Hiburan Semasa

Ali kongsi gambar anak, sekali ada komen buat Ali pan4s hati

Dikurniakan cahaya mata lelaki, pelawak Ali Puteh mengabadikan ‘Umar’ seperti nama sebenar Allahyarham Abam kepada permata hatinya itu.

Ali atau nama penuh, Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan, berkata, nama Syed Umar Iskandar yang diberi kepada anak lelakinya itu mirip nama arwah Abam, iaitu Syed Umar Mokhtar.

“Kebetulan ketika isteri hamil, arwah Abam meninggalkan kami. Apabila bersalin, kami dapat anak lelaki.”Jadi, saya berbincang dengan isteri dan emak untuk mengambil nama arwah dan mengabadikan nama itu kepada bayi yang baru dilahirkan ini.

“Apabila semua bersetuju, nama ‘Umar’ diambil lalu jadilah Syed Umar Iskandar. Nama Umar juga ada kaitan dengan dengan sahabat Nabi Muhammad SAW,” katanya

Baru baru ini Ali Puteh telah memuat naik satu gambar bersama anak dia yang masih bayi. “My king… syed umar iskandar…” itu lah kapsyen yang digunakan oleh Ali Puteh.

Seperti biasa pasti ada netizen yang akan tinggalkan komen negatif tetapi komen kali ini melampau kerana ia menyebut nama anak Ali Puteh.

“Hope dia tak ikut perangai ali”

Ali tidak berdiam diri dan dia memberi respond dan mengikut nada komen Ali sememangnya dalam keadaan m4rah dan tidak puas hati kepada individu tersebut.

“mulut jage sikit…jgn main bangsat kat sini…anak aku kau kate tu…ingt ehhh jangan bangsat kat sini…aku pesan lagi skali..anak aku kau kate tu…kau bgus sgt ke??esok ank kau tu pulak…jgn main bangsat eh melayuu” – Ali Puteh

Ali juga membalas satu komen @umie846 dimana dia telah menulis “kemana tumpah nye kuah”

“Dah tua2 mulut jage sikit makcik..makan penampar mulut tu pecah nnti…jgn kate anak aku makcik…esok makan penampar lurus mulut tu makcik…g sembahyang doa panjang umur..esok2 nk mati dah..g jge amal lagi baik dri mengata sane sini makcik…ingt ehh mulut jage makcik…mau aku sental ngn cili api nnti”

Ali berkata, isteri, Melati Fitri dan ahli keluarga yang lain pasti terkenangkan arwah Abam apabila anak mereka juga dinamakan Umar.

“Arwah Abam selalu bersama kami. Ingatan kami terhadap arwah tidak akan terhakis. Rindu kami kepada arwah tidak pernah berpenghujung.

“Malah, nama dua anak saya sebelum ini juga diberikan arwah Abam,” katanya.

Tambah Ali, jika arwah masih hidup, pasti dia sibuk menguruskan banyak perkara demi kesenangan orang lain.

“Rasa macam arwah masih ada dalam setiap momen yang dilalui kami. Tapi, ternyata, Allah lebih menyayanginya,” katanya.

Ali dan isteri sebelum ini diuji apabila anak perempuan kedua, Sharifah Nur Ainul Mardhiah yang berusia tiga bulan, meninggal dunia akibat komplikasi jantung.

Selain Allahyarham Sharifah Nur Ainul Mardhiah, Ali dan Melati yang mendirikan rumah tangga pada 2016, dikurniakan anak sulung, Sharifah Nur Aaira Qaireen berusia tiga tahun.

Allahyarham Abam meninggal dunia di rumahnya di Gombak, Februari lalu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *