Uncategorized

Wak Doyok Nak Bakal Isteri Anak Dara, Sekali Iqbal Masuk Komen Buat Ramai Berdekah

Usia sudah mencedah 48 tahun, ikon fesyen Wak doyok mengakui sedang mengenali hati budi seseorang untuk dijadikan bakal isteri.

Memetik mStar Online, Wak Doyok berkata dia masih dalam proses mengenali dengan wanita tersebut dan sudah tentu mahukan hubungan yang kekal hingga ke akhir hayat.

“Saya masih mengenali hati budi seseorang walaupun saya dan dia agak sibuk dengan kerja masing-masing dan dia orang biasa sahaja.

“Kita nak kenal seseorang itu bukan hanya satu hari, lagi-lagi kahwin ni bukan malam tu atau esok sahaja, seronok biar sampai akhir hayat. Sampai dia boleh jaga kita dan bukan berkahwin sebab harta,” katanya.

Mahu Anak Dara

Dalam pada itu, ditanya mengenai status yang menjadi pilihan wanita untuk menjadi bakal isterinya, Wak Doyok berkata dia mahukan wanita berstatus anak dara dan berusia 25 keatas.

“Yang tentu anak daralah, 25 tahun keatas. Kalau muda sangat pun susah, kehidupan masih tak cukup, bila dah 28 ke atas tu dia dah cukup matang,” katanya.

Sementara itu, Wak Doyok turut mendedahkan punca dia berpisah dengan bekas kekasih terdahulu dimana tidak mahu tinggal bersama ibunya.

“Bekas teman wanita saya tak mahu duduk dengan mak saya. Saya jaga mak saya kalau saya tinggalkan dia seorang macam mana dia dah berusia sekarang.

“Tanggungjawab lelaki adalah mak, kalau perempuan saya boleh cari banyak-banyak tak ada masalah, tapi syurga tu dekat mak saya, bukan dekat isteri saya.

“Isteri syurga dekat saya, dia kena ikut cakap saya. Jadi saya nak seimbang. Kena tackle mak saya dulu macam mana,” katanya

Iqbal Masuk Komen

“Tak apa janda jangan bersedih, saya ada” komen Iqbal

kredit:rotikaya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *