Semasa

Baru je Kerajaan umum darurat, Najib mula rasa bimbang. Sekali usahawan terkenal masuk komen

Hari ini YANG di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah memperkenankan tempoh pelaksanaan darurat hingga 1 Ogos 2021 sebagai langkah proaktif untuk membendung gejala w4bak C0vid-19.

Menerusi kenyataan Istana Negara pada Selasa, Seri Paduka Baginda turut memberi perkenan tempoh pelaksanaan tersebut atau sehingga suatu tarikh yang lebih awal jika angka kes positif C0vid-19 harian dapat dikawal dan diturunkan dengan berkesan.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Indera Ahmad Fadil Shamsuddin, berkata Seri Paduka Baginda turut berkenan terhadap cadangan kerajaan bagi pembentukan satu Jawatankuasa Bebas yang akan dianggotai oleh Ahli-ahli Parlimen Kerajaan dan Pembangkang serta pakar-pakar kesihatan dan yang berkait.

Namun begitu, bekas Perdana Menteri DS Najib Razak kelihatan masih tidak bersetuju dengan penisytiharan darurat ini

Berikut ulasan terbaru Najib di Facebook milik beliau

“Saya menjunjung titah Yang di-Pertuan Agong yang memperkenan permintaan kerajaan bagi pengisytiharan darurat.

Tapi kebimbangan saya ialah persepsi dan mesej yang dihantar kepada pelabur.

Laporan beberapa media asing terkenal memberi gambaran bahawa pengisytiharan darurat Malaysia adalah bermotifkan politik dan bukan untuk melawan C0vid.

Ini ialah sebab Malaysia adalah satu-satunya negara dalam dunia yang gantungkan parlimen selama 6 bulan untuk melawan Covid.

Lain-lain negara yang umum darurat kesihatan tidak gantung parlimen.

Naratif geng PH bahawa kerajaan PN sengaja membiarkan situasi Covid menjadi teruk supaya darurat boleh dilaksanakan juga dilaporkan media asing.

“Opposition politicians criticized the move, blaming Muhyiddin for failing to contain a surge of Covid-19 cases in recent months and then using the pandemic as an excuse to stay in power.”

“Malaysia Emergency Suspends Parliament for First Time Since 1969”
https://www.bloomberg.com/news/articles/2021-01-12/malaysia-declares-state-of-emergency-as-pandemic-worsens

Sudah tentu persepsi negatif bagi pelabur terhadap Malaysia akan terbina dan ini terbukti dari kejatuhan nilai Ringgit dan bursa saham selepas darurat diumumkan hari ini.

Pelaburan asing di Malaysia sudah menjunam teruk sejak PRU14.

Jika pelaburan baru yang signifikan tidak masuk lagi, pemulihan ekonomi negara dan penjanaan peluang pekerjaan baru akan terjejas.

“Sebab itu, kerajaan PN perlu lebih berusaha untuk memperbetulkan persepsi komuniti pelaburan dalam dan luar negara untuk halang lagi ramai pelabur lari ke negara-negara jiran serantau”

Namun begitu posting Najib kali ini menimbulkan pelbagai reaksi dari pengikut beliau sendiri

Seorang usahawan terkenal di kenali Syukur Majid juga meninggalkan komen menasihati Najib untuk bertenang sementara waktu dari terus menerus menekan kerajaan

“Sudah2 lah dato sri. Berehatlah kejap. Bagi la masa kes covid turun dulu. Dah elok nanti, dato sri buatlah PRU tiap2 bulan dengan kawan2 dato sri.Kesian kat rakyat separuh mampuih nak survive ni”

Marina Ibrahim juga meninggalkan nasihat yang sama

“tak payah cakap PH kata itu PH kata ini..Dato sendiri haritu pun dok cakap kalau darurat berlaku keputusan tu adalah bermotifkan politik. Jangan pusing2″

Pusing-pusing pun perbicaraan tetap menanti.Mahkamah tak henti walau darurat. Mat Maslan dan pemimpin yg dok minta PRU patutnya dari haritu Dato patut seal mulut mereka”

Berikit lagi reaksi dari netizan

“Kena lihat situasi sekarang Dato Seri…kerana nak rebut pelaburan kita lihat m4yat bergelimpangan tak terurus nanti…3 ribu lebih jangkitan sehari sudah sangat serious…lama2 doktor dan frontliners pun akan jadi gila…”

“Alhamdulillah darurat… tenang sikit Malaysia ni, kalau tak, hari hari berp3rang , sibuk dgn aku ada majoriti, aku ada nombor, aku tak sokong PM tu, aku yg layak jd PM, aku abg besar… aduh pening rakyat jelata… so lepas abis darurat ni, lantak lah nak pru… nak tengok sekuat mana parti parti ni… lepas ni lantak la nak berebut jd PM dan abg besar…”komen seorang warganet

Berikut pula reaksi dari Tun M

Mahathir: Tak perlu d4rurat untuk tangani C0vid-19

Kerajaan mempunyai kuasa penuh untuk menangani masalah C0vid-19 tanpa perlu pelaksanaan proklamasi darurat, kata bekas perdana menteri, Dr Mahathir Mohamad.

Jelasnya, Malaysia tidak seperti negara barat yang mana rakyat negara ini patuh dengan arahan kerajaan.

“Kita tidak tahu setakat mana darurat ini mengikat kita daripada bergerak sebenarnya di waktu ini.

“Tanpa darurat kerajaan mempunyai cukup kuasa untuk menangani masalah C0vid-19 tidak ada pengurangan kuasa.

“Kuasa cukup penuh. Setakat ini kita belum tahu apa makna darurat,” katanya dalam sidang media di ibu negara, hari ini.

Terdahulu, Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah hari ini berkenan supaya Pengisytiharan Proklamasi Darurat dilaksanakan sebagai langkah proaktif untuk membendung gejala wabak C0vid-19.

Apa kata anda? Kongsikan bersama kami

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *