Semasa

Polis Tanya Anwar Mana Senarai Nama Ahli Parlimen Yg Sokong, Sekali Anwar Bagi Jumlah Terkini

Nama presiden PKR Anwar Ibrahim sekali lagi mencuri tumpuan apabila beliau dikehendaki hadir ke Bukit Aman bagi membantu siasatan.

Susulan dari itu, orang ramai ingin tahu apakah hasil dari soal siasat berkenaan.

Anwar berkata bahawa pihak poIis yang menyoal siasatnya selama dua jam hari ini turut memintanya mengemukakan nama-nama ahli parlimen yang menyokongnya dalam pembentukan sebuah kerajaan baru.

Bagaimanapun, anggota parlimen Port Dickson itu berkata, dia menjawap urusan tersebut hanya melibatkan Yang di-Pertuan Agong dan bukan di bawah bidang kuasa poIis.

” Saya dah ditemubual ada enam kes terhadap saya umumnya menjurus kepada mereka memohon supaya nama-nama ahli parlimen sokong saya diberikan.

” Saya berikan kerjasama sepenuhnya kepada pihak poIis dalam semua siasatan ini.

” […] dan saya beritahu urusan setakat ini untuk persembahkan kepada Agong bukan urusan pihak poIis dan pihak poIitik kementerian dalam negeri yang arahkan poIis untuk mengetahui nama-nama,” katanya.

‘Saya hanya persembah dokumen sokongan 38 ahli Parlimen PKR’

Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim menafikan dakwaan bahawa beliau sudah mengemukakan senarai nama penuh ahli Parlimen yang menyokongnya ketika menghadap Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara pada Selasa lalu.

Anwar sebaliknya berkata, beliau hanya mempersembahkan surat dan dokumen sokongan 38 ahli Parlimen PKR sahaja kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah tanpa disertakan nama.

“Dalam kenyataan saya, saya hanya mempersembahkan surat dan juga dokumen dan tiada sebarang nama dinyatakan.

“Saya memaklumkan ada 38 ahli Parlimen dari PKR yang menunjukkan sokongan kukuh terhadap saya,” katanya pada sidang media selepas hadir memberi keterangan di Bukit Aman hari ini.

Anwar berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai dakwaan beliau sudah mengemukakan senarai nama ketika menghadap Yang di-Pertuan Agong.

Dengan perrkembanga semasa ini, Anwar terus di troll netizan

Sementara itu, Anwar berkata, adalah tidak munasabah orang lain mengetahui secara terperinci pertemuan beliau dengan Yang di-Pertuan Agong.

Selasa lalu, Anwar menghadap Yang di-Pertuan Agong dan mendakwa Seri Paduka Baginda akan meneliti terlebih dahulu dokumen yang diserahkannya, sebelum memanggil kesemua ketua-ketua parti politik.

Anwar bagaimanapun menyerahkan sepenuhnya kepada budi bicara dan kebijaksanaan Yang di-Pertuan Agong berhubung dakwaannya memiliki majoriti sokongan ahli Parlimen.

Selasa lalu, Anwar mengadap Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara bagi mengemukakan bukti sahih sokonga kukuh ahli Parlimen terhadapnya.

Anwar juga dalam sidang media kemudian mendakwa kerajaan Perikatan Nasional (PN) pimpinan Muhyiddin telah jatuh.

Sejurus sidang media Anwar, Istana Negara mengeluarkan kenyataan mengesahkan yang ketua pembangkang itu mengemukakan jumlah sokongan diterimanya, tetapi tidak mengemukakan senarai nama ahli parlimen yang menyokongnya.

Spekulasi kerajaan Perikatan Nasional pimpinan Muhyiddin Yassin bakal tumbang semakin mempunyai asas apabila Biro PoIitik Umno pada lewat petang Selasa mengeluarkan kenyataan bahawa parti itu mempertimbangkan untuk menarik diri daripada menyokong gabungan berkenaan.

Tun M Pun Tak Percaya Dengan Anwar

Dalam pada itu, bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad berkata dia tidak percaya Presiden PKR Anwar Ibrahim mempunyai sokongan kukuh untuk membentuk kerajaan baru.

” Dari awal lagi bila Anwar buat dakwaan kononnya dapat sokongan kukuh, saya tak percaya.

” Dahulu pun dia buat macam tu dah.

” Namun apabila Yang di-Pertuan Agong minta supaya masing-masing menyatakan siapa nak pilih perdana menteri, dia kata dapat sokongan majoriti, tapi tidak ada pun.

” Sekarang ini pun tak pernah juga (ada bukti sokongan),” kata Mahathir yang ketika memimpin kerajaan berjanji menyerahkan kuasa kepada Anwar.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *