Hiburan

Tak Sangka! Ratu Rizky Nabila minta cer4i selepas 2 hari nikah, alsan dia bagi memang tak masuk akal

BARU sahaja mendirikan rumah tangga kali kedua pada 26 November lalu, penyanyi terkenal Indonesia iaitu Ratu Rizky Nabila didakwa bakal bercerai dengan suaminya iaitu Ibrahim.

Berita mengejutkan itu dikongsi oleh Ibrahim yang memberitahu hatinya hancur apabila mendapat tahu Nabila menyimpan perasaan cinta terhadap lelaki lain.

bagi alasan sayang lelaki lain

“Ketika majlis berlangsung pun dia sempat minta agar acara dibatalkan. Apabila ditanya adakah sesiapa yang memaksa untuk berkahwin, katanya tidak!

“Kami bernikah pada hari Sabtu (26 November). Hari Ahad dan Isnin semuanya baik-baik sahaja. Kemudian dia minta cerai dengan alasan sudah ada yang lain.

“Hati saya sangat hancur sehingga tidak boleh tidur,” kata lelaki asal Libya itu seperti yang dipetik dari KapanLagi.

Dia sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan pemain bola sepak Alfath Fathie pada Mac 2020 sebelum bercerai pada 5 Mei 2021.

Ratu Rizky Nabila atau yang akrab dipanggil Nabila ini lahir di Jakarta pada 2 Oktober 1994. Ini bermakna, pada tahun 2021 ini dia telah pun berusia 27 tahun.

Lepas cerai bekas suami ugvt bv.nuh anak pula, Ratu Rizky Nabila ambil tindakan undang-undang

KONTROVERSI perceraian penyanyi Ratu Rizky Nabila terus menjadi perhatian ramai apabila dia mengambil tindakan undang-undang terhadap bekas suami, Ibrahim Alhami atas dakwaan membuat ugutan.

Selain itu kata Nabila, lelaki asal Libya itu juga sebelum ini pernah mengeluarkan kenyataan memburukkan namanya sebagai seorang penyanyi.

“Ada beberapa perbualan kami sebelum ini yang telah saya tunjukkan. Salah satunya adalah ancaman untuk membv.nuh anak saya. Dia juga mengutuk pekerjaan saya sebagai seorang anak seni. Katanya saya bukan seorang Muslim yang baik.

Perkahwinan kedua Nabila hanya bertahan dua hari.

“Selain itu, dia juga menuntut hak rumah kerana merasakan ia adalah milik bersama sedangkan kami sudah bercerai. Saya tidak mahu lagi ada sebarang urusan dengan dia,” katanya seperti yang dipetik dari Suara.

Nabila dan Ibrahim bernikah pada 26 November lalu namun bercerai dua hari kemudian selepas merasa tertipu dengan status pekerjaan sebenar lelaki itu.

Terdahulu, kedua-dua mereka mengambil keputusan berkahwin hanya selepas seminggu berkenalan di satu aplikasi mencari pasangan.

Nabila sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan pemain bola sepak Indonesia bernama Alfath Fathier pada Mac 2020 dan berpisah pada Mei 2021.

Hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan seorang cahaya mata yang diberi nama Jewanio Rizky Abas.

Ratu Rizky Nabila nekad buang 13 t4tu di badan

Sebelum ini Penyanyi Ratu Rizky Nabila, 26, bertekad untuk membuang 13 t4tu yang ada di tubuhnya kerana tidak mahu anaknya, Jewanio Rizky Abas melakukan perkara sama apabila dewasa nanti.

“Saya tidak mahu Nio melakukan perkara yang salah dari segi agama. Dalam Islam, ini (t4tu) tidak boleh dan saya berharap Nio boleh jadi insan yang berperibadi soleh.

“Saya takut Nio nanti bertanya, ‘Ami itu apa? Saya kini terfikir tiada apa-apa yang istimewa dengan t4tu dan hanya perkara bodoh saja,” katanya.

Selain anak, Ratu Rizky Nabila yang kini sudah bercerai dengan suaminya juga tidak mahu perkara ini ditanyakan bakal mentuanya apabila dia berkahwin lagi nanti.

“Saya tidak menyesal membuang t4tu dan saya lega apabila berjaya membuang semuanya,” katanya. Menurutnya, dia akan membuang t4tu di tubuhnya itu secara berperingkat dan kosnya adalah RM29,000.

“Saya tidak menyesal kerana ini adalah hidayah buat saya. Ini adalah proses pembelajaran buat saya,” katanya.

kredit: mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *