Semasa

Bukan setakat jadi PM, Jadi Calon PM pun Anwar dh tak layak. Tun M dedah sebab kenapa

Menurut Perdana Menteri kelapan itu, Anwar yang juga Ahli Parlimen Port Dickson tidak popular dalam kalangan orang Melayu, selain menyifatkan sokongan tersebut penting untuk mana-mana parti menang dalam pilihan raya.

Sudah Tak Layak Jadi Calon PM

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad pada Selasa mendedahkan bahawa Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak layak menjadi calon Perdana Menteri bagi mewakili kerajaan Pakatan Harapan (PH).

Sudah Tak Popular

Menurut Perdana Menteri kelapan itu, Anwar yang juga Ahli Parlimen Port Dickson tidak popular dalam kalangan orang Melayu, selain menyifatkan sokongan tersebut penting untuk mana-mana parti menang dalam pilihan raya.

“… Dan kerana beliau (Anwar) tidak begitu popular menjadi ketua parti berbilang bangsa, beliau memerlukan seorang pemimpin Melayu yang mampu membantu memenangi pilihan raya.

“Jadi, saya (Dr Mahathir) dengan beliau di dalam pilihan raya ini dengan saya sebagai calon Perdana Menteri, saya rasa kami akan dapat sokongan daripada orang Melayu,” katanya dalam temu bual bersama CNBC, hari ini.

Mengulas lanjut, Ahli Parlimen Langkawi itu berkata, Anwar gagal mendapat sokongan Melayu dalam tiga pilihan raya sebelum ini.

Masih Dalam P3njara

Anwar juga jelas beliau, tidak boleh mencalonkan dirinya ketika itu kerana masih berada di dalam p3njara.

Anwar dip3njara pada 2015 atas kes4kahan meli1wat dan dibebaskan pada 16 Mei 2018 selepas memperoleh pengampunan diraja daripada Yang di-Pertuan Agong.

“Ketika saya memimpin parti pembangkang, kita berjaya menang dan ini merupakan pencapaian kerana untuk tempoh 60 tahun, Malaysia dipimpin oleh kerajaan daripada parti yang sama.

“Ini pertama kali perubahan (kerajaan) dicapai,” tambahnya.

Ketika ditanya mengapa Dr Mahathir mengambil keputusan untuk meletak jawatan sebagai Perdana Menteri pada Februari lalu, beliau berkata, keputusan itu dibuat kerana komponen parti PH menolak pandangan beliau agar tidak meninggalkan gabungan parti kerajaan.

“Mereka menolak cadangan saya, dan selepas penolakan tersebut… mereka mahu saya memimpin parti bersama parti kerajaan terdahulu.

“Saya sentiasa men3ntang kerajaan terdahulu berikutan skandal yang mereka terlibat. Jadi, saya tolak untuk bekerja dengan parti yang kal4h dalam pilihan raya (Pilihan Raya Umum ke-14),” katanya

Dalam perkembangan lain, Anwar gesa kerajaan segera buat sidang parlimen

Hari Parlimen Sedunia 2020 hari ini, Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Anwar Ibrahim menggesa kerajaan Perikatan Nasional (PN) untuk segera mengadakan sidang Dewan Rakyat.

Anwar yang juga presiden PKR berkata ini kerana kerajaan yang ada hari ini bukan saja tidak ada keabsahan tetapi berterusan melanggar aspek demokrasi, termasuk terus mengelak untuk mengadakan sidang parlimen.

“Badan legislatif, terutamanya institusi Parlimen adalah institusi terpenting negara. Ia tidak hanya sekadar tempat untuk mewujudkan undang-undang baru yang akan mengesankan segenap populasi negara, tetapi juga berfungsi sebagai badan pengimbang kepada cabang eksekutif.

“Konsep ini diterima pakai di semua negara demokrasi atau semi demokrasi di dunia,” kata Anwar dalam satu kenyataan di Facebooknya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *