Semasa

‘Takkan Jadi Tukang Kebun Pulak’– Jawapan Sarkastik Khalid Jamlus Buat Ramai Mula ‘Hilang Respect’

Nama Khalid Jamlus, bekas pemain bola sepak kebangsaan Malaysia menjadi buah mulut orang ramai selepas ceritanya melelong kasut emas melalui live Facebook tersebar. Terbaru, Khalid sekali lagi menjadi perhatian apabila caranya menjawab soalan wartawan ketika satu sidang media semalam menjadi kritikan netizen.

Sikap Khalid keterlaluan

Semalam, Timbalan Menteri Belia dan Sukan, YB Senator Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal mengambil inisiatif bertemu Khalid Jamlus menerusi sidang media.

Walaubagaimanapun, bukan pertemuan itu yang menjadi tumpuan, tetapi sikap Khalid menjawab soalan wartawan dengan cara sarkastik itu menjadi kritikan warganet.

Attitude kelaut

Korang dah dengar belum jawapan ‘lejen’?

Wartawan: Hasil rundingan apa jawatan yang ditawarkan? Ketua jurulatih ke?

‘Lejen’: Takkan tukang kebun kot.

#MentalitiPantat

Ramai menganggap sikapnya itu agak keterlaluan apabila soalan berkaitan jawatan yang ditawar kepadanya mengundang pelbagai reaksi bagi yang menonton sidang tersebut.

Perkara ini membuatkan netizen berasa menyampah dengan gaya pertuturannya yang acuh tak acuh itu. Ramai meninggalkan komen di laman Twitter milik E_Blackbeard yang memuat naik potongan sedutan sidang media tersebut.

Bukan kerja hina punH, ilang respect aku

Kau punya bongkakT, ak perlu nak berlagak

SATU pertemuan yang sangat bermakna buat bekas pemain bola sepak terkenal, Khalid Jamlus apabila bertemu empat mata dengan Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal, semalam.

“Hasil pertemuan tersebut, insya Allah ada sinar untuk saya. Beliau ada menyuarakan idea bagaimana saya boleh teruskan kehidupan pada masa akan datang.

“Beliau ada memberi peluang yang bagus untuk saya pada masa akan datang. Tunggu dan lihat saja nanti,” katanya pada sidang media sejurus selepas bertemu secara rapat dengan Fahyhsal.

Apabila ditanya adakah dia akan dilantik menjadi jurulatih, ini jawab Khalid.

Pertemuan secara rapat antara Khalid dan Wan Fayhsal disaksikan oleh Noorul Ariffin. – Foto: Amin Farij Hassan

“Apa yang saya boleh cakap, peluang itu masih dalam bidang bola sepak yang berkaitan dengan Kementerian Belia dan Sukan.

“Saya boleh curahkan ilmu dan pengalaman yang ada. Pengalaman itu mahal.

“Andai diberi peluang jadi jurulatih sekurang-kurangnya itu untuk masa depan saya. Saya ada pengalaman, inilah masa saya nak curahkan bakti saya tidak kisahlah di peringkat negeri atau kebangsaan.

“Tidak bertaraf lagenda tidak mengapa, janji pengalaman saya ini penting untuk mencurahkan ilmu kepada anak-anak muda,” jelasnya yang hanya menunggu pengumumuman yang akan dibuat oleh Wan Fayhsal.

Apa kata anda? Kongsikan bersama kami

Sumber : E_blackbeard

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *