Semasa

Makin Ditegur Makin Sajat Buat Hal. Sekali Ustaz Hanafi Beri Satu Cadangan Buat Ramai Setuju

Ibarat mencurah air ke daun keladi. Tegur sudah, marah pun sudah, kec4m apatah lagi..sudah berbakul-bakul.

Nampak gaya semua tak jalan..mungkin sampai masa kerajaan ambil tindakan.

Pendakwah terkenal, Mohamed Hanafiah Abdul Malek menyifatkan tindakan usahawan kosmetik kntroversi Nur Sajat yang memuat naik gambar dan video berbik1ni di Instagram sebagai melanggar prinsip kelima Rukun Negara iaitu kesopanan dan kesusilaan.

Ambil tindakan ke atas Sajat

Hanafiah yang juga mesra dengan panggilan Ustaz Hanafi berkata, Sajat perlu dikenakan tindakan atas kelakuan tidak s0pan yang dipertontonkan kepada umum selain hukumnya h4ram di sisi agama.

” Sepatutnya kerajaan boleh kenakan tindakan kepada bukan saja Sajat, tapi kepada sesiapa yang tidak sopan dan beretika.

” Jika bercakap mengenai hukum semua orang tahu hukumnya h4ram dan berd0sa.

” Namun, mungkin pendekatan yang boleh diambil kepada Sajat adalah memanggilnya untuk menjalani sesi kaunseling.

” Kalau nak kenakan hukvman mungkin orang boleh membayar s4man.

” Saya melihat kaunseling adalah pendekatan terbaik bagi membantu dan menyelami msalah yang dihadapinya sekali gus berubah kepada jalan yang diredai,” katanya.

Menurut Hanafiah, kelakuan menc0Iok mata yang dilakukan Sajat memberi kesan negat1f kepada rakyat Malaysia dan tanpa sedar menggalakkan orang lain mengikut jejak langkahnya.

” Kalau kita buat d0sa untuk diri kita, jangan kita galakkan orang lain jadi macam kita.

” D0sa sendiri pun tak mampu nak tanggung, bagaimana nak tanggung d0sa-d0sa yang ikut jejak langkah dan pengikut yang ikut ‘trend’ kita,” katanya.

Hanafiah berkata, sudah lebih 10 tahun dia terbabit dalam menyantuni golongan L G B T dan ramai di antara mereka yang sudah berubah dan kembali kepada fitrah.

” Sudah lebih 10 tahun saya bersama dengan golongan L G B T menerusi program mukkayyam anjuran unit Keluarga Sosial Komuniti Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

” Kami mengumpul golongan ini dan memberikan tarbiyah secara perlahan-lahan dan disulami kasih sayang. Alhamdulillah ramai yang berubah dan kembali kepada fitrah.

” Saya percaya pendekatan hikmah adalah yang terbaik bukan tangkap mereka dan melakukan tindakan tegas kerana pendekatan itu sudah tidak lagi berkesan,” katanya.

Terdahulu, tindakan Sajat memuat naik video dan foto dia berbikini di Instagram mengundang kemarahan ramai pihak termasuk pendakwah dan bekas peserta Pencetus Ummah (PU) iaitu PU Amin dan PU Syed yang menggesa orang ramai memboikot ahli perniagaan itu.

Berikut reaksi dari netizan

“Masalahnya ustaz dia xrasa dia lelaki.. Khusa katanya…lgbt lain yg kembali kepd fitrah mereka tahu siapa mereka.. MasyaAllah susah laa manusia mcm ni tipu diri sendiri.. Zalim pd diri sendiri.. Mempermainkn hukum Allah.. Ya Allah Ya Rabal alamiin jgnlh KAU tintakn titik hitam Di hati hambaMu yg bernama Muhammad Sajat.. Aamiin

“Dia fikir bnyk duit, riak, tk ader aper2 tindakn dr yg berwajib, masa buat salah,, tu lh berani buat,,,lg,, hukumn dia penjarakn seumur hidup,, tau lh dia,,,,ni dasar pondan yg tk sdr diri,, puiii,,

“Niat dia sebenarnya nak tunjuk yg dia tu perempuan kononnya, perempuan jadian. Kau ubah lah macam mana sekali pun jat, hakikatnya kau tu tetap lelaki. dilahirkan sebagai seorg lelaki, genetik dalam badan kau tu lelaki. Luaran je macam perempuan a.k.a pondan..

‘Kenyataan menteri bawa persekitaran tak selamat buat transge-nder’

Dalam perkembangan lain, Kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Dr Zulkifli Mohamad bahawa Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) memiliki “lesen penuh” untuk mengambil tindakan terhadap transgender berisiko mencetuskan lebih ancaman dan persekitaran tidak selamat buat golongan itu, kata aktivis transgender Nisha Ayub.

Nisha berkata, apatah lagi di saat golongan itu sudah pun menjadi sasaran dan seperti orang lain, turut terkesan dengan wabak Covid-19.

“Kenyataan seumpama itu boleh mencetuskan bahaya dan ketakutan terhadap (golongan) transgender dan mewujudkan persekitaran tidak selamat kepada komuniti ini.

“Apa yang dimaksudkan menteri dengan ‘beri lesen penuh kepada semua penguat kuasa Jawi’? Mengapa sasarkan kami sebagai minotiti?” soalnya dalam satu hantaran Facebook semalam.


Semalam, Zulkifli dalam satu kenyataan di Facebook berkata Jawi boleh mengambil tindakan terhadap transgender.

Bagaimanapun beliau berkata ia perlu dibuat mengikut SOP (prosedur operasi standard) dan aspek “tarbiah” lebih utama.

Kenyataan itu dibuat beberapa hari selepas media sosial ‘panas’ dengan isu berkaitan Nur Sajat yang beraksi dengan bikini di media sosialnya.

Nisha berkata lagi, golongan transgender tidak memberi ancaman kepada pihak lain mahupun negara.

“Apa terjadi kepada hak berdasarkan Perlembagaan Persekutuan? Hak untuk kebebasan peribadi, kesamaan, ekspresi, pergerakan, agama dan sebagainya? Adakah sekarang kami tidak dibenarkan untuk berjalan di tempat awam sebagai diri sendiri?” soalnya lagi.

Pada 2018, ketika pentadbiran PH, Menteri di Jabatan Perdana Menteri ketika itu Mujahid Yusof menyeru agar orang ramai berhenti daripada mendiskriminasi golongan transgender bagi mengelakkan mereka terpaksa menjadi pekerja seks.

“Golongan transgender tidak menuntut untuk perkahwinan sesama jenis…Oleh itu kasihan kerana mereka ditindas di tempat kerja dan ketika ke klinik mereka tidak mendapat layanan wajar hingga akhirnya mereka tidak bekerja lalu terjebak menjadi pekerja seks,” katanya pada masa itu.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *