Semasa

Ada Tak Kena. Netizen tegur Laudya Cynthia Bella ketika jadi tetamu program bual bicara

KEHADIRAN pelakon Laudya Cynthia Bella dalam program BBB atau Bukan Bintang Biasa menerusi saluran YouTube Alinskie Family pada Selasa menarik perhatian netizen.

Rata-rata netizen melihat Laudya tidak seperti sebelum ini dan dia lebih banyak mendiamkan diri selepas mengumumkan perpisahannya dengan Engku Emran pada 1 Julai lalu.

“Sedih melihat Bella (Laudya), biasanya dia akan gelak ketawa. Semoga Bella bertemu dengan jodoh yang terbaik di mata Allah. Amin.

Netizen melihat Laudya banyak mendiamkan diri dalam program tersebut.

“Sedih nampak Bella tak banyak bercakap. Semoga ditemukan dengan jodoh yang lebih baik lagi,” tulis beberapa netizen.

Program yang dilakukan sempena ulang tahun perkahwinan penyanyi Melly Goeslaw dan Anto Hoed ke 25 tahun itu turut disertai pengacara Raffi Ahmad.

Menerusi laporan mStar pada 1 Julai lalu, Laudya memberitahu keputusan untuk berpisah telah dipersetujui kedua-dua belah pihak dan dilakukan secara baik.

Biografi dan karier Laudya Cynthia Bella

Laudya Cynthia Bella lahir di Bandung, 24 Februari 1988 adalah artis dan penyanyi Indonesia. Ia memulakan karier sebagai model dan bintang iklan, sebelum akhirnya berkecimpung di dunia artis.

Laudya Cynthia Bella pernah terpilih sebagai finalis majalah Kawanku pada tahun 2002, namun nama Bella mulai dikenal saat berlakon sebagai Biyan di filem Virgin.

Dia terpilih sebagai salah satu nominasi pemeran utama wanita terbaik Festival Film Indonesia 2005. Laudya Cynthia Bella juga dinobatkan sebagai Artis Terpuji pada Festival Film Bandung 2005.

Sumber – Liputan6

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *