Semasa

Kanada, Jerman Beri RM24K Seorang , Rakyat Malaysia Hanya Dpt RM500, Sepatutnya Kita Dpt Lebih Kata Aktivis Numan Afifi

Numan Afifi membidas langkah kerajaan yang hanya memberikan sumbangan RM500 kepada rakyat bujang di negara ini.

Numan melalui ciapan di laman Twitter berkata rakyat di negara ini sepatutnya layak mendapat peruntukkan yang lebih besar dari kerajaan.

“Kerajaan Kanada dan German memberikan sumbangan (kira-kira) RM24 ribu seorang, manakala rakyat Malaysian yang bujang hanya mendapat RM500-800.

“Kita layak mendapat lebih dari itu,” ujarnya sebentar tadi.

Melalui ciapan yang sama, bekas setiausaha akhbar kepada Syed Saddiq Abd Rahman itu turut memuat naik gambar berhubung sumbangan negara tersebut kepada rakyatnya.

Kerajaan Canada sebelum ini mengumumkan peruntukkan sehingga RM6,000 selama 4 bulan kepada rakyat di negara itu yang dibuang kerja ekoran waabak C0ovid-19 yang melanda.

Jumaat lalu Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan Pakej Prihatin) bernilai RM250 bilion untuk membantu rakyat.

Menerusi teks ucapan setebal 16 muka surat itu, Muhyiddin berkata, keutamaan kerajaan pada waktu ini ialah untuk membendung penularan wabaak C0ovid-19.

Muhyiddin yang mengambil masa kira-kira 40 minit membaca teks ucapan tersebut memaklumkan bahawa langkah yang telah diperkenalkan dalam pakej itu bertujuan untuk memastikan aktiviti ekonomi negara berterusan, terutamanya dengan penyaluran tunai melalui Bantuan Prihatin Nasional.

Menurut Muhyiddin, bantuan kewangan RM600 diberi kepada pekerja yang terpaksa mengambil cuti tanpa gaji setiap bulan untuk tempoh maksimum enam bulan.

Katanya, bantuan itu layak untuk pekerja yang diberi notis tanpa gaji mulai 1 Mac 2020 dan pencarum Sistem Insurans Pekerjaan (EIS) dengan gaji tidak melebihi RM4,000 sebulan.

“Langkah ini melibatkan peruntukan RM120 juta dan seramai 33,000 pekerja disasarkan menerima faedah tersebut,” katanya pada sidang media mengenai hasil mesyuarat pertama EAC.

Dalam pada itu, Muhyiddin berkata, seperti diumumkan dalam PRE 2020 pada 27 Februari lalu, pembayaran sebanyak RM200 akan dibuat kepada setiap penerima BSH pada 16 Mac 2020 yakni diawalkan daripada tarikh asal yang dijadualkan Mei depan.

Katanya, bayaran berjumlah RM760 juta itu akan memanfaatkan seramai 3.8 juta isi rumah BSH.

“Bayaran tambahan sebanyak RM100 seperti mana yang diumumkan PRE2020 akan dibayar pada bulan Mei 2020 dan bayaran tambahan bulan Mei ini melibatkan RM500 juta yang akan memanfaatkan 5 juta penerima BSH,” katanya.

Sumber : SuaraTV, bahrian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *