Keluarga Uncategorized

Najib suruh cari dia di Padang Mahsyar, Sekali Pemerhati Politik Dedah Tun Tdk Berd0sa Seperti Najib

Tun Dr. Mahathir Mohamad dilaporkan telah membentuk satu pasukan dengan Tengku Razaleigh Hamzah untuk membentuk kerajaan interim.

Sumber daripada Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) memberitahu Sinchew Daily, keadaan semasa mungkin mendorong kepada gandingan MR iaitu Dr. Mahathir menjadi Perdana Menteri interim sementara Tengku Razaleigh menjadi timbalan beliau.

TUN TIDAK ‘BERD0SA’ SEPERTI NAJIB

Artikel-artikel yang diterbitkan oleh portal Malaysiakini rancak menghentam Tun Mahathir dengan tuduhan yang sangat tidak adil

1. Pada usia 94 tahun, Tun telah memimpin Pakatan Harapan dan menewaskan BN. Jika tidak kerana strategi dan fokus dari pimpinan Tun, pada hari ini Najib masih menjadi PM dan wang kita dijarah dengan rakus oleh Najib, Rosmah dan seluruh batalion UMNO yang sudah masak dan selesa dengan wang, rasuah dan korupsi.

2. Tun Mahathir berdiri, malah hampir keseorangan dengan memegang prinsip untuk tidak bekerjasama dengan UMNO. Dia sebak merayu Majlis Tertinggi Bersatu untuk tidak menggadaikan prinsipnya dan menerima Najib dan Zahid. Dia dengan mudah boleh memilih jalan mudah dan masih dapat menjadi PM dengan majoriti yang lebih besar tetapi rela menerima derita dengan memegang kepada prinsip antirasuah dan antikleptokrasi.

3. Tun Mahathir bukan penyebab runtuhnya PH. Muhyiddin dan Azmin adalah arkiteknya tetapi ‘dosa’ mereka tidak dibalas dengan tahap kritikan yang setara dengan kritikan dalam portal Malaysiakini terhadap Tun. Tun bukan orangnya yang melakukan ‘dosa’ tersebut malah tidak bersekongkol dan meletak jawatan apabila kuasa berpindah kepada gerombolan UMNO. Malah PAS yang kononnnya memegang prinsip agama sanggup menggadaikan semua ajaran Islam yang menentang rasuah dan sedia menjulang Najib dan Zahid yang terbabit dengan pencurian wang berbilion ringgit.

4. Apabila PH runtuh, Tun cuba menyelamatkan Malaysia dengan mencadangkan kerajaan campuran supaya mereka yang benar-benar berkebolehan untuk mengemudi Malaysia ke jalan yang betul dapat dilantik dalam kabinent beliau. Dia sudahpun ada sokongan. Malangnya Anwar telah menggagalkan semua apabila mencadangkan dirinya sebagai calon PM dan ternyata dia tiada sokongan lalu PH runtuh. Jika Tun masih menjadi PM :
a. Musa Aman akan berhadapan keadilan mahkamah

b. Tiada pilihanraya negeri di Sabah

c. Covid tidak akan merebak seperti hari ini

d. Tiada politiking untuk jual-beli pengaruh dalam kerajaan dan fokus terhadap menyelamatkan Malaysia dibuat

e. Kos menanggung kabient kerajaan beratus juta lebih kecil kerana kabient Tun lebih kecil dan tiada dua atau lebih timbalan untuk dirasuahkan jawatan

f. Ada lebih masa untuk mengukuhkan PH

5. Tun dikenali sebagai orang yang memegang janji. Tun masih mahu mengotakan janjinya utnuk menyerahkan jawatan PM kepada Anwar. Tetapi Tun sudahpun tahu dari pimpinan tertingi Bersatu yang jika jawatan diserah hari ini kepada Anwar, esok Bersatu akan keluar dan Anwar tidak lagi menjadi PM. Tun perlukan masa untuk membolehkan Anwar diterima oleh pimpinan Bersatu. Malangnya tekanan hebat dari Anwar dan penyokongnya untuk menyerahkan jawatan PM kepada Anwar mendorong Bersatu untuk keluar lebih awal, melanggar nasihat Tun.

6. Anwar sendiri menunjukkan ciri-ciri pemimpin yang dengan mudah akan korup. Dia menipu dua kali dengan mendakwa cukup sokongan untuk menjadi PM. Anwar rela menerima Najib dan Zahid asalkan dapat menjadi PM. Tiada penafian jelas oleh Anwar bila ditanya adakah dia menjanjikan pembebasan kepada Najib dan Zahid sebagai balasan sokongan mereka. Umum sudah boleh meneka tawaran bagi tukaran sokongan oleh mereka kepada Anwar. Anwar membuang masa Agong dan menipu rakyat Malaysia dengan mendakwa sudah menyerahkan ‘dokumen sahih’ kepada Agong. Istana Negara membalas kenyataan dengan menyatakan bahawa tidak ada satu namapun yang diserah oleh Anwar untuk mengukuhkan dakwaan beliau dan menasihatkan Anwar menurut undang-undang.

6. Penulis, Francis Paul Siah dalam artikel Malaysiakini membuat dakwaan yang menipu dan tidak benar terhadap ‘dosa’ tun berdasarkan tuduhan Najib :

a. Politik Wang subur kerana Tun : Tun menubuhkan Biro Pencegah Rasuah dan rasuah dapat dikawal jauh lebih berkesan berbanding zaman PM sebelumnya. Tun berusaha mencegah rasuah politik wang dan tidak pernah terlibat memberi wang untuk meraih sokongan. Politik wang berubah dari ‘bawah meja’ ke ‘atas meja’ pada zaman Abdulllah Badawi. Pada zaman Najib ia naik ke ‘atas pentas’. Najib juga membayar ribuan orang sebagai cybertrooper untuk menyerang Tun dan menjulang namanya di sosial media. Wang adalah ‘Raja’ menjadi falsafah Najib (sebenarnya ‘Rasuah adalah Raja’)

b. Kerugian Forex Bank Negara 33 Bilion : Tun telah diheret ke mahkamah oleh Najib yang berusaha mencari salah beliau dan anak-anak beliau. Semua usaha gagal. Suruhanjaya siasatan tidak dapat mencari sebarang bukti sahih atas sebarang salah Tun. Sebaliknya yang jelas, ia adalah kerugian urusaniaga tukaran wang asing dalam usaha pegawai Bank Negara untuk cuba membuat untung untuk Malaysia. Ia bukanlah kehilangan wang kerana dicuri seperti 1MDB yang berlaku atas kehendak Najib untuk membeli dan merasuah bagi mendapat sokongan politiknya.

c. Operasi Lalang : ini adalah nasihat dari Polis Diraja Malaysia bagi mengekalkan keamanan di Malaysia. Pemimpin politik kerajaan dan pembangkan semuanya ditahan bagi meredakan ketidakstabilan dan gangguan harmoni di Malaysia. Walaupun pahit, Malaysia stabil dan tiada gangguan bagi ekonomi Malaysia.

d. Kronisme : Tun tidak mengambil hattar RM1 pun dari sebarang tuduhan. Penerima kontrak biasanya adalah mereka yang menunjukkan hasil kerja yang baik dan bukanlah kerana kroni. Tun mengarahkan semua Menteri yang ada kaitan dengan syarikat yang dibincangkan dalam tender untuk tidak berada dalam mesyuarat yang membuat keputusan. Tun tidak ada sebarang syarikat atau terlibat sebagai pengarah sebarang syarikat. Semua harta Tun diisytihar. Malah masih ada pemimpin kerajaan, termasuk PAS yang tidak mengisytihar harta dan kejujuran mereka boleh diragui.

e. Anak-anak Mahathir berniaga : anak-anak Mahathir berniaga sama seperti setiap individu di Malaysia yang berhak berniaga. Mereka menjalankan perniagaan yang halal dan membayar cukai. Contohnya, Mokhzani adalah seorang jurutera petroleum yang berusaha menghasilkan sitem paip yang bersambung dengan pelantar minyak. Tidak banyak syarikat di dunia yang mempunyai keupayaan begini. Malangnya, jauh dari disanjung mereka dikutuk dengan tuduhan yang tidak benar. Sebarang urusniaga mereka adalah berdasarkan perniagaan yang mempunyai nilai aset yang tinggi. Contohnya, apabila Petronas membeli syarikat perkapalan dari Mirzan, Petronas kemudiannya membuat untung lebih RM200 juta. Ia bukan tindakan ‘bailing’ sebaliknya urusniaga yang menguntungkan.

7. Mahathir bukan manusia dengan kuasa manusia luarbiasa. Dia hanyalah seorang manusia. Demikianpun, dia berusaha hingga ke hujung usia bagi memastikan Malaysia tidak tenggelam. Tidak seperti kebanyakan ahli politik, dia masih terlibat dalam politik bukan untuk mendapatkan wang bagi dirinya tetapi ini adalah jihad bagi pahala untuk akhirat. Semua tahu etika kerja Mahathir. Anda boleh gabungkan Abdullah Badawi, Najib dan Muhyiddin dan kesemua mereka tidak dapat mencapai hatta 10% pun apa yang dapat dicapai oleh Tun.

Oleh : Dr Nazmi Aril Odisea

Ketika Mahathir mencadangkan agar satu kerajaan perpaduan dibentuk tanpa mengambil kira parti, hampir kesemua parti politik ketika itu menolaknya kerana mereka menganggap beliau mahu berkuasa penuh untuk melantik sesiapa yang beliau kehendaki tanpa mengambil kira parti-parti yang ada.
(APA YG BERLAKU KINI BEREBUT2 NK BUAT UNITY GOVERNMENT)

Jika Tun M enggan minta maaf, carilah saya di Padang Mahsyar – Najib

KUALA LUMPUR- Sikap Tun Dr. Mahathir Mohamad keterlaluan dan sukar diterima oleh mana-mana manusia, demikian jawapan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Beliau berkata demikian ketika ditanya apa perasaannya mendengar dakwaan yang dilemparkan Mahathir kepadanya dan keluarga.

“Satu ketika dulu kami memang rapat dan saya mengenang budi beliau kepada saya dengan menyokong saya sebagai Timbalan Perdana Menteri semasa zaman Pak Lah (Tun Abdullah Ahmad Badawi.

“Itu tidak dapat saya nafikakan tetapi apa yang berlaku sejak beberapa tahun kebelakangan ini, saya anggap sikap beliau adalah keterlaluan.

“Kalau ada kesalahan yang saya telah lakukan, tidak sepatutnya beliau memberikan reaksi sedemikian, sehingga menyebut nama saya sebanyak 32 kali dalam satu temubual.

“Itu sudah dikira satu perkara yang keterlaluan sangat,” katanya semasa merujuk temubual eksklusif bersama Tun Dr. Mahathir dalam program OwhMG terbitan Malaysia Gazette baru-baru ini.

Ketika ditanya apakah beliau tidak marah apabila dilemparkan dengan tuduhan sedemikian, Najib mengakui beliau m4rah namun sebagai seorang Islam yang mengamalkan ajaran agama, beliau sedia memaafkan Mahathir.

“Memang rasa m4rah kerana kata-kata beliau terlalu ke-sat, kete-rlaluan dan tidak berasas. Sukar untuk diterima mana-mana manusia.

“Memang saya tidak nafikan saya cukup mar4h tetapi seperti yang saya katakan tadi, sebagai seseorang yang mengamalkan agama Islam, jika beliau minta maaf, saya sedia memaafkan,” katanya lagi.

“Jadi kalau Tun ada buat salah atau berdosa dengan saya, jika beliau minta maaf maka berpandukan agama Islam, saya sedia memaafkan beliau.

“Jika beliau (Mahathir) enggan meminta maaf, carilah saya di Padang Mahsyar nanti,” katanya semasa ditemubual Malaysia Gazette dalam rancangan OwhMG.

Pada 30 September lalu, Mahathir dalam sesi temubual OwhMG memberitahu beliau tidak akan memaafkan Najib sampai bila-bila.

Menurut Ahli Parlimen Pekan itu, sehingga kini beliau masih belum mengetahui sebab sebenar mengapa bekas Perdana Menteri sebanyak dua kali itu terlalu marah dan sanggup ‘menjaja’ cerita bu-ruk mengenainya kepada dunia.-

sumber: MalaysiaGazette, bharian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *