Uncategorized

Sebutan kes cerai Puteri Sarah, Syamsul 7 Mac depan. Rupanya ada persitiwa istimewa sehari lepas itu

Pelakon, Puteri Sarah Liyana memfailkan perceraian terhadap suaminya, Syamsul Yusof di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur hari ini.

Beliau yang memakai pakaian serba hitam tiba di mahkamah berkenaan pukul 10.20 pagi dengan ditemani dua adiknya.

Sejurus tiba di pekarangan kompleks mahkamah beliau diserbu pengamal media yang menunggu kehadirannya sejak pukul 8.30 pagi bagi membuat liputan kes perceraiannya itu.

Ketika ditanya mengenainya perasaannya, Puteri Sarah berkata, beliau tenang walaupun lewat pulang ke rumahnya pukul 1 pagi tadi kerana terlibat dengan penggambaran.

“Saya bersedia, bersemangat sebab ada adik-beradik,” katanya ringkas kepada media tanpa menyatakan nama adik beradiknya itu

Pelakon, Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin hadir ke mahkamah bagi memfailkan perceraian dengan suaminya, Syamsul Yusof di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur. Foto AFFAN FAUZI, 16 JANUARI 2023.

Dalam perkembangan yang sama Mahkamah Syariah di sini pada Isnin, menetapkan sebutan kes cerai selebriti, Puteri Sarah dengan suaminya yang juga pengarah filem, Syamsul Yusof sehari sebelum ulang tahun perkahwinan mereka pada 7 Mac depan.

Pelakon, Lu Pikirlah Sendiri de Movie itu atau nama sebenar Puteri Sarah Megat Kamaruddin, 38, berkata demikian ketika ditemui di lobi mahkamah.

Sama dengan tarikh ulang tahun perkahwinan

Ibu kepada dua anak itu berkata, ia merupakan suatu kebetulan kerana tarikh ulang tahun perkahwinan dengan pengarah filem Mat Kilau itu adalah pada 8 Mac 2014.

kredit: sinar harian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *