kalau boleh, hal yang melibatkan keluarga ini saya rasa biar kekal sebagai hal peribadi keluarga.

“Bagaimanapun saya faham, kami datang daripada keluarga seni jadi kami terpaksa terima bila jadi perhatian.

“Tapi, apa pun, sesiapa boleh fikir dan tahu yang tak semua perkara dalam internet itu benar. Ada yang bercampur, dan ada juga kebanyakannya mungkin fitn4h,” katanya.

Syafiq ditemui selepas majlis pelancaran dan prebiu drama bersiri arahannya, Special Force Anarchy terbitan Disney Hotstar dan Skop Productions, di ibu kota sebentar tadi.

Dalam masa sama, Syafiq memberitahu yang dia tidak mencampuri urusan rumah tangga abangnya memandangkan mereka tidak duduk serumah dan jarang berjumpa.

“Kali terakhir kami jumpa adalah pada hari raya tahun lepas sebab masing-masing sibuk. Tapi, kami banyak bual tentang filem dan projek baharu.

“Bercakap di telefon pula sekitar dua bulan lalu tetapi sama ada berkaitan hal kerja atau peribadi, biarlah tidak saya dedahkan,” katanya.

Syafiq Yusof tutup mulut… tak campur urusan kahwin Syamsul, Ira Kazar

Kazar dakwa penat kena buli

Bapa Ira Kazar yang menjadi isteri kedua Syamsul Yusof, iaitu pelakon veteran, Kazar Saisi mencuri perhatian pengikut Instagram (IG) apabila mendakwa sudah penat dibuli.

Kazar meluahkan harapannya agar apa yang dilalui sekarang, dipercayai berkaitan kontroversi pernikahan anaknya, akan reda, suatu hari nanti.

Kazar meluahkan emosi itu dalam hantaran IG dengan visual atau latar belakang hitam, namun, bertindak memadam entri terbabit, tidak lama kemudian.

“Rehat kejap. Penat kena buli.… Huhu , c u (see you) at some fine day (jumpa kamu suatu hari nanti).”

Dipercayai hantaran itu susulan kekecohan tercetus selepas Syamsul mengesahkan bernikah dengan Ira di Thailand, Jumaat lalu.

Syamsul menyebut Kazar menjadi wali majlis nikah itu dengan foto mereka tular dalam media sosial.

Berikutan itu, Kazar yang terkenal dengan watak Pak Samad dalam drama bersiri 7 Hari Mencintaiku, turut terkena tempias kecaman netizen.

Jumaat lalu, Syamsul mengejutkan ramai pihak apabila mendedahkan dirinya telah berkahwin dengan Ira Kazar berwalikan Kazar Saisi sendiri di Thailand.

Pergolakan rumah tangga Syamsul dan isteri pertamanya, Puteri Sarah terus menjadi topik bicara sepanjang minggu lalu hingga sekarang.

kredit: astro gempak, bharian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *