Semasa

Fatin Terkejut Anak Beritahu Bekas Suami Sebilik Dgn Auntie Candy, Sekali Adam Shahz buka mulut

Pelakon jelita Fatin Afeefa mengejutkan pengikut di Instagramnya apabila memuat naik video perbualan antara dirinya bersama anak di IG Stories malam tadi.

Dalam video pendek tersebut, anak perempuannya, Ivy Herra Sophia, 5 tahun, memberitahu bahawa dia tidur sebilik bersama ayahnya, seorang wanita dan satu lagi nama yang turut disebut.

“Ivy tidur dengan daddy, dengan Auntie Candy, dengan abang Danial,” kedengaran anaknya memberitahu Fatin di dalam video tersebut.

“In the same room is it?” tanya Fatin.

“Ya”, jawap anaknya sambil menganggukkan kepala.

“Okay, thank you sayang,” ucap Fatin kembali.

Pada video yang sama, Fatin turut menulis beberapa ayat yang menunjukkan dia begitu marah dengan apa yang didengarnya itu.

“Do not get close to my daughter ever again!!!!

“I’ve been potrayed as bad this whole time but never have I ever involved my kids whenever I’m in a relationship. Let alone to bring my daughter to sleep in the same room with someone I’m not arried with. This is fucked up. Leave my daughter alone,” tulis Fatin.

Turut dikongsikan oleh Fatin adalah satu tangkapan skrin aplikasi WhatsApp bersama bekas suaminya.

Selain itu terdapat beberapa lagi tulisan yang turut dimuat naik Fatin di IG Stories yang turut mendakwa mempunyai video penuh berdurasi 3 minit perbualan bersama anak perempuannya itu, termasuklah nafkah yang tidak pernah diterimanya sejak 4 tahun lalu daripada bekas suami.

Selepas beberapa ketika Fatin kemudiannya memadamkan semua yang dimuat naiknya ke IG Stories sebelum ini dan berkongsi satu IG Story memohon maaf.

“Tuduhan Fatin Afeefa Tidak Berasas, Tanpa Usul Periksa!”-Adam Shahz

Pelakon Adam Shahz menegaskan akan mengambil mengambil tindakan terhadap bekas isteri, Fatin Afeefa kerana memuat naik tudvhan tidak berasas berkaitan dirinya menerusi ruangan IG Story di Instagram (IG).

Adam ketika dihubungi Gempak berkata, tuduhan yang dibuat bekas isterinya itu mencalarkan nama baik dan reputasinya.

“Saya tidak tahu apa motif dia buat macam tu. Sedangkan dia dah lama ‘block’ saya dari IG iaitu, sejak kami bercer4i lagi.

“Saya tidak mahu ulas mengenai apa yang dimuat naik dia, tetapi cukup jika saya katakan anak saya tidak men-pu tetapi dima-ipulasi.

“Saya nekad bawa perkara ini ke mahkamah. Semua tudu-an dia tidak berasas dan tanpa usul periksa! Cukup-cukuplah saya berdiam selama ini,” katanya.

Terdahulu Fatin telah memuat naik status mendakwa bekas suaminya itu tidur sebilik dengna teman wanita ketika membawa anak mereka, Ivy Herra Sophia, 6, pergi bercuti.

Fatin turut berkongsi video perbualan bersama Ivy untuk menguatkan dakwaannya terhadap bekas suami.

Bagaimanapun tidak lama kemudian Fatin memadam kesemua perkongsian tersebut dari IG Storynya.

Adam dan Fatin mendirikan rumah tangga selama empat tahun bermula 2013 dan berce-ai pada 2017.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *