Semasa

Fedtri Yahya berbalas pantun dgn SPRM, sekali DBP pun kena sekali

BEBERAPA hari lalu, panas di laman sosial mengenai Macau Scam yang berjaya meloloskan diri dari tahanan.

Pelbagai reaksi, andaian dan kecaman netizen terhadap isu itu.

Turut mendapat perhatian warganet, pengacara televisyen, Fedtri Yahya, tampil membuat rangkap pantun mengenai situasi kes suspek Macau Scam di Twitter miliknya.

Yang menariknya, Fedtri membuat satu hantaran di laman Facebooknya, memberitahu SPRM Community telah membalas pantunnya.

Fedtri menerusi pantun menulis;

Dewi malam berbatik lepas,
Memegang kitab tercarik indah,
Pagar SPRM mampu dilepas,
Lintasan hisab bagaimana diredah.

Hantaran tersebut mendapat lebih 1,000 tanda suka kerana pengikutnya menyatakan SPRM Community bersahaja dalam membalas pantun beliau.

Balas SPRM Community;

Makan cili pedas membara,
Langsung teguk air segelas,
Dunia ini hanya sementara,
Akhirat kelas pasti dibalas.

Hasil tinjauan di Twitter, SPRM Community turut menganggap kecaman warganet adalah lumrah bagi kehidupan.

SPRM turut membuat ulang kicau terhadap ciapan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP Malaysia) yang berkongsi laporan sebuah berita tempatan mengenai pantun disiarkan DBP yang menerima kecaman warganet.

“Kena hentam netizen itu lumrah kehidupan. Tak mengapa @DBPMalaysia, you’ll never walk alone,” tulis SPRM Community.

Apapun, sekali-sekala berbalas-balas pantun dapat mewarnai hari-hari kita.

DBP Pun turut terkait

Dalam perkembangan terkini kes Dato Sri lolos dari SPRM Harian metro dah update cerita. Sekarang babitkan tiga bodyguard. Dua bodyguard jadi kuda, kemudian bangku untuk suspek panjat pagar SPRM. Sorang lagi sambut di luar pagar kemudian naik Myvi.

Apa kata anda? Kongsikan bersama kami

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *