Semasa

Nor Hidayah kecewa lagi, Ali Puteh senyap-senyap buat benda ni

SELEPAS lima bulan meninggal dunia, pusara Allahyarham Abam Bocey yang terletak di Tanah Perkuburan Islam Sungai Pusu, Gombak selamat dinaikkan batu nisan dan binaan kubur.

Pada entri yang dikongsikan di Instagram, Ali meminta pengikutnya yang ingin menziarahi pusara Allahyarham Abam untuk mendoakan kesejahteraan arwah.

Namun tindakan itu kurang disenangi balu Abam, Nor Hidayah Mohd Ali kerana dia tidak dimaklumkan mengenainya.

Nor Hidayah ketika ditemui mStar bagaimanapun enggan memperbesarkan mengenai perkara berkenaan bagi mengelakkan sengketa berpanjangan.

“Saya pun tak tahu yang dia buat batu nisan ni.

“Dia tak hubungi saya langsung. Saya tahu lepas tengok di Instagram.

“Saya malas nak cakap apa-apa, baik saya diam saja,” katanya dalam nada kecewa.

Dalam pada itu, bapa Nor Hidayah iaitu Mohd Ali Bahtin turut melahirkan rasa kecewa kerana anaknya seolah-olah tiada hak ke atas kubur arwah Abam.

“Memang kami tak tahu ahli keluarga arwah bina kepok di kubur arwah hari ini,” kata Mohd Ali.

Nor Hidayah dan Abam melangsungkan perkahwinan pada 8 Disember 2017 di Masjid Jamek Sultan Hishamuddin, Sabak Bernam.

Pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata lelaki Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey yang kini berusia 14 bulan.

Allahyarham Abam atau nama sebenar Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan meninggal dunia pada 10 Februari lalu selepas dua hari mengalami demam.

Berikut pula reaksi dari netizan

“Laaa. Letak batu nisan pun jadi problem patutnya terima kasih. Taah2 selama ni masalah mmg dngan bini dia.. Bak kata Achey ngn Fad pun.. Ali puteh mmg silap bg status wasap mcm tu. Tp bini dia pun silap bukak crita keluarga kat org luar.

” Jasad pun dah kene makan ulat, hanya amal dan taqwa bekalan arwah kat sana. Kubur tu sebagai peringatan je utk kita yg hidup ni.

” Tk perlu kecewa. Doakan yg baik2 utk arwah suamimu. Berlapang dada lah. Muga hidupmu Dan anakmu tenang selalu. X perlu nk gaduh dgn bekas keluarga mertua

” Mana la nk tau bini dia xsuka, yala kan ada satu hadis ka apa entah sy terbaca, nabi melarang membuat binaan di kubur. Correct me if i am wrong..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *