Semasa

Sempena Hari Lahir Ke-95 Tun M, Tak Sangka Ini kata2 Najib Razak

Najib ucap ‘Selamat Hari Lahir ke-95’ buat Tun M
Najib ambil kesempatan mengucapkan “Selamat Hari Lahir ke-95” buat Dr Mahathir (gambar). -Gambar fail
BERLAINAN ideologi politik bukan penghalang bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menunjukkan rasa hormat kepada seteru politiknya Tun Dr Mahathir Mohamad.

Biarpun seteru itu merupakan individu yang bertanggungjawab menyebabkan Barisan Nasional (BN) hilang kuasa selepas 62 tahun memerintah negara, Najib tetap mengambil kesempatan mengucapkan selamat hari lahir ke-95 kepada Dr Mahathir.

“Happy 95th birthday, sir.

“Semoga Tun Dr Mahathir dilimpahkan rahmat, ketenangan, kesihatan dan dilanjutkan usia,” kata Ahli Parlimen Pekan itu dalam catatan terbaharu di Facebook rasmi beliau hari ini.

Happy 95th birthday, sir.Semoga Tun Dr Mahathir dilimpahkan rahmat, ketenangan, kesihatan dan dilanjutkan usia.

Posted by Najib Razak on Thursday, July 9, 2020

Sumber Facebook najibrazak

Buat pertama kali dalam sejarah Barisan Nasional hilang kuasa memerintah negara sejak penubuhannya pada 1973, apabila mereka tewas kepada Pakatan Harapan yang diketuai oleh Dr Mahathir sendiri.

Namun krisis politik yang berlaku pada awal tahun ini menyaksikan Ahli Parlimen Langkawi itu mengambil langkah drastik meletakkan jawatan sebagai Pengerusi Pakatan Harapan dan Perdana Menteri, mengakibatkan kejatuhan kerajaan.
Jawatan Perdana Menteri kini dipegang Tan Sri Muhyiddin Yassin dengan kemasukan Barisan Nasional dan PAS ke dalam kerajaan yang dikenali sebagai Perikatan Nasional.

Dalam perkembangan lain Keputusan permohonan Muhyiddin batal saman Tun M 7 Ogos

KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi hari ini menetapkan 7 Ogos ini bagi memutuskan permohonan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan tiga lagi untuk membatalkan saman yang dikemukakan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad dan lain-lain berhubung pembatalan keahlian mereka dalam Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Peguam Muhyiddin, Rosli Dahlan memberitahu pemberita Hakim, Datin Rohani Ismail menetapkan tarikh itu selepas mendengar hujahan kedua-dua belah pihak di dalam kamar hari ini.

Rosli berkata, beliau menghujahkan bahawa tiada penamatan keahlian yang dibuat oleh parti ke atas Dr Mahathir dan defendan-defendan lain.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *