Semasa

Seperti yg dinanti-nantikan, ini tarikh terkini pembayaran BPN 2.0 fasa kedua

SEPERTI yang dinanti-nantikan, pembayaran fasa kedua Bantuan Prihatin Nasional (BPN 2.0) akan dibuat bermula 21 Januari ini.

Seramai 11.06 juta penerima akan menerima manfaat bagi fasa kedua BPN 2.0.

Menteri Kewangan, Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, pembayaran akan terus dikreditkan ke akaun penerima B40 pada 21 Januari.

“Bagi penerima M40, bayaran juga akan dikreditkan ke akaun penerima pada 25 Januari,” katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Menurutnya, penerima tanpa akaun bank boleh menuntut wang pembayaran di cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN).

“Pihak BSN akan mengeluarkan panduan prosedur operasi standard (SOP) dari semasa ke semasa,” katanya.

Tengku Zafrul berkata, bagi penerima di Sabah dan Sarawak tanpa akaun bank, pembayaran akan dibuat mulai awal Februari sehingga 1 April.

“Lokasi tuntutan wang bakal diumumkan pada akhir bulan Januari,” katanya.

Katanya, jumlah penerima BPN 2.0 merangkumi 11.06 juta yang terdiri daripada 5.82 juta individu bujang dan 5.24 juta penerima isi rumah.

“Jumlah bayaran adalah sebanyak RM7.18 bilion setakat ini,” katanya. – Sinar Harian

Ini Jumlah Yang Akan Dapat

Pembayaran bagi fasa 1 BPN 2.0 telah bermula pada 26 Oktober lalu. Kini, penerima sedang menunggu pembayaran fasa 2.0.

Untuk pengetahuan anda, permohonan baru atau rayuan telah pun ditutup pada 1 November lalu. Kepada sesiapa yang belum membuat permohonan, dukacita dimaklumkan anda tidak boleh membuat permohonan baharu.

Pembayaran Bantuan Prihatin Nasional 2.0 (BPN 2.0) fasa kedua akan dibuat pada Januari 2021, kata Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Beliau berkata, bayaran itu juga akan dibuat beserta dengan bayaran kepada permohonan baharu dan rayuan yang lulus.

“BPN 2.0 berjumlah RM7 bilion yang bertujuan meringankan beban 7.5 juta penerima B40 serta 3.1 juta penerima M40 melalui pemberian bantuan tunai secara ‘one-off’.

“Setakat ini, pembayaran fasa pertama sejumlah RM4.5 bilion berjaya disalurkan kepada lebih 9.86 juta penerima, merangkumi tujuh juta penerima daripada kategori B40 dan 2.86 juta penerima daripada kategori M40.

Anda akan menerima baki jumlah pembayaran, sila rujuk di bawah.

Isi Rumah B40 (RM 1000) – Fasa 1 RM 700

Manakala pada fasa 2 anda akan menerima RM 300

Isi Rumah M40 (RM 600) – Fasa 1 RM 400

Manakala pada fasa 2 anda akan menerima RM 200

Bujang B40 (RM 500) – Fasa 1 RM 350

Manakala pada fasa 2 anda akan menerima RM 150

Bujang M40 (RM 300) – Fasa 1 RM 200

Manakala pada fasa 2 anda akan menerima RM 100

“Bagi penerima BPN 2.0 yang tidak mempunyai akaun bank, penunaian mula disediakan di cawangan Bank Simpanan Nasional mulai 26 Oktober 2020,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan mengenai Laporan LAKSANA Ke-31 pelaksanaan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) dan Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA), hari ini.

Mengulas lanjut, Tengku Zafrul berkata, tempoh permohonan baharu serta rayuan BPN 2.0 pula telah berakhir pada 15 November lalu.

“Sehubungan itu, pembayaran fasa kedua beserta bayaran kepada permohonan baharu dan rayuan yang lulus akan dibuat dalam bulan Januari 2021,” katanya.

Sumber : BHARIAN ONLINE

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *