Hiburan Semasa

Didakwa ‘Tak Ngam’ Lepas Kontr0versi, Sekali Neelofa Up IG Sory Dituju Buat Ibu

Umum mengetahui, bekas pengacara ‘Meletop’ iaitu Noor Neelofa, telah memaafkan seorang gadis selepas individu tersebut didakwa menyebarkan fitnah terhadapnya dan PU Riz, baru-baru ini. Jelasnya lagi, kemaafan tersebut ikhlas datang dari hatinya.

Meskipun kontroversi ‘fitn4h’ tersebut sudah berakhir dengan permohonan maaf secara terbuka, segelintir netizen dipercayai masih tertanya-tanya mengenai hubungan Neelofa dengan kesemua ahli keluarganya. Maklumlah, keluarganya juga didakwa terpalit dengan kontr0versi yang melanda.

Cerita pasal syurga

Sebelum ini, rata-rata netizen mendakwa kontroversi yang berlaku terhadap Neelofa berpunca daripada keluarganya sendiri. Mereka juga mendakwa, keluarga Neelofa sepatutnya bertenang dan menunggu keputusan daripada tuan empunya badan terlebih dahulu sebelum membuka ‘cerita’ kepada umum. Ekoran daripada itu juga, netizen mendakwa Neelofa jarang memuat naik foto mahupun video bersama keluarga tercinta lebih-lebih lagi bersama ibunya iaitu Datin Noor Kartini.

Sehubungan dengan itu, Neelofa telah memuat naik perbualan Whatsapp di antara dia dan ibunya di Instagram Story. Posting tersebut menunjukkan hubungan Neelofa dengan ibunya dipercayai masih sama seperti biasa dan mereka berdua berbicara mengenai surah Al-Insan iaitu surah manusia.

Love and respect her

Bukan itu sahaja, Neelofa turut memuat naik kata-kata indah yang berkaitan dengan ibu di Instagram Storynya. Kata-kata yang dikongsikan itu membawa maksud ‘tiada cinta yang lebih hebat di dalam dunia ini melainkan cinta ibu, jadi sayangilah dan hormatilah ibu’. Neelofa turut ‘tag’ ibunya di posting tersebut.

Sebelum ini Datin Noor Kartini Noor Mohamed, foto-foto ketika majlis merisik anak kesayangannya pada 1 November lalu juga dip4dam.

Perkara tersebut yang disedari netizen sejak petang tadi (Sabtu) mula menjadi perbualan dan rata-rata meneka pasangan tersebut kini sedang mempunyai masalah dalam hubungan mereka.
Ada yang berpandapat ikatan pertunangan Neelofa dan PU Riz sudah terputus, namun sehingga kini perkara tersebut belum dapat disahkan.

Sumber: Neelofa

‘Saya maafkan seikhlas hati’ – Neelofa

Dalam pada itu Pelakon dan pengcara, Neelofa memaafkan individu bernama Syamira Safiya yang membuat fitnah terhadapnya di laman Twitter dan laman sosial lain pada 26 Disember lalu.

Neelofa dalam hantaran di Instagran Story berkongsi kenyataan itu dengan disertakan tangkap layar artikel permohonan maaf Syamira itu yang disiarkan dalam Harian Metro, hari ini.

“Saya maafkan seikhlas hati, semoga Allah menjagamu,” tulisnya.

Dalam hantaran sama, Neelofa turut menitipkan nasihat buat individu itu.

“Adik, kamu masih muda baru belasan tahun. Jauh lagi perjalanan. Apa yang lepas memang sangat pahit untuk dihadapi tapi ada banyak hikmah yang tersirat,” tulisnya.

Syamira sebelum ini berkongsi beberapa cerita yang disertakan dengan tangkap layar mesej perbualan di aplikasi WhatsApp dengan mendakwa Neelofa dan pendakwah bebas, PU Riz sudah berkahwin di Kelantan, Neelofa membuat pemindahan wang ke akaun Riz dan terkena minyak pengasih.

Syamira kemudiannya membuat permohonan maaf menerusi laman Twitter yang menjelaskan dia tidak ada niat jahat ketika muat naik ciapan itu.

Terdahulu, Harian Metro melaporkan Neelofa menafikan semua tuduhan yang dilemparkan menerusi hantaran video di Instagram dan kenyataan media yang diedarkan kepada pihak media, minggu lalu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *