Semasa

“Setiap hari fikir m4ti” Lisda Mengaku ada msalah komunikasi dlm keluarga

KUALA LUMPUR: Pernah memuat naik entri dalam laman sosial yang menyentuh masalah komunikasi dalam keluarga, pelakon Lisdawati menafikan ia berkaitan dengan hubungannya bersama suami, Fauzi Nawawi.

Lisda atau nama sebenarnya, Nisdawati Nazaruddin, 42, mendedahkan hubungannya bersama suami baik, apatah lagi selepas melahirkan anak keempat yang kini berusia dua tahun.

Bukan itu sahaja, ibu kepada lapan cahaya mata termasuk empat anak tiri membuat pengakuan jujur, banyak belajar daripada setiap dugaan yang ditempuhi.

“Secara jujurnya, hubungan saya dengan Fauzi, Alhamdulillah sentiasa baik sejak kami mendirikan rumah tangga pada 2007. Orang selalu memandang saya memegang watak wanita lemah lembut, Fauzi pula watak antagonis.

“Orang menyifatkan Fauzi suka buat perangai, saya pula selalu teraniaya. Tetapi, Alhamdulillah, hubungan saya dan suami sangat baik dan saling memahami.

“Semua kisah tersebar saya anggap sebagai ujian yang perlu ditempuh. Sebagai isteri, saya percaya ujian bukan datang dengan sengaja. Jujurnya, saya bahagia sejak melahirkan anak keempat. Malah, saya merasakan melalui fasa kembali bercinta dengan Fauzi saat hamil anak keempat,” katanya kepada BH Online.

Lisdawati berkata, dia menyeru kepada isteri, jangan mudah melenting dan membuat spekulasi. Ujian pula hadir melihat kekuatan diri.

“Saya percaya ujian Allah tidak datang bersahaja, tetapi untuk kita belajar.

“Setiap masalah dilalui dan selesaikan dengan cara baik. Lebih baik daripada marah dan melenting. Saya bahagia dengan cara ini. Saya percaya jika hubungan baik akan memberikan rezeki dalam keluarga. Saya dan Fauzi bukan manusia sempurna, ada kekurangan.

“Saya kena belajar untuk tidak melenting dan mencari kesalahan orang lain. Setiap kali musibah berlaku saya tanya diri apa salah saya hari ini. Saya selalu ambil masa berbicara dengan Allah SWT, terutamanya ketika ditimpa ujian. Saya selalu yakin Allah peluk saya. Disebabkan itu, saya tenang menghadapi segala-galanya,” katanya.

Netizen selalu memandang Lisdawati memegang watak wanita lemah lembut, Fauzi pula watak antagonis. Bagaimanapun, mereka bahagia dan saling memahami. – Foto IG Lisdawati
Netizen selalu memandang Lisdawati memegang watak wanita lemah lembut, Fauzi pula watak antagonis. Bagaimanapun, mereka bahagia dan saling memahami. – Foto IG Lisdawati
Akuinya, setiap masalah yang hadir mendidiknya mencari kesalahan pada diri.

“Jika diberikan ujian, saya selesaikan masalah saya dahulu. Sebab ujian untuk saya hadap. Jika Fauzi boleh tenang, jadi saya pun kena tenang.

“Jadi, saya kena bersikap positif, anak-anak pun tenang. Saya juga selalu bercakap dengan anak-anak, fitn4h datang pada bila-bila masa, jadi hadapi dengan baik,” katanya.

“Saya mula memakai stoking dan bertudung labuh. Saya akui, semuanya mulai berubah. Setiap hari saya akan mencari jalan pulang. Pada masa sama, saya mahu bawa anak-anak ke jalan yang sama.

“Setiap hari saya fikir, esok saya akan mati, jadi lebih baik saya berbaik dengan semua orang. Saya fikir perkara yang baik sahaja. Jika saya buat salah, saya takut tak sempat minta maaf. Memikirkannya saya jadi takut. Tambah lagi, apabila saya selalu baca berita kematian mengejut.

“Saya akan bercakap dengan anak-anak, mereka perlu bersedia jika saya tiada nanti. Alhamdulillah, anak menerima dengan baik. Anak tiri pun sedang belajar. Saya bersyukur, anak tiri ada kerenah, tetapi mereka anak-anak yang baik,” katanya

Tenang hadapi Mvsib4h

KUALA LUMPUR: Pelakon, Lisdawati mengaku dirinya sekarang lebih tenang menghadapi mu-sibah.

Lisda atau nama sebenar, Nisdawati Nazaruddin, berkata dia sering mengingatkan diri soal kematian, lantas menjadikan dia lebih positif melalui hari mendatang.

“Tambah lagi, apabila saya selalu membaca berita kematian secara mengejut. Disebabkan itu, hari-hari saya berpesan kepada anak-anak agar bersedia kerana bila-bila masa Mama akan pergi.

Lisdawati tak kisah berlakon jadi nenek
‘Anak-anak setuju saya nikahi Natasha’
‘Zaibo pesan jaga anak-anak’
Lisdawati sanggup terima watak ‘nenek kebayan’

“Hari-hari yang berlalu adalah hari-hari untuk saya mencari jalan pulang. Pada masa sama, saya mahu bawa anak-anak ke jalan sama dengan memberi didikan agama yang betul

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *