Semasa

Selepas hanya tinggal 30% ori. Ini penerimaan ‘Ibu bapa Safiey Illias

PENDEDAHAN ‘berani ma-ti’ usahawan dan selebriti, Safiey Illias mengenai kos pembedahan dan rawatan kosmetik dibuat serta peratus keaslian tubuh dimiliki mengundang pelbagai persepsi masyarakat.

Apatah lagi tahun lalu Safiey, 26, atau nama sebenarnya Mohd Saifuddin Illias berkongsi sudah kembali kepada fitrah iaitu lelaki.

Ditanya mengenai penerimaan kedua ibu bapanya terhadap keputusan dibuat dengan memilih menjadi ‘wanita’, Safiey berkata mereka sudah memahami apa yang dilaluinya.

“Selepas mereka maklum saya bertarung dengan penyakit bipolar dan diberi penerangan mengenai apa yang saya lalui oleh pakar psikiatri, mereka faham.

“Sebab apa yang saya perlukan sekarang adalah sokongan moral daripada mereka dan keluarga. Saya tidak perlukan kata-kata nasihat sebab penyakit seperti ini hanya nak ada orang yang mendengar apa kita lalui,” katanya kepada Harian Metro.

Safiey yang juga penyanyi lagu Syinta Gila berkata, penyakit bipolar yang dialami itu membuatkan dirinya menjadi tidak menentu tanpa mengira waktu.

“Saya sekejap ‘happy’ menjadi lelaki, sekejap tidak. Situasi memang tak menentu dan ini membawa kepada penyakit. Ini bukan soal iman. Ia boleh datang bila-bila masa saja,” katanya

Safiey Illias hanya 30-35 peratus ‘ori’

HANYA 30 hingga 35 peratus saja bahagian di tubuh saya ini asli.”

Itu pendedahan terbaru dibuat usahawan kosmetik dan selebriti, Safiey Illias ketika ditanya mengenai keaslian tubuhnya selepas mengakui membuat pembedahan dan rawatan kosmetik pada wajah, payudara dan punggung dengan kos mencecah RM1 juta hingga RM2 juta.

Safiey, 26, atau nama sebenarnya Mohd Saifuddin Illias ketika dihubungi berkata, dia sudah tidak memerlukan sebarang pembedahan lagi kerana berasakan dirinya sudah sempurna sebagai wanita.

“Doktor pun cakap saya tak perlu buat apa-apa lagi. Hanya perlu rawatan susulan setiap enam bulan untuk mengekalkannya. Sekarang sudah sempurna dan tidak ada nak buat apa lagi. Apa saya mahu buat ketika ini adalah ingin memberi motivasi kepada orang ramai. Sebab ramai sebenarnya yang ‘struggle’ untuk cantik.

“Mereka berkongsi kepada saya masalah yang dihadapi terutama soal kecantikan. Cuma pesan saya, kalau nak buat dan mampu, pergilah buat,” katanya kepada Harian Metro.

Menurut penyanyi lagu Syinta Gila itu, pendedahan yang dibuat di saluran YouTube miliknya bukanlah untuk menegakkan benang basah sebaliknya ingin memberi maklumat dan pengetahuan kepada orang ramai cara bagi mendapatkan rawatan kecantikan melalui saluran yang diperakui.

“Saya juga selalu mendapat mesej peribadi (DM) di Instagram yang bertanya macam mana nak mendapatkan punggung, kulit, payudara dan wajah yang cantik.

“Disebabkan itu menerusi video berkenaan saya mendidik mereka dengan perkara yang betul. Memang tak ramai yang terbuka seperti saya. Kalau nak cantik guna saluran yang betul. Jangan fikir soal murah dan terus percaya,” katanya.

Safiey juga menjelaskan, dia menggunakan medium media sosial bagi berkongsi perkara itu kerana ia lebih berkesan.

“Orang cakap masalah depresi saya seperti dibuat-buat sebab masih boleh memuat naik video dan status di media sosial. Bagi saya, jangan jadikan depresi alasan untuk tidak membuat perkara yang kita suka.

“Jadi, itu sebab saya gunakan media sosial untuk luahkan apa dilalui. Saya sampaikan menerusi rakaman video dan vlog yang mana ini semua perkara yang saya suka nak buat,” katanya.

Dalam masa sama, Safiey juga mengakui proses rawatan dan pembedahan kecantikan dibuat adalah terapi terbaik buat dirinya yang menghidap penyakit depresi dan bipolar.

“Dulu semasa sekolah saya bukan pelajar terkenal dan ‘cute’ sebab dari segi luaran saya tak menarik dan kulit gelap. Malah, ketika di sekolah ustaz juga pernah beritahu saya pondan masuk neraka. Jadi, orang suka buli dan ‘attack’ saya dengan perkara itu sehingga membuatkan saya berasa kurang yakin dengan diri sendiri.

“Menurut doktor yang merawat saya, itu semua punca yang membuatkan saya tertekan. Makin lama makin memberontak. Jadi, apa saya buat ini adalah untuk diri sendiri bukan untuk orang lain malah jauh sekali nak dipuji pondan cantik, tapi lebih kepada kepuasan. Apa yang penting saya sudah dapat apa saya nak.

“Apabila saya buat untuk kecantikan, ia menaikkan semangat diri dan tidak tertekan atau murung. Malah, ubat depresi saya adalah kecantikan dan ini terapi terbaik saya,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *