Uncategorized

‘Sekarang Dia Berkiblatkan Keluarga Kazar!’ – Tindakan Terbaru Datin Patimah Buat Syamsul Makin Pening

Menjadi individu paling terluka kerana dibelakangkan anak sendiri, Datin Patimah Ismail sedia memaafkan pengarah dan pelakon Syamsul Yusof, 39, walaupun atas segala keterlanjuran perbuatannya.

Namun, isteri kepada penerbit terkenal, Datuk Yusof Haslam itu berkata, dia tidak mungkin dapat mengampunkan keluarga Ira Kazar yang meruntuhkan kebahagiaan menantunya juga isteri pertama Syamsul, Puteri Sarah Liyana, 37.

” Seorang ibu sentiasa memaafkan anak yang dilahirkannya. Namun saya tidak akan maafkan keluarga Kazar atas perbuatan mereka kepada menantu saya!” katanya menerusi balasan mesej di WhatsApp kepada Harian Metro.

Patimah berkata, dia reda apabila Syamsul nampaknya lebih sebelahkan keluarga isteri keduanya Ira yang juga anak kepada pelakon Kazar Saisi, 64, ketika ini.

Katanya, Syamsul juga tidak cuba menghubunginya selepas kali terakhir memaklumkan mengenai pernikahannya dengan Ira awal bulan lalu.

” Dia hanya ada ‘WhatsApp’ beritahu sudah nikah. Sekarang dia berkiblatkan keluarga Kazar! Tak tahu apa sudah jadi pada dirinya. Hanya kepada Allah saya berserah,” katanya.

Patimah turut menjadi perhatian apabila kerap memberikan reaksi balas termasuk komen mengenai isu itu di media sosial.

Terbaru, dia turut memuat naik hantaran di Instagram Story menunjukkan perasaan geram terhadap Ira yang disifatkan perampas kebahagiaan keluarga orang lain.

” Salahkah apa yang saya luahkan? Itu kebenarannya. Kalau salah, makin ramailah perosak rumah tangga orang. Biar Allah hukum mereka-mereka ini,” katanya.

Sejak pengumuman Syamsul pada 6 Januari lalu bahawa dia dan Ira sudah bernikah, sorotan kisahnya menjadi perbualan rakyat Malaysia termasuk reaksi serta luahan pihak keluarga Syamsul.

Bukan setakat ibunya Patimah, bahkan bapanya Yusof turut meluahkan kekecewaan terhadap berita itu sehingga tular videonya menitiskan air mata dalam satu temu bual.

Sebelum ini, kemarahan ibu kepada pelakon Syamsul Yusof, Datin Patimah Ismail nampaknya masih belum reda berikutan pengumuman mengejut anaknya itu bernikah dengan Ira Kazar lebih seminggu lalu.

Bahkan, menerusi hantaran terbaru di Instagram Story, Patimah jelas menunjukkan perasaan geram terhadap Ira yang disifatkan perampas kebahagiaan keluarga orang lain.

” Ayah mereka telah dirampas oleh perempuan yang kejam. Ibu mereka ditinggalkan kerana perempuan itu. Laknatlah hidupnya,” katanya.

Menerusi hantaran itu, isteri kepada penerbit Datuk Yusof Haslam terbabit memuat naik foto dua cucunya yang juga anak kepada Syamsul dan isteri pertamanya, pelakon, Puteri Sarah Liyana, sebagai latar belakang.

Terdahulu, Patimah menjadi perhatian warga maya terhadap setiap komen ditulisnya berhubung isu perkahwinan kali kedua anaknya dan isteri, Ira.

Sejak berita perkahwinan Syamsul, 39, dan Ira di Thailand hangat diperkatakan, Patimah juga didapati meninggalkan beberapa komen di media sosial, terutama membabitkan hantaran dibuat menantunya yang juga pelakon, Puteri Sarah.

Komen Patimah jadi perhatian dan hangat di portal-portal hiburan kerana kelantangannya mempertahankan Puteri Sarah, sekali gus tindakan itu dianggap netizen amat wajar bagi seorang ibu mentua yang menganggap menantu seperti anak sendiri.

Pada 6 Januari lalu, Syamsul menerusi video yang dimuat naik di Instagram membuat pengumuman mengesahkan dia sudah berkahwin kali kedua dengan wanita pilihan hatinya, Ira Kazar di Thailand pada hari itu.

Majlis akad nikah pasangan itu diwalikan sendiri oleh bapa Ira iaitu pelakon veteran, Kazar Saisi.

Syamsul dan Puteri Sarah mendirikan rumah tangga pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata, Syaikul Islam yang berusia lima tahun dan Summayah, tiga tahun.

Sumber:hmetr0

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *