Semasa

Adik Mat, tiada kedua belah tangan.Menaip fb dgn hidung. Sekali terserempak dgn Annuar Musa

Ahli-ahli parlimen Kuala Lumpur menyambut baik tindakan menteri Wilayah Persekutuan Tan Sri Annuar Musa yang menjadikan kawasan mereka sebagai wilayah bebas berniaga.

Namun lesen kebebasan sama perlu diberi kepada perniagaan kecil dan sederhana (PKS) yang lain, kata sembilan wakil rakyat dalam kenyataan bersama hari ini.

“Pandemik ini juga telah memaksa penutupan lebih 30,000 PKS di seluruh negara.“Untuk menjadi mesra perniagaan, menteri wilayah persekutuan harus mempermudahkan permohonan lesen bukan hanya untuk penjaja tetapi juga lain-lain perniagaan,” kata ahli parlimen Cheras Tan Kok Wai, Fong Kui Lin (Bukit Bintang), Teresa Kok (Seputeh), Dr Tan Yee Kew (Wangsa Maju), Lim Lip Eng (Kepong), Fahmi Fadzil (Lembah Pantai), Nik Nazmi Nik Ahmad (Wangsa Maju), P Prabakaran (Batu) dan Hannah Yeoh (Segambut).

Dalam perkembangan terkini, Annuar Musa telah mengambil inisiatif untuk turun ke padang bagi menyampikan bantvuan kepada peniaga yang t3rkesan akibat dari PKBB

Jumpa Adik Mat

“Terbaca kisah adik Mat,tiada kedua belah tangan.Menaip fb dgn hidung.Menyuap nasi dgn kaki..TAPI HATI NYA CEKAL.Hidup sendiri,menyewa rumah,dan buka gerai.ALLAHUAKBAR..dia mithali sejati.Saya cari dia pagi ni,makan nasi lemaknya,hadiahkan “geraiMary”utknya.DekMatt insan yg sungguh istimewa” tulis Annuar Musa di fb milik beliau

Annuar sebelum ini mengumumkan Wilayah Persekutuan akan menjadi ‘Wilayah Bebas Berniaga’ selama enam bulan bermula Ahad ini.

Katanya inisiatif dibuat agar beban hidup warga Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan dapat diringankan susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Terbuka untuk warganegara Malaysia sahaja, penduduk dibenarkan membuka pelbagai jenis perniagaan termasuk makanan dan pakaian sehingga 15 April tahun depan.

Sementara itu, ahli-ahli parlimen terbabit masih menanti panggilan Annuar untuk mengadakan pertemuan bagi membincangkan Belanjawan DBKL 2021.

“Sudah 16 hari berlalu sejak kenyataan terakhir kami dan menteri wilayah persekutuan masih belum memanggil pertemuan dengan semua ahli parlimen Kuala Lumpur.

“Pertemuan ini sangat penting untuk perancangan dan perbelanjaan Belanjawan DBKL 2021, yang mana akan memberi kesan besar kepada kebajikan dan kesejahteraan warga Kuala Lumpur,” tambah mereka.

Apa kata anda? Kongsikan bersama kami

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *