Semasa

Dewan Undangan Negeri Sabah dibubar,Ini kata2 padu Shafie

KOTA KINABALU: Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal hari ini mengumumkan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah.

Dalam satu sidang media khas pada Khamis, Mohd Shafie menjelaskan, pembubaran DUN Sabah itu telah mendapat perakuan Yang Dipertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin.

Beliau berkata, pilihan raya negeri perlu diadakan dalam jangka masa 60 hari dan beliau akan terus menjadi Ketua Menteri Sabah sementara (caretaker).

“Pagi tadi saya bertemu Tuan Yang Terutama (TYT) Tun Juhar Mahiruddin memperakukan untuk membubar DUN.
“Walaupun Dewan Undangan Negeri dibubarkan, saya masih ‘care-taker’ dalam tempoh 60 hari. Sampai waktu diumumkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), mari kita undi. Pilihan kena tepat sama ada pilih si (Tan Sri) Musa Aman, (Datuk Seri) Bung Moktar, (Datuk Seri) Hajiji atau Shafie Apdal,” katanya dalam sidang media di sini sebentar tadi.

Berikut reaksi dari netizan

“Langkah yg diambil memang terbaik…. serah semula kpd rakyat utk memilih.. x kira smada dun atau parlimen.. kalah menang itu nasib… Jgn biar rasuah politik berleluasa dgn membeli wakil2 rakyat dgn jutaan ringgit… Umpan dgn duit Maruah diri dan agama tergadai..

“Akhirnya YDP Sabah berkenan untuk membubarkan dun. Dalam masa 60 hari pilihanraya negeri Sabah akan diadakan setelah pembubaran dun dilakukan. Harap rakyat Sabah dapat memilih pemimpin yang tepat.

” Itulah pilihan terakhir bila tk cukup kerusi.. cuma sebelum2 ni kat negeri lain semuanya tk dpt perkenan bubar.. yg majoriti angkat sumpah..
Tapi yg pasti.. adun yg melompat dan dijanji jawatan nampaknya melepas… nk bertanding semula pakai tiket parti mana.. parti umno nk ke diorg… har har har.. tanding tiket bebas ajelah.

Sebelul ini Ketua Menteri Sabah Tan Sri Musa Aman dijadual mengadakan sidang akhbar di kediamannya di Luyang, di sini tengah hari ini.

Bagaimanapun, jemputan sidang akhbar yang diedarkan kepada pengamal media melalui aplikasi WhatsApp tidak menyatakan tujuan sidang akhbar pada jam 12 tengah hari itu namun berkemungkinan berkaitan perkembangan politik semasa di Sabah.

Semalam, Musa dalam sidang akhbar di kediamannya mendakwa telah memperoleh majoriti mudah hasil kerjasama pelbagai parti untuk membentuk kerajaan baharu.

Pagi tadi, Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal menemui Yang di-Pertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin di Istana Negeri di sini dan kenderaan yang membawa ketua menteri itu dilihat memasuki pekarangan istana pada jam 8.25 pagi.

Ketika ini, Mohd Shafie sedang mengadakan perjumpaan tertutup dengan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan Anggota Parlimen blok kerajaan di Pusat Pentadbiran Negeri Sabah di sini dan akan disusuli dengan sidang akhbar kemudian. – Bernama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *