Semasa

Sarah dikec4m netizen, rupanya dia pernah cakap macam ni kat Neelofa

KETIKA pelakon dan pengacara Neelofa dipuji ramai kerana mengenakan purdah, aktres Sarah Hildebrand pula menerima nasib yang sebaliknya.

Menurut Sarah atau nama sebenar Nur Sarah Marie Hildebrand Asyraf Hildebrand, 30, dia menerima pelbagai mesej negatif termasuk dikaitkan dengan penghijrahan Neelofa.

“Saya menerima banyak mesej seperti ini! Untuk anda yang mengikuti saya sama ada ikhlas atau tidak… ini adalah contoh tentang sesuatu yang tak boleh dikatakan kepada seseorang.

“Jangan jadi macam ni. Ini bukan contoh yang baik dan saya tak mahu ada antara anda menjadi terlalu rendah sebegini (moral).

“Sekiranya peminat saya bersikap seperti ini, saya akan berasa malu,” katanya.

Luah4n Sarah di Instastory.

Sarah menulis luahan hatinya itu menerusi Instastory pada Jumaat.

Bersama kapsyen tersebut, dia turut memuat naik salah satu mesej peribadi yang diterima daripada netizen.

Sarah Hildebrand Pernah Kritik Neelofa?

“Dulu kutuk Neelofa… sekarang Lofa dah berubah ke arah yang lebih baik tapi kau pula berubah ke arah… hmmm,” tulis netizen berkenaan.

Ingat sesiapa pun boleh berubah pada bila-bila masa. Akhirnya, apa yang penting ialah keikhlasan dan hati yang suci.

Sebelum ini 2018, Sarah dikatakan pernah mengkrit1ik Neelofa kerana mengadakan pelancaran koleksi tudung jenamanya di sebuah kel4b malam.

Nama Neelofa pernah menjadi bualan hangat di media sosial apabila beliau bertindak berani membuat pelancaran tudung di sebuah kelab malam di ibu kota. Ramai yang memberi respon m4rah berpendapat lokasi tersebut tidak sesuai tambah-tambah lagi ada gadis bertudung yang menari gha-irah.

Selain daripada orang awam, rakan selebriti turut memberi teguran berkaitan isu ini termasuklah Abby Abadi, Wardina Safiyyah dan Sarah Hildebrand

Sementara itu, Sarah berkata setiap manusia boleh berubah dan apa yang penting adalah memiliki hati yang baik.

Malah, dia turut memuji peminat yang sentiasa memberikan mesej-mesej positif dan mendoakan yang terbaik untuk dia dan suami, Otto Gillen.

Sarah puji netizen beri kata-kata positif.

“Ingat sesiapa pun boleh berubah pada bila-bila masa. Akhirnya… apa yang penting ialah keikhlasan dan kesucian hati,” katanya.

Pada Rabu lalu, Otto menerusi Instagram berkata dia menyokong apa jua keputusan yang dibuat oleh aktres itu.

“Saya memberi sokongan penuh semua keputusan peribadi yang dibuatnya. Itu saja satu-satunya maklum balas saya. Jangan mesej saya,” tulisnya.

Sarah Hildebrand berkahwin dengan jejaka berdar4h kacukan Filipina dan Amerika Syarikat itu pada 3 November tahun lalu.

NEELOFA BERPURDAH

“Terkejut juga dengan berita ni. Neelofa merupakan duta product antarabangsa seperti Swarovski, Lancôme dll. Juga sering memperagakan high end brand seperti LV, Gucci, Hermes dll. Tak pasti bagaimana penerimaan syarikat gergasi ni sebab seperti kita tahu Western people begitu spektikal dengan imej wanita berpurdah yang menjadi simbol keganasan dan kemunduran.\

“Mungkin neelofa sudah berfikir sedalam-dalamnya akan risiko jika dia berpurdah. Neelofa sendiri sudah menjadi jutawan melalui jenama hijabnya sendiri. Kalau hilang yang lain tu Neelofa pun tak heran.

“Betullah manusia akan mencari Allah akhirnya. Neelofa adalah lambang wanita bijak, beragama, berjaya, mahsyur, kaya raya dan cantik. Neelofa dah memiliki semuanya. Bila dah memiliki semuanya, hati masih kosong dan ingin mencari kebahagiaan sebenar iaitu Hati yang menuju Allah.

“Seperti Sharifah Aini di akhir hidupnya dia hanya ingin dekat dengan Allah setelah memiliki segalanya. Di dalam temuramah bersama Prof Muhaya, Sharifah Aini sendiri cakap yang dia tidak heran dengan kejayaan, kekayaan dan kemahsyuran. Di akhir hidupnya, dia hanya ingin dekat dengan Allah dan kita lihat bagaimana pengkahiran hidupnya. Sangat manis.

“Mizz Nina juga memiliki segalanya. Menjadi artis antarabangsa dan mewarisi kekayaan keluarganya. Akhirnya kembali dekat dengan Allah dan membuat kerja amal di serata dunia.

“Kita melihat Sejarah Islam itu sendiri. The only one wali Allah dalam kalangan perempuan. Srikandi Rabiatul Adawiyah. Kecantikan dan kelunakan suara nya menjadi dambaan semua sehingga Sultan, para pembesar malahan ulama lelaki di zamannya sendiri melamar Rabiatul Adawiyah untuk dijadikan isteri. Tetapi Rabiatul Adawiyah menolak kerana terlalu cinta dengan penciptanya.

“Jika dia berkahwin, dia takut waktu bersama kekasihnya (Allah) terhad. Ibrahnya. Dunia hanya sementara. Setelah kita memiliki segalanya di dunia. Hati masih kosong dan kita akhirnya akan menuju mencari Allah kerana itu yang menjanjikan kebahagiaan hakiki kerana hati kita milik Allah. Allah yang menciptkan hati kita.

“Bagaimana kita mahu bahagia jika hati kita tidak dekat dekat pencipta hati itu sendiri.Tahniah NEELOFA

Kredit: Erdogan Isakovich

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *