Semasa

Selepas Macau Sc4m, Artis Terlibat Pula Pvaskan Nafsu S3ks Orang Kenamaan

Memetik Utusan Malaysia, ada segelintir artis dan Instamous dipercayai terlibat dalam sindiket pelac-uran kelas atasan berikutan penampilan mewah luar biasa mereka dalam sekelip mata.

Raih Sampai Rm40K Satu Malam

Menurut sumber Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), golongan artis dan Instafamous ini dibayar antara RM20,000 hingga RM40,000 untuk satu malam sebagai pelamp-ias nafsv orang kenamaan.

Kegiatan tersebut dipercayai telah lama berlaku dalam industri hiburan dan mereka yang terlibat sanggup menggad-ai maru-ah demi ‘duit segera’. Malah, salah seorang suspek daripada sindiket Mac4u Sc4m baru-baru ini menjadi orang tengah.

“Isu skandal sek-s ini muncul rentetan daripada timbulnya kes M4cau Sc4m yang mengejutkan negara baru-baru ini yang mana ia turut melibatkan golongan artis tanah air.

“Dipercayai, salah seorang suspek daripada kes Mac4u Sc4m itu adalah antara orang tengah yang menjadi ‘penghubung’ kelompok selebriti dan instafamous yang didekati dan kemudiannya menawarkan harga tertentu untuk kegiatan pelacur-an kelas atasan itu.

Dalam pada itu, kata sumber lagi mereka mempunyai nama beberapa artis dan instafamous popular tanah air namun senarai tersebut tidak boleh didedahkan kepada umum.

“Orang tengah yang terlibat berkemungkinan tidak mela­kukannya demi wang. Tetapi lebih cenderung untuk meraih reputasi dan pengaruh dalam gelanggang mereka.

“Bagaimanapun, tidak dapat disangkal dakwaan hasil bayaran aktiviti ‘menjual’ artis dan instafamous ini mungkin adalah antara sumber pendapatan yang menyumbang kepada gaya hidup mewah s-uspek.

“Kita tidak menyebut siapakah individu-individu terbabit, tetapi siapa yang makan cili, dia akan terasa pedasnya,” katanya.

Sementara itu, pihak SPRM kini sedang memantau media sosial artis-artis dan instafamous yang mempamerkan kemewahan hidup berlebih-lebihan sedangkan pendapatan sebenar melalui hasil lakonan, nyanyian dan perniagaan tidak seberapa.

Guna artis ‘cuci’ duit h4ram: SPRM sudah ada nama

Kuala Lumpur: “Saya tidak mahu membuat spekulasi siapa yang akan dipanggil, namun siapa yang makan cili pasti rasa pedas,” kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Seri Azam Baki.

Beliau berkata demikian berhubung berapa ramai selebriti dan ahli perniagaan yang berada dalam radar agensi terbabit susulan terb0ngkarnya kegiatan ‘cuci’ duit h4ram diperolehi daripada sindiket penipuan Macau Sc4m serta judi dalam talian membabitkan golongan itu.

Azam mendedahkan sindiket terbabit menyerahkan wang dalam bentuk tunai kepada individu terbabit untuk ‘dicuci’ menerusi operasi perniagaan sah.

“Dalam kes sebegini, ada juga sindiket yang bertindak sebagai peminjam seperti along kepada individu berkenaan. Dari segi luaran, perniagaan itu mungkin nampak ia adalah sah melalui perolehan perniagaan tetapi ia adalah sebaliknya,” katanya dalam temu bual secara langsung pada slot ‘SPRM 360’ di MACCfm.

Sehubungan itu, SPRM meminta individu yang pernah menerima wang daripada mereka yang ditahan agensi terbabit tampil memberi kerjasama bagi membantu s-iasatan.

Azam berkata, pihaknya mempunyai senarai individu yang dipercayai dengan kegiatan itu.

“Mereka yang mungkin pernah menerima (dana) daripada individu yang dit4han itu diminta tampil sebelum mereka dipanggil.

“Tidak perlu tunggu untuk dipanggil sebaliknya tampil beri kerjasama kepada kami dan kami akan melayan mereka dengan baik,” katanya.

Beliau berkata, siasatan rumit dan beliau berharap orang ramai bersabar kerana SPRM masih lagi menge-san banyak aset yang dipercayai sudah digubah.

“Dalam sia-satan ini didapati beratus-ratus syarikat ‘dummy’ yang sengaja diwujudkan untuk menyalurkan wang haram ini,” katanya.

Menurutnya, seramai lapan pegawai kerajaan dari agensi penguat kuasa sudah dit4han dan sedang disia-sat kerana disyaki memberi perlindungan kepada mereka yang terbabit dalam kegiatan ini.

“Setakat ini seramai 11 rakyat tempatan dan seorang warga China dit4han dan dalam sia-satan,” katanya.

Beliau berkata, SPRM sudah menyita wang tunai berjumlah RM5 juta dipercayai terbabit dalam sin-diket ‘cuci duit’ dikaitkan dengan perniagaan golongan artis selain mer4mpas 23 kenderaan mewah.

“Sebanyak 23 kenderaan mewah dirampas yang mana pada kami ini adalah hasil daripada kegiatan haram yang dimiliki pihak terbabit dalam penipuan, antara kenderaan mewah itu ialah Bentley, Mustang, Rolls Royce, Ferrari, Lamborghini, Porsche, GTR, dan beberapa motosikal berkuasa besar.

“Setakat ini, SPRM sudah membe-kukan 730 akaun bank membabitkan RM80 juta,” katanya.

Azam berkata, SPRM juga miliki senarai nama selebriti untuk hadir bagi memberi keterangan dan bantu sia-satan kes ini.

Terdahulu, Harian Metro melaporkan mengenai taktik perdaya dan menggunakan populariti artis untuk menjalankan kegiatan ‘mencuci’ duit har4m melalui pelbagai usaha sama dan perniagaan sah.

Itu antara kegiatan segelintir individu yang disyaki terbabit dengan kegiatan h4ram termasuk perjudian sebelum memerangkap segelintir artis tempatan dengan menawarkan bantuan modal untuk memulakan perniagaan.

Kaedah itu dianggap mampu mengaburi mata pihak berkuasa selain membolehkan keuntungan diperoleh hasil kerjasama pelbagai bentuk pelaburan yang disertai bersama.

Bagaimanapun, kegiatan mereka itu dikesan Bahagian Pencegahan Pengubahan Wang Har4m (AML) SPRM hasil ri-sikan dan s-iasatan dijalankan sebelum lima individu termasuk seorang lelaki bergelar Datuk dan Datuk Seri ditahan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *