Semasa

BSH Fasa Ke-3: Ini Syarat Kemaskini Untuk Permohonan Baru

Umum mengetahui, pembayaran BSH fasa ketiga bakal dilaksanakan sebelum akhir Julai ini. Buat penerima kategori isi rumah akan menerima tambahan bantuan RM120 bagi setiap anak berusia bawah 18 tahun dengan maksima empat orang anak.

Buat mereka yang ingin mengemaskini permohonan baru, kemaskini hanya perlu dibuat sekiranya terdapat sebarang perubahan dalam maklumat seperti berikut:


Borang kemaskini maklumat boleh dimuat turun di sini.

MySalam & Peka B40

Penerima BSH juga layak menerima skim perlindungan kesihatan takaful percuma MySalam dan skim peduli kesihatan Peka B40.

Mereka yang berumur 40 tahun ke atas juga layak melakukan permohonan Peka B40.

Namun begitu, bantuan ini tidak terpakai buat penerima BPN atau Geran Khas Prihatin.

Bantuan Sara Hidup Fasa ketiga bakal diumumkan sekitar akhir Julai. Umum mengetahui, BSH akan diberikan kepada 4 jenis penerima berpendapatan seisi rumah RM 4000 ke bawah.

Lazimnya, BSH dan beberapa bantuan kerajaan lain akan dikhususkan kepada golongan berpendapatan rendah atau dikenali sebagai B40. Ramai yang masih keliru apakah sebenarnya yang dimaksudkan dengan golongan B40 dan siapa pula yang tergolong dalam kumpulan M40 serta T20?

Untuk pengetahuan ramai, B40, M40 dan T20 adalah takrifan yang digunakan bagi pendapatan isi rumah golongan masyarakat di Malaysia.

Dalam satu laporan, Jabatan Perangkaan Malaysia atau Department of Statistics, Malaysia telah bertanggungjawab untuk menjalankan survei atau kajian terhadap julat pendapatan yang dimiliki oleh rakyat Malaysia.

Sementara itu, sehingga 26 Jun lalu, seramai 10.215 juta penerima BPN telah menerima bantuan ini, yang membawa keseluruhan bayaran BPN ke RM10.90 bilion (daripada RM10.88 bilion minggu lalu) yang mewakili 97.32 peratus tahap pelaksanaan.

Katanya, antara 19 hingga 26 Jun, sebanyak RM20 juta telah dibayar kepada 25,000

penerima BPN melalui bayaran secara tunai di cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) seluruh negara.

“Bayaran rayuan BPN kepada perayu yang lulus telah dibayar mulai 24 Jun dan sehingga 29 Jun, peruntukan yang terbabit adalah sebanyak RM139 juta,” katanya

Rata-rata penerima mengucapkan rasa syukur dapat mengurangkan sedikit bebanan mereka

“Alhamdulillah dapat juga rakyat malaysia yang dlm kesusahan ringan sedikit sebanyak beban di hadapi

Untuk maklumat lanjut anda boleh rujuk di portal rasmi mereka di https://www.pekab40.com.my/bm.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *