Semasa

Musa Aman tak nak bubar DUN. Ini yg terjadi ketika dia cuba masuk ke laluan Istana Negeri

BEKAS Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman bersama rombongannya dihalang masuk ke laluan Istana Negeri Sabah, sebentar tadi.

Rombongan lebih 10 kenderaan mewah itu ditahan polis yang melakukan sekatan berhampiran Bulatan Nanas di Jalan Istana jam 3.50 petang.

Beberapa peguam kepada Musa dilihat cuba berunding dengan pegawai polis yang membuat sekatan.

Namun sehingga kini mereka tidak dapat melepasi sekatan berkenaan.

Terdahulu, Musa dalam sidang media di kediamannya di Luyang, hari ini, mengumumkan mempunyai majoriti untuk membentuk kerajaan dan mendakwa pembubaran DUN adalah tidak wajar.

Saya ada majoriti, tak perlu bubar DUN Sabah – Musa

Bekas Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman menegaskan tiada keperluan membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah memandangkan pihaknya memiliki majoriti mudah membentuk kerajaan Sabah.

Beliau berkata, pihaknya memperoleh sokongan 33 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) untuk membentuk kerajaan Sabah yang baharu.

Pagi hari ini, Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, memaklumkan Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin memperkenankan permohonannya untuk pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah.

Beliau berkata, sehubungan itu, pilihan raya negeri akan diadakan dalam tempoh 60 hari.

Mohd Shafie membuat pengumuman berkenaan pada sidang media khas di Pusat Pentadbiran Negeri Sabah di Kota Kinabalu.

“Rakyat Sabah yang menentukan kerajaan Sabah,” katanya.

Terdahulu, Mohd Shafie mengadap Tun Juhar di Istana Negeri dan kenderaan yang membawa ketua menteri itu dilihat memasuki perkarangan istana pada 8.25 pagi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *