Connect with us

Semasa

Menjelang Aidilfitri PKPB Akan Ditamatkn Dan P K P Akan Dilaksanakn Semula. Penasihat Khas P M Dedahkn Ini Sebabnya

Published

on

KERAJAAN diminta menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan (P KP) pada Hari Raya Aidilfitri sebagai langkah pencegahan peningkatan C0vid-19 di negara ini.

Mencadangkan perkara itu, Penasihat Khas Perdana Menteri mengenai Kesihatan Awam, Tan Sri Dr Jemilah Mahmood berkata, ia berikutan terdapat peningkatan kes C0vid-19 di Korea Selatan dan Jerman.

Katanya perkembangan di kedua-dua negara itu begitu membimbangkan dan langkah berjaga-jaga perlu diambil ketika Aidilfitri.

“Sangat bimbang melihat peningkatan kes di Korea Selatan dan Jerman dan bagaimana perjumpaan berbuka puasa boleh menyebabkan bahaya.

“Jika kita tidak mengambil langkah untuk mencegah penyebaran (C0vid-19), kita mungkin kalah daripada semua yang dibuat. Tuhan melarang. Mari berjaga-jaga.

Penasihat khas PM cadang laksana semula PKP

“Mungkin lockdown semasa hari raya adalah langkah pencegahan yang baik. Mari kita laksanakannya dengan progresif,

“katanya di laman Twitter hari ini. Ciapan itu turut mengundang sokongan warganet yang rata-rata mahu kerajaan lebih tegas dalam isu itu.

Dalam ciapan itu Jemilah turut menanda akaun Twitter Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.

Semalam, Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memaklumkan, kerajaan membenarkan ziarah Hari Raya Aidilfitri,

Hari Gawai dan pesta Kaamatan pada hari pertama dan hanya dalam kalangan ahli keluarga dengan jumlah tetamu seramai 20 orang, manakala rumah terbuka perayaan tidak dibenarkan.

Sedikit latar belakang penasihat khas PM Malaysia

YAB Perdana Menteri telah bersetuju melantik YBhg Tan Sri Dr Jemilah Mahmood sebagai Penasihat Khas kepada YAB Perdana Menteri mengenai Kesihatan Awam.

Beliau berpengalaman luas dalam bidang perubatan dan terlibat secara langsung dalam kerja-kerja kemanusiaan di peringkat nasional dan antarabangsa.

YBhg Tan Sri Dr Jemilah Mahmood sebelum ini merupakan Presiden Persatuan Bantuan Perubatan Malaysia (MERCY Malaysia) dan Setiausaha Bahagian Persekutuan Antarabangsa Palang Merah dan Bulan Sabit Merah.

Pada 2019, beliau dipilih sebagai pemenang ASEAN Prize 2019 iaitu anugerah berprestij rantau ASEAN bagi mengiktiraf pencapaian individu atau organisasi dalam memupuk identiti

dan semangat serantau ke arah pembangunan Komuniti ASEAN menjelang 2025.

YBhg Tan Sri Dr Jemilah Mahmood merupakan pemegang Ijazah Sarjana Muda Perubatan dan Sarjana dalam bidang Obstetrik dan Ginekologi dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Beliau bertanggungjawab menasihati YAB Perdana Menteri mengenai dasar dan inisiatif berkaitan bidang kesihatan.

komen warganet rata2 besetuju dengan cadangan ini.. dibawah disertakan komen warganet berkenaan isu ini. Setuju raya ni kuatkuasakn pkp..

sbb klu pasal raya ni mmg ade dikalangan rakyat yg takkan ingat dunia bila beraya ni..diorg takkn ikut SOP PKPB ni nnti..

baik kuatkuasakn terus PKPD ni..lagi selamat..mencegah lebih baik daripda mengubati..

Tahun ni je berpantang tak payah ziarah menziarahi takkan tak boleh,asyik nak seronok,asyik nak enjoy ja time raya sebelum2 ni sampi tak ingat dunia..

biar tahun ni takde benda2 tu semua..lagi elok..ada hikmah Allah datangkan wabak C0VID 19..

Ziarah menziarahi dlm Islam adalah pkara yg disunnahkn lebih2 lagi hari raya..tpi kebiasaan masykat kita ni ada antara mereka ni yg mencemarkan kesuciaan bulan syawal ngan pkara2 yg ditegah ugama..

makanya elok la Allah bgi wabak ni..bgi sedar muhasabah diri dan kembali pda ajaran Islam yg sebenar.. aku cdg buat mcm arab saudi,4 hari trus die buat perintah brkurung yg mmg rakyat x boleh kluar lgsung..

so lpas tu hari ke-5 buatlah smula pkpb..walopun rugi tpi kite dh usaha kott..

Boleh Ke Tidur Di Kampung Yang Terletak Di Daerah Sama Pada Hari Raya. Ini Jawapan Menteri Ismail Sabri

Bermalam dikira melanggar Prosedur Operasi Standard (SOP) yang dikeluarkan kerajaan bagi aktiviti ziarah-menziarahi sempena Aidilfitri, jelas Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata mengikut SOP, aktiviti ziarah-menziarahi hanya dibenarkan pada hari raya pertama sahaja.

“Kalau kita raya 24 haribulan, kalau dia tidur di situ, lebih pukul 12.01 (tengah malam) dah jadi 25 haribulan, dan dia nak beraya lagi esok tu, jadi salah dari segi SOP,” katanya pada sidang media harian mengenai Perintah Kawalan Pergerakan di sini, hari ini.

Sumber : Sinar Harian / Siakap Keli

Continue Reading
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Semasa

Lelaki mavt dirempuh kereta melawan arus.Rupanya pemandu Mabvk

Published

on

By

KUANTAN:  Seorang lelaki mavt selepas keretanya dirempvh sebuah kereta yang dipandu melawan arus, dipercayai akibat pengaruh alk0hol, di Jalan Pintasan Kuantan, di sini, malam tadi.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Pahang, Superintendan Kamarulzaman Jusoh, berkata dalam kejadian jam 9.20 malam itu, mngsa, Irwan Herman Kamarudin, 41, meni1nggal dunia di tempat kejadian akibat p4rah di kepala dan dada.

“Mngsa yang memandu kereta Toyota Yaris difahamkan dalam perjalanan dari rumah di Sungai Isap Perdana ke Gabeng kerana bekerja syif malam sebelum kenderaannya dirempvh sebuah kereta Toyota C-HR yang dipandu melaw4n arus dan dalam keadaan berbah4ya.

“Kereta itu dipercayai mula dipandu mel4wan arus dari susur masuk Jalan Pintasan Kuantan di Semambu menyebabkannya hampir bertembung dengan beberapa kenderaan yang mengelak daripada berl4nggar,” katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini.

Kamarulzaman berkata, kereta Toyota C-HR itu dipandu seorang lelaki berusia 42 tahun dan bekerja sebagai peraih ikan dipercayai mengambil minuman k3as di rumah kawannya di Semambu sebelum kejadian.

Lelaki itu turut ced3ra ringan di kaki dan dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini untuk pemeriksaan sebelum direman hari ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 44(1)(b) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Beliau berkata, m4yat mngsa juga dihantar ke HTAA untuk b3dah siasat yang akan dijalankan selepas selesai ujian COVI1D-19.

Ini rakaman dashcam yang dimuat naik oleh seorang netizen…

Posted by Nazrul Putra on Monday, May 25, 2020

Takziah diucapkan ke atas keluarga m4ngsa… ‎إِنَّ لِلَّـهِ مَا أَخَذَ، وَلَهُ مَا أَعْطَى، وَكُلُّ شَيءٍ عِنْدَهُ بِأَجَلٍ مُسَمَّىً، فَلْتَصْبِرْ وَلْتَحْتَسِبْ
“Sesungguhnya apa yang diambil merupakan milik Allah dan apa yang diberikan juga milik-Nya. Setiap sesuatu itu ada tempoh yang telah ditetapkan di sisi-Nya. Bersabarlah dan pohonlah ganjaran (atas kesabaran dan musibah tersebut)” [riwayat al-Bukhari & Muslim].

Menurut seorang netizen, arw@h adalah seorang yang cukup2 baik & sopan orgnya, org lain berbual bahasa aku kau, arwah ttp dgn bahasa diri saya. Arwah meninggalkan seorang isteri dan anak-anak yang masih kecil lagi… Allahu Robbi…

Rata-rata netizan meng3cam sikap tidak bertanggunjawab pemandu terbabit dan mengesa kerjaan untuk mengubal undang-undang yang lebih t3gas kepada pemandu mabvk

Continue Reading

Semasa

Terlepas Balik, Pekerja Boleh dipecat jika langgar SOP, terperangkap di kampung

Published

on

By

KUALA LUMPUR: Pekerja swasta yang terperangkap di kampung kerana mel4nggar Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), boleh dibvang kerja jika tidak kembali bertugas ke pejabat selama lebih dua hari berturut-turut.

Pengarah Eksekutif Persekutuan Majikan Malaysia (MEF), Datuk Shamsuddin Bardan, berkata tindakan itu boleh dilakukan selaras peruntukan mengikut Seksyen 15(2) Akta Kerja 1955.

Seksyen itu memperuntukkan seseorang pekerja dianggap mel4nggar kontrak perkhidmatannya jika tidak hadir bekerja selama lebih dua hari berturut-turut tanpa pemakluman awal kepada majikan.

“Kalau pekerja tak dapat cuti daripada majikan dan terperangkap di kampung kerana melanggar PKPB, ia bermakna mereka tidak patuh arahan kerajaan.

“Jika ini menyebabkan ketidakhadiran ke tempat kerja selama dua hari berturut-turut, majikan boleh menamatkan perkhidmatan mereka berdasarkan ketidakpatuhan kontrak perkhidmatan,” katanya ketika dihubungi BH, hari ini.

Terdahulu, Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri hari ini memaklumkan sebanyak 14 kompaun dikeluarkan polis semalam, terhadap individu yang melanggar PKPB dan pulang ke kampung untuk berhari raya tanpa kebenaran.

Sebelum ini, kerajaan memberi amaran bahawa individu yang berjaya lolos dari sekatan jalan raya untuk pulang ke kampung bagi meraikan Aidilfitri, tidak akan terlepas dan polis akan mengesan mereka di rumah.

Walaupun mengakui tindakan buang kerja itu tertakluk pada budi bicara majikan, Shamsuddin menegaskan pekerja yang mel4nggar PKPB untuk pulang ke kampung, mengambil ris1iko tinggi atas kemahuan sendiri.

Jelasnya, umum mengetahui kerajaan memantau ketat pergerakan rakyat yang merentas negeri dan pekerja perlu menanggung risiko itu jika mereka terper4ngkap kerana mel4nggar peraturan kerajaan.

“Kita juga ada terima laporan daripada pihak majikan bahawa ada pekerja asing mereka dit4ngkap kerana cuba rentas negeri dan sekarang dit4han di l0kap dan sebagainya.

“Sudah tentu ini juga akan membolehkan majikan menamatkan perkhidmatan mereka. Kita maklum ada pekerja asing buat salah laku ini dan segelintir pekerja tempatan juga dijangka melakukan perkara sama,” katanya.

Ditanya sama ada majikan akan merayu kepada kerajaan untuk membenarkan pekerja yang terper4ngkap kembali bekerja, Shamsuddin menegaskan pihak pekerja perlu melakukannya sendiri.

“Ini adalah isu kesihatan, jadi lebih baik jika urusan pekerja (untuk merayu kembali ke bandar) tidak membabitkan majikan,” katanya.

Jalan pulang Ke KL Telah Ditutup. Siapa Yg Terlepas Balik Raya Mesti Pening Lepas Ini

Memasuki hari kedua bulan Syawal hari ini, bermakna rakyat tidak boleh lagi meneruskan budaya kunjung mengunjung dan aktivit ziarah Aidilfitri selepas ini berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Bagi mengekang penularan wabak COV19, kerajaan sebenarnya memberi kelonggaran itu hanya pada hari pertama sambutan Aidilfitri dengan syarat perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP), antaranya terhad kepada 20 ahli keluarga terdekat, mengamalkan jarak sosial dan menjaga kebersihan.

Meskipun ada segelintir golongan degil enggan mematuhi SOP dengan mencuba nasib merentas negeri untuk pulang ke kampung, namun sebilangan besar masyarakat di negara ini dilihat sudah dapat menyesuaikan diri dengan norma baharu sambutan perayaan itu tahun ini.

Polis ada cara bertindak terhadap yang bolos

ANGGOTA polis dan tentera memeriksa permit kebenaran rentas negeri dalam pemantauan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB). NSTP/Danial Saad

Polis ada pelbagai pendekatan untuk mengambil tindakan terhadap mereka yang bolos untuk balik kampung menyambut Aidilfitri walaupun berjaya melepasi sekatan jalan raya.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Mazlan Mansor, berkata justeru, orang ramai diminta tidak mengambil mudah mengenai perkara itu.

“Walaupun dapat melepasi pemeriksaan SJR sehingga ke destinasi dituju, polis ada pendekatan tertentu untuk mengatasi perkara itu.

“Awas dan jangan ambil mudah perkara ini kerana kami akan melaksanakan tugas walaupun pendekatan diambil mungkin tidak digemari masyarakat kerana pihak polis terpaksa melakukannya,” katanya ketika ditemui selepas melakukan pemeriksaan di Plaza Tol Jalan Duta menghala ke utara, di sini, sabtu lalu.

Jalan Ke Kuala Lumpur Ditutup Dari Utara

Tular di media sosial beberapa keping gambar menunjukkan penutupan jalan yang menghala ke selatan dari utara.

Gambar tersebut dikongsi oleh pengguna Facebook bernama Kamarul Zaman MJ. Beliau memuat naik gambar gambar tersebut di group Facebook to Penduduk Alor Setar / Jitra (PASJ). Hasil perkongsian tersebut mendapat lebih dari 2700 perkongsian.

*Untuk makluman, susur ke arah Selatan (Ipoh/KL) dari Plaza Tol Alor Pongsu telah ditutup sepenuhnya. Hanya ke arah Utara (Kedah/Penang/Perlis) sahaja dibuka. Moga bermanfaat.*

Kerja Kerja Penutupan Jalan Sedang Dijalankan

Setakat ini tiada sumber rasmi dari pihak berkuasa mengenai penutupan jalan tetapi jika difikir secara logik memang ini salah satu cara untuk menahan sesiapa yang berjaya bolos rentas negeri untuk sambutan Hari Raya.

Jika anda tiada surat kebenaran dari pihak PDRM, tindakan akan diambil.

Jadi pada yang berjaya bolos selamat berjaya untuk pulang ke rumah. Harap cukup lah duit dalam dompet untuk bayar kompaun jika anda rentas negeri tanpa kebenaran. Pihak berkuasa telah pesan berpuluh kali untuk tidak rentas negeri ketika Hari Raya.

Artikel By: Tea Oh Ice Media

Continue Reading

Semasa

Air mata 1 syawal di sebalik kawat duri. Sebab mereka berjumpa buat ramai sayu

Published

on

By

PERTEMUAN ‘istimewa’ antara dua individu di sempadan Selangor dan Perak yang dipisahkan dengan kawat duri di hari pertama Syawal semalam meruntun jiwa netizen selepas tular di media sosial.

Rakaman di sebuah jambatan dipercayai di sempadan Hulu Selangor dan Perak itu memaparkan seorang wanita cuba mengambil lemang daripada seorang lelaki dipercayai abangnya.

Wanita itu dirakam mencium tangan lelaki berkenaan sambil mengusap pipinya.

Lebih menyentuh jiwa, aksi itu dirakam ketika mereka dipisahkan dengan kawat duri yang dipasang pihak berkuasa bagi melarang orang ramai merentas negeri kerana Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Nur Adilah turut meletakkan kapsyen pertemuan itu: “Terlerai jua kerinduan, walaupun dihalang oleh j3jari besi”.

Netizen yang melihat video dengan latar belakang lagu raya popular dendangan Aishah, Pulanglah menitiskan air mata atas pertemuan keluarga berkenaan.

Abang Kirim Lemang Kat Ibu

“SAYA memang terharu dan terkejut dengan apa yang berlaku semalam (raya pertama Aidilfitri) selepas video ‘pertemuan abang dan adik’ dimuat naik ke Facebook (FB),” ujar Nur Adilah Abu Sein.

Nur Adilah, 49, berkata hantaran video di FB itu mendapat ribuan komen positif susulan pertemuan singkat selama tiga minit bersama abangnya, Shahrin Abu Sien, 54, di atas jambatan Sungai Bernam yang memisahkan daerah Hulu Selangor, Selangor dan Tanjung Malim, Perak.

Arahan dan sekatan larangan rentas negeri susulan Cov1id-19 menyebabkan dia hanya mampu bertemu abangnya yang dipisahkan kawat berduri.

Katanya, rindu terhadap abangnya yang juga pesara tentera dari Kampung Kubu di Tanjung Malim terubat jua walaupun dihalang kawat duri yang menjadi pemisah antara dua negeri.

“Saya datang ke situ bersama anak dan suami dari Kampung Hulu Bernam selepas solat Aidilfitri di rumah mentua pada pagi raya (semalam).

“Abang mengirimkan dua batang lemang untuk dihantar kepada ibu, Mak Hajah Timah, 86 yang uzur di Bandar Sungai Buaya di Rawang.

“Terlerai rindu kami, berlinangan air mata selepas kami tidak dapat bertemu sejak lebih dua bulan lalu bermula Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada 18 Mac,” katanya.

Video dirakam anaknya berdurasi 57 saat mendapat tontonan lebih 55,000 individu semalam dan tular di media sosial.

Isteri d Selangor suami d Perak bertemu d sempadan Selangor Perak…jejak Aidil fitri😭

Posted by Muslim Beriman on Sunday, May 24, 2020

Menurutnya, ketika pertemuan itu, mereka diberikan masa hanya tiga minit sahaja oleh anggota polis bertugas bagi menyerahkan lemang itu.

Katanya, walaupun dia mencium tangan abangnya atas sebab terlalu rindu, namun mereka tetap mengamalkan langkah keselamatan arahan kerajaan iaitu menggunakan cecair pensanitasi tangan dan pelitup muka.

“Anggota polis menjadi saksi dan memberikan arahan tegas kepada kami di situ. Saya berdoa w4bak Cov1id-19 ini segera lenyap supaya kami dapat menyambut Aidilfitri semula.

“Saya harap semua netizen dan rakan tidak meng3ecam kami yang bertemu pada Aidilfitri (raya pertama) itu. Sebagai manusia biasa kami tidak terlepas daripada melakukan salah dan silap,” katanya.

Sementara itu, Shahrin yang dihubungi turut meminta orang ramai tidak memanipulasi cerita tidak benar.

Katanya, ibu mereka teringin mahu menjamah lemang dimasak sendiri di rumah, namun ibunya tidak dapat datang kerana PKPB.

“Semua pihak perlu patuh PKPB dan menjadi warga negara bertanggungjawab membendung penularan wab4k Covi1d-19 ini daripada semakin berleluasa.

“Sejak sejak beberapa tahun lalu kami menyambut Aidilfitri bersama sanak keluarga di Kampung Kubu, Tanjung Malim dan Bandar Sungai Buaya di Rawang,” katanya.

Video tular pertemuan istimewa dua beradik di sempadan Selangor dan Perak itu meruntun jiwa netizen, malah Nur Adilah turut meletakkan kapsyen pertemuan itu: ‘Terlerai jua kerinduan, walaupun dihalang oleh jejari besi.’

Continue Reading

Trending