Hiburan

Harris Annuar dij4ngkiti C0vid. Ini aktivti dia terakhir sampai pecah rekod

Baru berkongsi beberapa posting di Langkawi menerusi laman Instagram, pelakon Harris Annuar dilaporkan dij4ngkiti C0vid-19.

Menerusi hantaran terbaru, pelakon berusia 27 tahun itu disahkan positif j4ngkitan vir-us tersebut selepas menjalani fasa pertama ujian saringan C0vid-19 di sebuah klinik semalam.

‘Diharapkan kontak rapat saya buat ujian saringan’

Pelakon dan personaliti media sosial Harris Annuar menasihatkan kontak rapatnya sejak dua minggu terakhir membuat ujian saringan C0vid-19.

Ini susulan dia disahkan C0vid-19 setelah pulang daripada bercuti di Langkawi.

“Semalam saya baru sahaja menjalani ujian saringan C0vid-19 dan didapati positif wabak ini untuk saringan pertama,” katanya seperti dilaporkan Harian Metro.

Harris disahkan positif C0vid-19 selepas menjalani ujian saringan dikendalikan sebuah klinik swasta di Bangi, Selangor semalam.

Dia kini sedang menunggu keputusan ujian saringan kedua yang dijalankan pagi tadi.

Sementara itu, katanya, dia menjalani kuarantin di rumah bersama seorang rakannya yang turut didapati positif.

“Saya tak berani pulang ke rumah sebab tak nak membahayakan ahli keluarga lain.

“Jadi, saya ambil keputusan untuk kuarantin berdua di rumah Tajuddin, sementara menunggu keputusan,” katanya.

Dia berkata masih menunggu panggilan rasmi Kementerian Kesihatan untuk tindakan lanjut serta memohon maaf atas segala kesulitan.

Terdahulu, bekas finalis Hero Remaja 2017 itu ada memuat naik beberapa posting dengan lokasi yang terletak di Langkawi namun tidak pasti sama ada sempena sambutan Tahun Baru’.Beliau juga telah membuat rekod Naik Basikal Dari Rumah Ke Langkawi

“Saya Je Artis Tempatan Yang Buat Kerja Gil4 Ni,” – 540KM Dalam Masa 3 Hari, Harris Annuar Naik Basikal Dari Rumah Ke Langkawi

Selagi tak cuba, kita tidak akan pernah tahu. Meski pun kadang kala kita merasakan sesebuah perkara tersebut di luar kemampuan kita, berkat semangat juang dan keazaman yang tinggi segalanya pasti tak mustahil.

Itulah yang cuba disampaikan oleh pelakon muda, Harris Annuar apabila dia berjaya menamatkan kayuhan sejauh 540 KM bermula dari rumahnya sehingga ke Pulau Langkawi.

Menurut Harris, dia berasa sangat berbangga dengan pencapaian tersebut kerana menyifatkan hanya dia sahaja daripada golongan artis yang berjaya menyempurnakan cabaran ‘gila’ tersebut.

“I guess im the only local celeb that done this shit!I deserved congratulations from every single of you! Langkawi from Home

#540KM #BangkitBotak,” tulisnya.

Entri berkenaan dikongsikan oleh pemenang tempat ketiga Hero Remaja 2017 itu menerusi akaun Instagram miliknya.

Video berdurasi hampir 20 saat tersebut ternyata menarik perhatian ramai pihak selepas meraih hampir 300,000 tanda suka selain turut dihujani ratusan komen.

Malah, Harris turut berkongsi perjalanan kayuhan selama tiga hari itu menerusi story highlight ruangan Instagram miliknya.

Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan artis berasa sangat kagum dengan pencapaian tersebut selian turut menitipkan ucapan tahniah buat Harris.

Sebelum ini, anak kepada usahawan kosmetik terkenal, Zaiton Hassan atau lebih dikenali sebagai Kak Ton ini pernah melakukan cabaran yang sama apabila berbasikal sejauh 375KM dari rumahnya sehingga ke Cherating, Pahang.

“Masing-Masing Ada Pakej Lengkap,” – Pilih Wajah Kacak, A Aida Tampilkan Hero Remaja Dalam Drama Baru

“Allah Sebaik-Baik Perancang, Serah Segalanya Pada Yang Esa,” – Neelofa Terima Kata Semangat Netizen, Rakan Artis

“Saya Kurang Sihat & Tak Cukup Tidur Kerana Anak Meragam,” – Dah Mohon Maaf, Tajul Hampir Bertumbuk Dalam Studio Rakaman

Neelofa Sangkal Dakwaan Minyak Pengasih, Masih Belum Berkahwin Dengan PU Riz – “Dalam Proses Perbincangan Untuk Mencari Titik Penyelesaian.”

“Ikhlas Dari Aku Seorang Pendosa,” – Baca & Faham Tafsir, Norman Hakim Gembira Sempat Khatam Al-Quran Lagi Tahun Ini

Sumber: Instagram Harris Annuar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *