Semasa

“Bila m4ti..semua akan tenang” Sajat Alami T3kanan Sampai Makan Ubat Tidur. Ini keadaan dia terkini

Sejak beberapa hari lalu, nama usahawan kosmetik sensasi, Sajat Kamaruzzaman kembali menjadi bualan ramai selepas memuat naik video pendedahan ditahan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

Menerusi perkongsian itu, Sajat meluahkan rasa kesal kerana telah dilayan dengan tidak wajar meskipun sudah tampil memberikan kerjasama untuk siasatan pihak JAIS. Bagaimanapun, perkongsiannya itu hanya mengundang kecaman netizen.

Terbaru, Sajat dilihat ada memuat naik perkongsian di Insta Story mendedahkan mengalami tekanan perasaan sehingga terpaksa makan ubat tidur selama empat hari berturut-turut.

Sajat turut meluahkan dia hanya mahukan ketenangan dan kebahagiaan seperti keluarga lain. Dalam entri tersebut, Sajat turut berkongsikan fotonya memakai alat pernafasan di sebuah pusat perubatan.

“Bila m4ti..semua akan tenang. 2021 aku nak tenang, aku nak bahagia. Aku nak hidup macam keluarga lain..Insyallah. Terima kasih. Buat saya makin dekat dengan tarikh m4ti saya,” tulisnya.

Terdahulu, Sajat memaklumkan dia ditahan di Pusat Penahanan Sementara, Kuala Kubu Bahru. Ujarnya, siasatan dilakukan susulan laporan yang dibuat pada 23 Ogos 2018 di mana dia mengenakan pakaian wanita ketika majlis doa selamat yang diadakan di Wisma Nur Sajat, Seksyen 16 Shah Alam.

“Nak dapat simp4ti orang” – Netizen Dakwa Sajat Hanya Putar Belit Cerita?

Semalam, viral di media sosial berkenaan dengan video usahawan Nur Sajat yang dikatakan telah dikasari oleh pihak JAIS, dalam video berdurasi 38 minit itu dia telah dikasari, digari tangannya dan ditahan reman di Pusat Tahanan Sementara di Kuala Kubu Bharu.

Biarpun sering menerima kecaman, dalam hal ini ramai warganet yang menyebelahi Sajat kerana dianggap cara layanan itu agak keterlaluan. Namun setelah diperhalusi oleh netizen ini, dia anggap bahawa Sajat hanyalah putar belit cerita.

“Dia putar belit cerita untuk dapatkan simpati daripada geng LG-BTQ dan golongan yang m4rah dengan penunggang agama di Malaysia ni.”

Kata wanita ini, setelah diteliti, dia labelkkan Sajat hanya cuba nak dapatkan perhatian dan ada perkara yang diputar belit.

Kata wanita tersebut, pihak berkuasa itu bantu dia untuk menukar tarikh reman, malah cakap pun elok-elok. Pada siasatan awal pihak tersebut telah pun memberikan penjelasan kepadanya, mereka jelas dengan cara yang elok.

“Sampai Sajat tiba-tiba nak jadi diva tak nak dengar dah apa orang cakap and nak jugak jumpa parents NOW. Even tho they said boleh, but after this. STANDARD SOP.”

Malah dalam video tersebut, pegawai tersebut dah beri amaran berkali-kali kau tak diberi kerjasama dia terpaksa berk4sar. Malah, ada kuasa untuk buat tu. Wanita ini dah dengar betul-betul dalam video sebab nak tegok apa yang JAIS dah buat kepadanya sampai teruk. Tetapi ternyata ia bukanlah masalah daripada JAIS katanya.

Perkongsian ini telah meraih lebih daripada 12K jumlah retweets sepanjang 12 jam ia dikongsikan di Twitter. Kata wanita ini lagi Sajat porak perandakan keadaan dengan menggunakan nama agama.

Susulan itu, JAIS tampil dengan satu kenyataan rasmi berhubung insid-en tersebut.

Menerusi kenyataan tersebut, JAIS mengesahkan pihaknya menjalankan siasatan terhadap Nur Sajat atau nama sebenarnya Muhammad Sajad Kamaruzzaman baru-baru ini.

JAIS berkata, pihaknya juga mengambil maklum berhubung video ditularkan oleh Nur Sajat yang dirakam ketika proses siasatan dilakukan.

Menurut kenyataan itu, video terbabit memaparkan insiden melibatkan Sajat dengan beberapa anggota penguat kuasa JAIS pada 6 Januari lalu.

“Sajat telah membuat laporan polis berkaitan insi-den tersebut. Pegawai penguat kuasa JAIS berkenaan juga telah dipanggil bagi memberikan keterangan mengenai laporan yang dibuat,” kata kenyataan itu.

Dalam pada itu JAIS memaklumkan, Nur Sajat disiasat mengikut Seksyen 10 Enakmen Jenayah Syariah Negeri Selangor No 5 Tahun 1995.

“Ia berikutan tindakannya di Selangor dan beberapa aduan yang diterima mengenai perlakuan beliau (Sajat) pada tahun 2018 dan 2020,” menurut kenyataan itu lagi.

Apa pandangan korang? Mungkin boleh cuba tengok lagi?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *