Hiburan Semasa

Baru Je Kahwin, Sekali Individu Ini Minta Ayda Jebat Cer4i Saja Dgn Nabil Mahir, kahwin Zul Ariffin

Meski baru mendirikan rumah tangga pada 1 Januari lalu, namun pelakon dan penyanyi, Ayda Jebat sudah menerima mesej peribadi daripada seorang pengguna Instagram yang memintanya berc3rai dengan suami, Nabil Mahir dan berkahwin dengan pelakon Zul Ariffin.

Penyanyi lagu Parah Parah itu menerusi satu hantaran di Instagram Story memuat naik kapsyen yang terkilan dengan mesej yang dihantar individu berkenaan.

“Ada lagi orang macam ni,” tulisnya ringkas disusuli emoji beserta tangkap skrin yang dihantar pemilik akaun terbabit.

Pemilik akaun itu meminta Ayda berpisah dengan Nabil dan berkahwin dengan Zul yang dirasakan lebih baik.

“Ceraikan jelah suami awak tu…Lagi baik kahwin dengan Zul Ariffin,” tulis individu berkenaan.

Sebelum ini pernah timbul gosip mendakwa wujud cinta lokasi di antara Ayda dan Zul selepas drama gandingan mereka, Rindu Awak 200% disiarkan TV3 beberapa tahun lalu.

Bagaimanapun, baik Ayda dan Zul, kedua-duanya menafikan dakwaan tersebut, sebaliknya menyifatkan hubungan mereka tidak lebih dari rakan selebriti.

Sementara itu, menerusi entri Ayda di Instagram, dia dan suami kini sedang menikmati momen indah bulan madu di Langkawi.

Suami jadi imam ketika bulan madu, Ayda Jebat terh4ru

PETALING JAYA – Penyanyi Ayda Jebat meluahkan rasa terharu apabila suaminya mengimamkan solat mereka berdua ketika berbulan madu di Pulau Langkawi, Kedah.

Menerusi InstaStory yang dimuat naik Ayda dalam Instagram miliknya, jelas memaparkan suaminya, Nabil Mahir selesai mengimamkan solat jemaah mereka berdua.

“Saya sungguh bertuah memiliki kamu dalam hidup saya,” tulis Ayda dalam video berdurasi lima saat tersebut.

Nabil ketika baharu sahaja selesai mengimamkan solat jemaah bersama Ayda.
Terdahulu, majlis resepsi perkahwinan sebelah pihak lelaki yang dijadualkan berlangsung pada 9 Januari lalu di Langkawi terpaksa dibatalkan berikutan kes Covid-19 yang semakin meningkat saban hari.

Sebelum ini, dengan hanya sekali lafaz pasangan itu sah bergelar suami isteri selepas selamat dinikahkan pada pukul 3.28 petang di Masjid At-Taqwa, Taman Tun Dr. Ismail, Kuala Lumpur 1 Januari lalu.

Foto: Instagram Ayda Jebat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *