Semasa

Selepas tular Surat Zahid, Ini Kenyataan Tegas KJ

KUALA LUMPUR – Surat yang tular di media sosial, kononnya Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memberi sokongan dan kepercayaan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri baharu sejak tengah hari tadi, disahkan palsu.

Pejabat Presiden UMNO hari ini menegaskan bahawa ia tidak pernah mengeluarkan surat yang didakwa dihantar kepada Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bagi menyatakan sokongan kepada Ketua Pembangkang itu sebagai Perdana Menteri Kesembilan.

Setiausaha Kerja UMNO, Datuk Mohd Sumali Reduan menjelaskan beliau dan pegawai Pejabat Presiden UMNO sering bertanggungjawab menyediakan segala surat menyurat dan ‘letter head’ tidak pernah dikeluarkan tanpa nombor rujukan.

“Penyebaran surat rasmi berkenaan sangat mela-mpau dan mungkin disebarkan oleh segelintir pihak yang berkepentingan dan berniat jahat bertujuan untuk merosakkan imej Presiden UMNO,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sejak tengah hari, tular mesej dokumen format mudah alih “Surat UMNO kpd Agong.pdf” memaparkan surat yang didakwa ditandatangani Presiden UMNO berhubung pendirian Ahli Parlimen UMNO memberi sokongan dan kepercayaan tidak berbelah bahagi kepada Anwar untuk dilantik sebagai Perdana Menteri.

Beberapa pemimpin UMNO dalam reaksi mereka menafikan dakwaan memberi sokongan kepada Anwar.

Surat bertarikh 11 Oktober, yang kononnya ditandatangani Ahmad Zahid dan disaksikan serta disokong Ahli Parlimen Pekan Datuk Seri Najib Tun Razak selaku Penasihat Barisan Nasional itu, antara lain bagi mengesahkan bahawa Ahmad Zahid bersama Najib dan sejumlah Ahli Parlimen UMNO telah menarik balik sokongan dan kepercayaan terhadap Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan memberi sokongan kepada Anwar.

Beberapa pemimpin UMNO dalam reaksi mereka menafikan dakwaan memberi sokongan kepada Anwar.

Ahli Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yang juga Menteri Luar menerusi akaun Twitter menulis, “Seperti @DrZahidHamidi sebut sebelum ini, beliau tidak boleh halang MP sokong Anwar. Tetapi jika surat yang tular hari ini benar, saya tidak dimaklumkan & ia BUKAN pendirian saya sebagai MP UMNO. Saya mahu nyatakan dengan jelas, saya TIDAK sokong Anwar sebagai PM. Saya konsisten – NO ANWAR NO DAP.”

Ahli Parlimen, Rembau Khairy Jamaluddin, yang juga Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, menafikan pernah menyatakan sokongannya kepada Anwar.

“Jika surat itu benar, saya ingin menyatakan secara tegas bahawa pendirian presiden parti tidak mewakili suara saya. Saya tidak menyatakan sokongan untuk Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri. Saya harap Ahli Parlimen UMNO lain akan menyatakan pendirian mereka dengan jelas. Mari kita lihat siapa yang ada angka,” katanya dipetik menerusi laman Instagramnya hari ini. –

KJ tolak Anwar, mahu semua ahli Parlimen Umno nyatakan pendirian – “Mari lihat siapa yang ada angka”

AHLI Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin tegas dengan pendiriannya untuk tidak menyokong Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri.

Perkara itu ditegaskan nenteri sains, teknologi dan inovasi itu menerusi satu kenyataan yang dibuat di dalam Instagram Story, pada Sabtu.

Penegasan Khairy itu susulan tersebarnya sepucuk surat yang kononnya ditulis oleh Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamid kepada Yang di-Pertuan Agong menyatakan sokongan parti itu terhadap Anwar sebagai perdana menteri seterusnya.

“Jika surat itu benar, saya ingin menyatakan secara tegas bahawa presiden saya tidak bercakap bagi pihak saya. Saya tidak menyokong Anwar Ibrahim untuk menjadi PM. Saya harap ahli Parlimen Umno yang lain akan menjelaskan kedudukan mereka. Mari kita lihat siapa yang mempunyai nombor,” demikian tulis beliau.

Tedahulu, sepucuk surat menggunakan kepala surat Pertubuhan Kebangaan Melayu Bersatu (Umno) tersebar kononnya ditulis oleh Ahmad Zahid selaku Presiden Umno kepada Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah.

Intipati surat itu menggunakan tarikh 11 Oktober itu menyatakan ahli-ahli Parlimen Umno memberi sokongan kepada Anwar sebagai calon perdana menteri kesembilan.

Surat yang tular di media sosial kononnya ditulis oleh Ahmad Zahid.

Selain itu, surat tersebut juga menyatakan pula bahawa Ahmad Zahid dan mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak serta sebilangan ahli Parlimen Umno telah menarik balik sokongan serta kepercayaan kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Bagaimanapun, ibu pejabat Umno menafikan surat yang tular itu ditulis oleh Zahid dan Najib dan menegaskan ia sangat jelas palsu dan tidak mempunyai nombor rujukan.

Sementara itu, Ahmad Zahid dan serta Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Ahmad Maslan menerusi Twitter masing-masing menegaskan mereka tetap berpegang teguh dengan keputusan Majlis Tertinggi (MT) Umno sebelum ini yang mahu mengukuhkan Muafakat Nasional (MN).

Pada 13 Oktober, Anwar menghadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah untuk menunjukkan bahawa beliau mendapat sokongan majoriti dari ahli Parlimen untuk menjadi perdana menteri seterusnya.

Namun, Istana Negara pada hari yang sama menerusi satu kenyataan berkata, dalam pertemuan selama 25 minit bersama Al-Sultan Abdullah, Presiden PKR itu tidak menyerahkan senarai nama ahli Parlimen sebaliknya hanya menyatakan jumlah sokongan yang diperolehinya.

SD Maszlee sokong Anwar pula tersebar

KUALA LUMPUR – Akuan bersumpah (SD) tertera nama bekas Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik yang didakwa menyokong Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri juga tular hari ini.

SD satu muka surat itu tertera nama Maszlee selaku Ahli Parlimen Simpang Renggam yang siap ditandatangan itu turut memaparkan kad pengenalan beliau.

Ia kononnya ditandatangani Maszlee pada 9 Oktober lalu.

“Saya dengan ini menyatakan sejujurnya dan rela hati tanpa apa-apa janji, ancaman atau darongan bahawa, saya seikhlasnya memberikan sokongan yang tidak berbelah bagi dan setia kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim, Ahli Parlimen Port Dicksan (P132), untuk dilantik sebagai Perdana Menteri kesembilan ke-9 sehingga sidang Parlimen keempat belas ke-14) dibubar oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim,” tulis di dalam SD itu.

Dalam pada itu, SD itu turut berkata, Maszlee bersedia untuk dipanggil menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al Mustafa Billah Shah.

“Saya seikhlasnya memberi Akuan Sumpah ini kepada Anwar Ibrahim dan memberikan kebenaran mutlak kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim, Ahli Parimen Port Dickson (P132) untuk mengemukakan Akuan Sumpah ini kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong,” tulis SD berkenaan lagi.

Sokongan Maszlee terhadap Anwar itu didedahkan sebuah portal berita MalaysiaNow, hari ini.

Laporan memetik sumber itu menyebut, tindakan Maszlee itu mengeruhkan lagi hubungannya dengan Tun Dr Mahathir Mohamad.

Pejuang cadang Dr M jadi PM sementara tunggu PRU15

Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) hari ini telah mencalonkan pengerusi mereka Dr Mahathir Mohamad untuk perdana menteri kali ketiga sehingga PRU15.

Menurut parti serpihan Bersatu itu, ia adalah untuk menyelamatkan negara sementara menunggu pilihan raya akan datang, kata setiausaha politik Mahathir Abu Bakar Yahya.

“Kami ahli jawatan kuasa penaja parti Pejuang telah pun memutuskan dengan sebulat suara bahawa Tun M sebagai calon perdana menteri bagi menggantikan perdana menteri yang ada sementara menunggu pilihan raya umum ke-15 jika negara mahu diselamatkan,” kata Abu Bakar dalam hantaran Facebook.

Tambahnya, keputusan tersebut turut dipersetujui anak Mahathir, Mukhriz yang juga presiden parti Pejuang.

Untuk rekod, parti Pejuang masih menunggu pendaftaran daripada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS).

Kenyataan itu hadir ketika politik negara terus dalam keadaan tidak menentu, dengan presiden PKR Anwar Ibrahim mendakwa mempunyai sokongan ahli parlimen yang cukup untuk membentuk kerajaan.
Lima Ahli Parlimen Pejuang termasuk Mahathir telah mengemukakan usul tidak percaya terhadap Muhyiddin sebelum ini.

Pejuang kini tidak menyertai mana-mana sekutu tetapi ada spekulasi yang belum disahkan bahawa Mahathir mungkin akan bekerjasama dengan bekas pesaingnya, veteran Umno Tengku Razaleigh Hamzah.

Mahathir kembali memegang jawatan perdana menteri pada 2018, sebelum mengundurkan diri pada Februari setelah Muhyiddin Yassin mengumum Bersatu keluar daripada Pakatan Harapan.

Tawarannya untuk dilantik kembali sebagai ketua kerajaan perpaduan gagal, begitu juga usaha untuk meyakinkan PKR dan Anwar untuk menyokongnya untuk sementara waktu sebagai perdana menteri sehingga November.
Mahathir kemudian menyokong presiden Warisan Shafie Apdal sebagai perdana menteri, tetapi rancangan tersebut turut tidak membawa sebarang hasil.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *