Semasa

Ditempelak Netizen, Ini Penjelasan Padu Faezah Elai Buat Haters

Pelakon Faezah Elai memohon maaf sekiranya terdapat pihak yang terguris hati dengan sebarang pertuturannya yang disifatkan sebagai k4sar di media sosial.

Menurut Faezah, dia mengakui kemungkinan terdapat individu menyifatkan loghat Utara sering digunakan kedengaran sedikit kasar bagi orang luar.

“Saya orang Penang, asal dari Penang. Jadi, memang cakap Utara. Tapi kalau bahasa Utara itu bunyinya kasar sampaikan anda dakwa macam ‘syaitan’, maka, saya memohon maaf sekiranya saya mengguris hati sesiapa.

“Anda boleh berhenti daripada mengikuti saya, tiada masalah,” katanya menerusi satu entri yang dimuat naik di Instagram.

Faezah menjelaskan hal tersebut selepas terdapat pihak yang mempertikaikan pemakaiannya yang berhijab seolah-olah tidak selari dengan pertuturan bahasanya yang kas4r.

Dalam posting tersebut, Faezah turut berkongsi paparan komen yang ditinggalkan sebahagian netizen yang menempelak dirinya.

“Pakaian ikut Sunnah, lidah ikut syaitan.

“Selain tutup dada, mulut juga jangan buka dengan menyakiti hati orang,” tulis sebahagian warga net.

Dalam pada itu, jelas Faezah lagi penghijrahannya untuk berhijab sebelum ini, bukanlah untuk memuaskan hati mana-mana pihak.

Sebaliknya, ia dilakukan sebagai usahanya memenuhi tuntutan agama sebagai seorang muslimah.

“Tudung apapun saya pilih nak pakai, bukan sebab nak puaskan hati sesiapa, tapi hanyalah sebab saya rasa selesa dan saya berusaha untuk menjadi seorang muslim yang lebih sempurna.

“Pakai tudung ni dah nak masuk dua tahun, tak pernah nak cuba jadi ikon muslimah pun. Tak pernah cuba pun nak berdakwah dalam media sosial ni, sebab sendiri pun ke laut dalam,” katanya.

Sebelum ini, penampilan Faezah yang menggunakan tudung labuh mencuri perhatian ramai.

Dalam perkembangan lain Pelakon Faezah Elai menegur sikap sesetengah peniaga yang mengambil kesempatan menggunakan namanya untuk melariskan perniagaan tudung labuh.

Faezah menerusi coretan di akaun Instagramnya memberitahu pada mulanya dia tidak mengambil pusing perkara itu namun apabila dibiarkan isu berkenaan menjadi semakin teruk.

Tambah Faezah lagi, ada juga segelintir pembeli mula mendakwa ditipu sebaik sahaja membeli tudung berkenaan.

“Saya rasa bersyukur bila ada orang habaq yang ramai bertudung labuh lepaih tengok cheq pakai. Jadi ramai yang keluaqkan tudung style ala-ala Faezah Elai. Sudah tentu saya perasan ada diantara kamu menggunakan nama saya untuk menjual tudung.

“Sebab saya masih berdiam diri adalah kerana saya sangat gembira apabila ramai yang sudah mula menutupi bahagian dada mereka. Jika sebab Faezah Elai lah ramai yang bertudung labuh, cheq sangat bersyukur pada Mu Ya Allah.

“Tapi disebabkan macam banyak sangat DM, jangan kata kat cheq saja, habih satu keturunan cheq ampa DM dok tanya macam mana nak jadi agen atau stockist Tudung Faezah Elai…

“Cheq Faezah Elai nak habaq, cheq takdak perniagaan tudung yang ampa dok nak jadi stockist atau agen. Ramai yang merungut kata kena tipu, beli yang tak original. Ada yang tanya macam mana nak tahu ori atau palsvu.

“Tak kisahlah tudung jenama apa pun ampa nak pakai, tapi kalu dulu pakai yang pendek sekarang yang labuh,” tulisnya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *