Semasa

Tular Jiran Bina 11 Bonggol Atas Jalan, Sekali Ada Yg Pergi Test Drive Nailk Ford Ranger

Jadilah seperti bonggol jalan, dibenci tapi jasanya kepada keselamatan jalan raya memang besar. Ia dibina demi memastikan sesebuah kenderaan itu memperlahankan kelajuan secara paksa di sesuatu lokasi.

Dengan kata lain, ia turut berfungsi sebagai panduan dan amaran kepada pengguna jalan raya supaya lebih peka dan berhati hati. Ia juga bersifat sebagai langkah keselamatan untuk melindungi pengguna jalan raya, orang awam dan penduduk sesuatu lokasi.

Binaannya juga bersifat teknikal, jadi ukuran tinggi/rendah atau lebar dan sebagainya mestilah dipatuhi demi mencapai tujuan pembinaannya.
Namun secara realitinya terdapat juga pihak tertentu yang membina bonggol-bonggol jalan ini secara persendirian.

Lebih-lebih lagi di kawasan perumahan memang ada jurutera tak bertauliah membinanya tanpa mendapat sebarang panduan mengenai peraturan yang sedia ada. Semua ikut suka tanpa mengira spesifikasi serta lokasi bonggol yang dibenarkan.

Tak Tahan Bunyi Kereta, Jiran Bina 11 Bonggol

Namun lain halnya yang berlaku di sebuah kampung di Jerteh, Terengganu sampai tular satu Malaysia.

Sejak semalam tular di media sosial seorang invididu dikenali sebagai Cikgu Li berkongsi gambar jalan masuk ke rumahnya dibina bonggol, bukan satu tapi 11 bonggol.

Bonggol yang dibina menggunakan tar itu dikatakan dilakukan oleh jirannya yang tidak berpuas hati dengan Cikgu Li yang dakwanya membawa kereta laju melalui jalan tersebut.

” Lepas zohor semalam tiba-tiba wujud 11 bonggol baru atas jalan masuk ke rumah Cikgu Li.

” Jadi Cikgu Li terpaksa panggil kontraktor buat jalan baru ikut belakang.

” Malas nak bergduh dengan orang g1la buat-buat ni.

” Sebelum ni dia letak batu di tengah-tengah jalan dan halangan di tengah jalan. Kononnya kereta lalu laju depan rumah dia.

” Mustahil untuk kereta lalu dengan laju sebab memang ada 2 bonggol sebelum rumah dia dan kat tiang letrik betul-betul sebelah rumah dia.

” Pernah sekali bila Cikgu Li balik dari masjid untuk Solat Subuh ; tiba-tiba dia muncul dari semak dan mengacukan parang.

” Cikgu Li pun undur kereta dan masuk ikut jalan lain.

” Sebelum tu dia pernah tunggu tengah-tengah jalan sambil mengacukan batang ubi.

” Mujur emak dia dan saudara dia ada di luar rumah ; mereka yang pujuk dia suruh ke tepi. Malas dah nak panjangkan cerita.

” Kalau bergduh, takut ada yang ced3ra pulak. Silap haribulan ada yang masuk pnjara. Apa pandangan kawan-kawan?

Dalam pada itu Cikgu Li turut berkongsi update kes tersebut menerusi perkongsian baru di Facebooknya.

Katanya, jalan itu dibina atas rezab jalan dan bukan atas tanah jirannya.

” Jalan tersebut memang dibina atas rezab jalan. Bukannya atas tanah milik persendirian. Dan sebelum ni dah ada 3 bonggol atas jalan.

” Mustahil nak lari laju seperti yang dikhayalkan beliau. Perkara ini sudah dalam pengetahuan pihak berkuasa.

” Petang tadi Majlis Daerah Besut dan PDRM telah turun padang. Jadi kita serahkan kepada pihak berkuasa untuk uruskan. Harap maklum!” tulisnya.

Dalam perkembangan terkini, Cikgu Li telah membeli batu untuk membuat jalan baru kerana tidak mahu meneruskan s3ngketa

“Kita hidup nak cari damai dan bahagia.Tak sangka status semalam menjadi viral.Hari ni berpagi-pagi cari batu untuk buat jalan baru.Semoga tiada lagi sengketa sesama kita” tulis Cikgu Li

Kawan Cikgu Li Pandu Lalu Menggunakan Ford Ranger, Lalu 13 Bonggol

Dalam pada itu, kawan kepada Cikgu Li juga sempat mencuba melalui bonggol tersebut dengan kenderaan Ford Ranger

“Malam2 ni kita mai test bonggol dengan ford Kalau naik kereta mmg konfirm sangkut bawah Kalau betul ni tanah dia seeloknya sodaklah atau cokeslah jalan tar tersebut ataupun buat halangan terus jangan biar orang lalu sbb dia xsuka orang lalu lalang.Tgk ke jalan dengan kenderaan cg lie xmungkin lalu jalan ni naik 100kmh melainkan cg lie mmg seorang pemandu kereta rally seangkatan dengan karamjit singh” tulis kawan kepada Cikgu Li

Penjelasan Jiran Kenapa Dia Buat Bonggol

Sementara itu, menerusi perkongsian balas, jiran Cikgu Li yang membina bonggol tersebut telah menjelaskan perkara sebenar.

Menurut Muhamad Roslam, dia sudah banyak kali menegur Cikgu Li agar tidak memandu laju melalui rumahnya.

Kata Roslam lagi, dia terganggu dengan bunyi kereta Cikgu Li yang keluar masuk sehingga lewat malam dan mengganggu tidurnya, apatah lagi dia kini ada masalah kesihatan.

Cikgu Li UPDATE KES PAGI TADI.

Jalan tersebut memang dibina atas rezab jalan.

Bukannya atas tanah milik persendirian.

Dan sebelum ni dah ada 3 bonggol atas jalan.

Mustahil nak lari laju seperti yang dikhayalkan beliau.

Perkara ini sudah dalam pengetahuan pihak berkuasa.

Petang tadi Majlis Daerah Besut dan PDRM telah turun padang.

Jadi kita serahkan kepada pihak berkuasa untuk uruskan.

Harap maklum!

NAK BUAT BONGGOL JALAN? ADA SPESIFIKASI YANG PERLU ANDA PATUHI

Nak salahkan mereka ini 100% pun tak boleh kerana ianya dibina demi kepentingan keselamatan yang mana bonggol dibuat di hadapan rumah masing masing demi keselamatan penduduk kawasan tersebut terutamanya kanak-kanak. Yelah.. ada umat yang memandu di kawasan perumahan pun tekan enjin sampai 12000 RPM.

Namun secara sedar atau tidak pembinaan bonggol secara haram menjadi satu kesalahan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Perlu diketahui bahawa sebarang pembinaan bonggol di kawasan tertentu mestilah menerusi permohonan kepada Majlis Perbandaran masing-masing dan mereka ini mempunyai garis panduan dari JKR mengenai spesifikasi sesuatu bonggol mengikut kesesuaian lokasi bonggol yang akan dibina.

Terdapat juga kes-kes di mana berlakunya kemalangan jalan raya kepada pengguna jalan lain akibat bonggol yang didirikan tidak menepati spesifikasi yang sepatutnya.

Seksyen 80 Akta Pengangkutan Jalan 1987 menyatakan;

Mana-mana orang yang bagi apa-apa maksud meletakkan atau menyebabkan diletakkan
apa apa bonggol jalan, atau apa-apa tali, wayar, rantai, takal atau radas yang seumpama itu melintang sesuatu jalan atau mana mana bahagian daripadanya dengan apa apa cara sehingga mungkin menyebabkan bahaya kepada orang atau kerosakan kepada kenderaan kenderaan yang menggunakan jalan itu adalah, melainkan jika dia membuktikan bahawa dia mempunyai hak yang sah untuk berbuat demikian dan bahawa dia telah mengambil segala langkah yang perlu untuk memberi amaran yang cukup tentang bahaya itu, telah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM2000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua duanya sekali.


Untuk pengetahuan semua, permohonan untuk membina bonggol jalan hendaklah dikemukakan melalui:

1. Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK)

2. Persatuan Penduduk / Rukun Tetangga3) Ahli Majlis / ADUN Kawasan / Ahli Parlimen

Antara syarat yang akan dipertimbangkan bagi permohonan pembinaan bonggol jalan adalah:

1. Jalan pintas yang sibuk seperti jalan yang menghubungkan dua taman perumahan;

2. Jalan Bandaran (jalan dalam taman perumahan) dan jalan yang tidak menyambungkan di antara Jalan Negeri / Jalan Persekutuan;

3. Berhampiran kawasan tumpuan orang awam seperti masjid, surau atau rumah ibadat, dewan, taman permainan / tempat rekreasi, padang, sekolah / tadika dan lain-lain;

4. Berdekatan dengan lampu jalan sedia ada;

5. Jarak di antara bonggol sedia ada yang bersesuaian;

6. Tidak terdapat petak tempat petak kereta di kiri atau kanan jalan atau kedua-duanya.

Reka bentuk bonggol jalan pula adalah berpandukan Arahan Teknik Jalan JKR (18/97) Basic Guidelines On Pedestrian Facilities.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *