Uncategorized

‘Saya Tak Marah Norman, Cuma Rasa Geram Je Sebab…’ – Lama Pendam, Abby Abadi Mula Buka Cerita

Umum mengetahui, pelakon, Abby Abadi masih lagi mengekalkan hubungan baik bersama bekas suaminya iaitu Norman Hakim demi anak-anak mereka walaupun telah berpisah selama 13 tahun.

Sambut hari lahir bersama

Terbaharu, pelakon Gerak Khas itu memuat naik sebuah video di media sosial yang menunjukkan dirinya menyambut ulang tahun kelahiran Norman atau nama sebenarnya Mohamed Nurhakim Zaidon pada 11 Januari lalu.

Bukan itu saja, sambutan itu diraikan bersama keluarga besarnya yang turut melibatkan suami Abby Abadi sendiri iaitu Faizal Zakaria.

Malah, Abby turut meluahkan rasa syukurnya kerana dapat berkumpul bersama kesemua ahli keluarganya memandangkan mereka sukar untuk berjumpa berikutan jadual kerja masing-masing.

Tak pernah berdendam tapi…

Tetapi, apa yang mencuri perhatian netizen adalah penulisan kapsyen hantaran video tersebut yang mana Abby mendedahkan bahawa dirinya tidak pernah menyimpan dendam terhadap bekas suaminya tetapi masih mempunyai rasa geram.

Walau bagaimanapun, dia tidak mendedahkan sebab dirinya masih menyimpan rasa geram terhadap Norman Hakim.

Kami macam kawan baik sekarang kan? Saya tak marah lagi pada Norman ni, cuma rasa geram je. Sebab? Rahsia! Hahahaha…

Abby Abadi dan Norman pernah berkahwin pada 2002 tetapi berpisah pada 2009. Sepanjang tujuh tahun bersama, mereka berdua dikurniakan tiga orang cahaya mata.

Selepas bercerai, Norman berkahwin pula dengan Memey Suhaiza pada 2011 dan dikurniakan tiga orang cahaya mata manakala Abby mendirikan rumah tangga bersama Faizal pada 2015.

‘Ex Dulu Bernasib Baik Sebab Saya Kurang Bercerita’ – Abby Abadi

Terdahulu Pelakon Abby Abadi meluahkan rasa kesal kerana sering menjadi mangsa tatkala isu rumah tangga dalam kalangan artis hangat diperkatakan.

Tak tahu siapa orang ketiga

Menerusi video di TikTok, Abby mengatakan bahawa dia enggan mendiamkan diri susulan kisah rumah tangganya bersama bekas suami, Norman Hakim dijadikan sebagai contoh sehingga mendatangkan fitnah.

Tegasnya, dia tidak pernah menyerang mana-mana pihak kerana pada ketika itu dia tidak tahu siapa yang menjadi orang ketiga dalam rumah tangganya.

Sejujurnya dulu saya tak pernah serang siapa-siapa. Tak pernah ya sebab tak tahu siapa orang ketika ke empat semua tu sebab saya tak berjaya check handphone ex (bekas suami).

Dan tak berjaya menjejaki gerak geri dia waktu itu sebab dia kata dia busy shooting ya dan ex tu memang jenis lari-lari dan tak balik. Jadi saya tak tahu sebelum jeng jeng jenggg.

Nak penjelasan bukan gaduh

Ujar pelakon berusia 45 tahun ini lagi, dia mencari Norman di set penggambaran hanya kerana ingin mendapatkan penjelasan dan bukannya untuk bergaduh.

Yang kata saya serang bekas suami dekat lokasi penggambaran, saya mencari sahaja sebab dah lama tak jumpa dan mahukan penjelasan. Tak ada bawa senjata apa pun.

Dan bila jumpa orang kata saya marah-marah, nangis-nangis dah tu? Takkan saya nak seronok kalau ex tak balik-balik dan sampai nak bercerai bagai.

Susulan daripada isu tersebut, Abby meminta warganet untuk berhenti membuat sebarang andaian mahupun spekulasi berhubung insiden terbabit yang kini sudah menjadi sejarah dalam hidupnya.

Malah, dia turut mengatakan sehingga ke hari ini dia masih menyimpan banyak perkara seorang diri tanpa pengetahuan keluarga.

Kes saya dulu banyak yang tak tahu sebab saya simpan seorang diri. Apa yang saya boleh cakap, ex dulu sangat bernasib baik sebab saya kurang bercerita. Kalau banyak fitnah, rasa macam nak menjawab jugalah. Perlu ke?

Sumber : abbyabadi112

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *