Hiburan Semasa

Ini keputusan hak jagaan anak Datuk Seri Vida “Cik B akan hubungi bapa jika sudah bersedia”

USAHAWAN kosmetik, Datuk Seri Hasmiza Othman atau lebih dikenali sebagai Datuk Seri Vida meluahkan rasa syukur apabila hak penjagaan terhadap kedua-dua anaknya berpihak kepadanya.

Menurut Vida, dia juga lega kes tersebut tidak berpanjangan dan menganggu emosi anak-anaknya iaitu Nur Edlynn Zamilleen, 16, atau lebih dikenali sebagai Cik B dan Eric Zaquan (Kacak), 14.

“Alhamdulillah, hak penjagaan hadanah dapat pada saya dan kes ini tidak dipanjang-panjangkan atas budi bicara hakim.

Saya harap lepas ini jangan pula ada yang cakap Cik B dan Kacak derhaka pula (sebab tidak mahu jumpa bapa).

“Hakim sendiri yang bertanyakan kepada Cik B dan Kacak dan memang saya tidak pernah menghalang untuk mereka berhubung dengan bapa mereka.

“Saya sangat lega kerana keputusan ini tidak mengganggu emosi anak-anak. Saya harap lepas ini jangan pula ada yang cakap Cik B dan Kacak derhaka pula (sebab tidak mahu jumpa bapa).

“Yang bercakap memang sedap, tapi yang menghadapinya kami,” katanya.

Kali terakhir Mohd Amin jumpa anak-anak pada Mei 2018. Foto: Malaysiakini

Terdahulu pada pagi Isnin, Mahkamah Syariah Kota Bharu, Kelantan membuat keputusan mengenai tuntutan hak penjagaan anak ahli perniagaan itu yang difailkan oleh bekas suami, Mohd Amin Yasin pada November lalu.

Menerusi keputusan tersebut, Hakim Mahkamah Tinggi Syarie, Abu Bakar Abdullah Kutty memerintahkan bekas suaminya untuk tidak mengganggu kedua-dua remaja itu sekiranya mereka belum bersedia untuk berhubung dengan bapa mereka.

Vida turut menambah, dia tidak berniat untuk memutuskan hubungan hubungan di antara bapa dan anak, namun disebabkan konflik yang pernah melanda keluarga menyebabkan dia terpaksa melindungi anak-anaknya.

“Cik B dan Kacak boleh hubungi ayah mereka, bukan sebaliknya. Saya tak nak putuskan silaturrahim tapi anak-anak sendiri yang belum bersedia untuk berjumpa dengan ayah mereka atas sebab-sebab tertentu,” ujarnya.

Sementara itu, Cik B berkata, dia dan Kacak akan menghubungi bapa sekiranya mereka sudah bersedia.

“Saya rasa lega kes ini sudah berakhir dan kalau saya dah bersedia, saya sendiri akan call ayah,” katanya.

Datuk Seri Vida lega keputusan tidak menjejaskan emosi anak-anak.

Pada 3 November lalu, Mohd Amin yang juga seorang peniaga diwakili peguam Mohd Zaki Zainal Abidin dan Nik Mohamad Amin Nik Abdullah memfailkan tuntutan hadanah iaitu hak lawatan, bermesra dan bermalam bersama anak-anak.

Mohd Amin sebelum ini menyatakan kali terakhir dia bertemu dengan anak-anaknya pada Mei 2018.

Mohd Amin berkahwin dengan Vida pada tahun 2000 dan bercerai pada 2008.

Mereka dikurniakan empat cahaya mata, namun anak pertama dan kedua mereka meninggal dunia dalam kejadian kebakaran rumah di Ipoh, Perak pada 3 Ogos 2013.

Perkongsian Kisah Hidup Cik B Masa Kecil Bongkar Perangai Sebenar Ayahnya

Disebabkan kisah ini mendapat perhatian ramai, ada yang berkongsikan ciapan oleh Cik B sendiri mengenai kisah hidupnya pada masa kecil.

Walaupun thread ini telah di post pada hujung tahun 2019, namun ia seakan menjawab pertanyaan netizen mengenai sebab DSV bertindak menjauh daripada bekas suami.

“Masa CikB kecik CikB selalu kena dera dengan bibik CikB kena kurung kena pukul kena semua lah pastu masa CikB kecik ayah kandung CikB dera mama jugak pukul pukul sampai nak b4kar rumah sebab mama tak kasi duit…ayah cikb kaki m4buk kaki re-mpit semua kaki dia ada..”

“Ayah CikB  pulak selalu ugut mama nak potong tangan abg CikB Kalau tak kasi duit..pastu ada satu hari tu ayah CikB bawak lari CikB ke rumah dia pastu mama pun ambil CikB balik rumah sampai gaduh2 dgn ayah kandung CikB..”

Walaupun mama dgn ayah CikB dah cerai setiap bulan dia mintak duit Tapi mama pun kasi jelah—- Mama sebenarya dulu kena buang dgn mak mama sendiri pastu mok jah,abah ajit jaga mama..Tapi bila mama besar mama cari mak mama balik..”

Ramai terkejut dengan perkongsian Cik B dan memberikan kata semangat kepadanya kerana beliau adalah seorang yang kuat.
Read More : https://www.koolfm.com.my/koolhiburan-isu-bekas-suami-saman-dsv-thread-cik-b-bongkar-perangai-sebenar-ayahnya/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *