Hiburan Semasa

“Bagusnya Bini Dia!” Reaksi Air Muka Isteri Syahmi Sazli Basuh Muntah Asif Tarik Perhatian Warganet

Baru-baru ini, YouTuber dan pengarah filem, Syahmi Sazli telah mengambil peluang pergi bercuti di resort Dato’ Seri Aliff Syukri di Sugeh Hill Resort yang bertempat di Janda Baik, Pahang.

Selain daripada membawa isteri dan anaknya, Syahmi turut membawa beberapa orang rakan dan juga pelakon dalam drama serta filem yang diarahkan olehnya sebelum ini.

Tak geli pun basuh muntah Asif

Namun begitu, satu video yang dimuat naik oleh YouTuber kelahiran Kelantan itu telah berjaya memperoleh lebih daripada 600,000 tontonan apabila isterinya dengan ‘selamba’ membasuh muntah Asif di dalam kereta.

Gelagat Asif yang menghiburkan membuatkan Syahmi tak jadi untuk marah kerana reaksi wajah anak istimewa itu begitu kelakar.

Walau bagaimanapun, isteri Syahmi yang dikenali sebagai Anissa Faizul tetap tenang membersihkan muntah di kerusi penumpang sebelum masing-masing kembali masuk ke dalam kereta dan meneruskan perjalanan.

Bagusnya wife Syahmi!

Sehubungan dengan itu rata-rata warganet telah meninggalkan komen dengan memuji tindakan Anissa yang langsung tidak geli dalam menguruskan muntah Asif yang ada di dalam kereta.

Langsung tak nampak muka geli, Baiknya tolong cuci

 

Biodata Dan Latar Belakang Anissa Faizul

Siapa Anissa Faizul? Pemilik nama Anissa Faizul yang juga selesa disapa dengan nama panggilan, Nissaini ini merupakan seorang instafamous yang berasal dari Kota Bharu, Kelantan dan dilahirkan pada 4 Januari 1998.

Berumur 22 tahun, beliau yang merupakan isteri kepada youtuber ternama, Syahmi Sazli turut memegang peranan sebagai ibu kepada seorang cahaya mata yang dinamakan sebagai Ainul Mardhiah.

Turut bergiat sebagai seorang usahawan dan model, seawal karier ketika namanya mendaki tangga populariti, wajahnya sering dilihat menjayakan video pendek yang diterbitkan oleh suaminya, Syahmi Sazli menerusi laman perkongsian video, Youtube.

Tidak hanya mempunyai bakat dalam bidang lakonan, beliau juga melangkaui karier sebagai seorang model muslimah dengan memperagakan beberapa koleksi fesyen tudung semasa, buat tatapan para pengikut laman sosial Instagramnya yang sehingga kini sudahpun mencapai angka 990,000!

Antara lain, Anissa turut melangkah dalam dunia perniagaan dengan mengusahakan produk kecantikan di bawah jenamanya sendiri yang dinamakan sebagai AF Beauty & Cosmetics.

Menyentuh perkembangan terkini, beliau baru sahaja mewujudkan akaun Youtube dengan menggunakan namanya pada kira-kira sebulan lalu yang mana sehingga kini saluran berkenaan sudahpun dilanggani 65,000 pengikut.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber: Shami Sazli

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *