Semasa

“Telah Dit4han JAIS” Sajat dedah jalani pemb3dahan tukar jantina, ini hak yg dia minta

PETALING JAYA – Usahawan kosmetik sensasi, Nur Sajat seperti memberi bayangan ingin meninggalkan agama Islam selepas mendakwa kerja-kerja amal kebajikannya tidak dipersetujui segelintir pihak.

Bukan itu sahaja, Sajat atau nama sebenarnya, Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman mendedahkan, dia sudah menjalani pemb3dahan penukaran jantina.

“Adakah aku seorang k4fir? Seorang yang tidak layak memeluk Islam dan berbuat baik dalama agamaku.

“Bila terjadi macam ini, aku rasa, aku makin jauh untuk mendekatkan diri dengan Allah. Ujian berat dan tindakan tidak wajar pada diri aku kerana aku bersedekah dengan memakai pakaian wanita.

“Ini semua h4ram. Kau itu tak layak beragama Islam. Sebab itu kad pengenalan lelaki walaupun kau tiada n4fsu pada wanita. Semua kata kau ini lelaki dalam kad pengenalan.

“Walaupun kau sudah menjalani pembedahan penukaran jantina. Ini semua kau buat wakaf tetap haram sebab kau berpakaian wanita,” tulis Sajat melalui InstaStorynya.

Selepas mengambil keputusan untuk berdiam diri mengenai video yang tular di media sosial baru-baru ini, usahawan kosmetik Sajat tampil membuat pendedahan sebenar.

Menerusi IGTV yang dimuat naik di akaun Nursajat23, dia menceritakan kisah sebenar dirinya yang digari oleh pegawai Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan ditahan di pusat tahanan sementara, Kuala Kubu Bharu minggu lalu.

Menurut video tersebut, usahawan berusia 36 tahun itu mendakwa dirinya ditahan kerana berpakaian seperti wanita ketika mengadakan majlis doa selamat di Wisma Nur Sajat yang terletak di Shah Alam pada 2018.

Datang bagi keterangan pada JAIS

Malah, Sajat juga mendakwa mendapat layanan tidak sepatutnya selain dicederakan dan digari sehingga mengalami bengkak selepas bergelut bagi mempertahankan diri.

“Hak saya sebagai manusia yang telah memberi kerjasama telah direman ditahan di pusat tahanan sementara di Kuala Kubu bahru.

“Sepatutnya surat jamin yang dikeluarkan pihak mahkamah itu dilengah-lengahkan oleh Mahkamah Syariah . Saya berhak diberi hak asasi kemanusiaan untuk hidup seperti manusia yang lain juga,” luhanya.

Selain itu, dia turut memuat naik di Instastory meluahkan rasa sedih dan terkilan dengan layanan dan diskriminasi sesetengah pihak terhadap golongan sepertinya.

Sajat juga mempersoalkan mengenai hukum agama adakah hanya berpandukan cara seseorang berpakaian sahaja?

“Adakah aku seorang kafir?”“Aku selalu bersedekah!”

Namun, lebih mengejutkan apabila Sajat menulis mengenai dirinya yang mendakwa sudah membuat pembedahan jantina seperti dikecohkan oleh netizen sebelum ini.

Atau mungkin penulisan di Instastory itu sekadar monolog dalaman tentang persepsi orang ramai terhadap dirinya?

“Sebab kau tu ID lelaki”

“Muhammad Sajjad adalah lelaki”


“Kalau keluar agama, baru semua gembira”

Pemilik Nur Sajat Gold ini juga meluahkan rasa mahu keluar dari agama kerana sangat tertekan dengan ketidakadilan yang berlaku terhadap dirinya sehingga lupa segala kebaikan dilakukan sebelum ini.

“Aku rasa Islam itu berat. Jika aku keluar agama Islam baru mereka gembira!! Patut ke aku keluar dari agama ku?” ujarnya.

Selain itu, Sajat turut berkongsi pandangan netizen yang juga tidak bersetuju dengan layanan yang diberikan oleh pihak JAIS meskipun dia bersalah.

Dia masih seorang yang berhati mulia

Kita takde hak untuk menghukum

Setiap yang berlaku pasti ada hikmah. Moga ada jalan penyelesaian terbaik buat dirinya dan pihak bertanggungjawab. Ingat, pintu Allah sentiasa terbuka untuk bert4ubat.

Terdahulu, Nama Sajat kembali menjadi bahan bualan netizen selepas dia mendakwa, dirinya ditahan r3man oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) kerana mengadakan majlis doa selamat dan bacaan yassin di pejabatnya di Shah Alam.

Menurut Sajat, 36, dia dit4han pada tanggal 6 Januari lalu di Pusat Tahanan Sementara (PTS) di Kuala Kubu Bharu dan dia telah dilayan tidak wajar walaupun datang bertujuan memberi keterangan dan kerjasama pada pihak JAIS.

Difahamkan, Sajat ditahan selepas mengadakan majlis doa selamat untuk anak-anak tahfiz pada tarikh 23 Februari 2018 sebelum segelintir pihak mengambil tindakan membuat laporan kepada JAIS yang tidak bersetuju dirinya berpakaian seperti seorang wanita yang dilihat seperti memperm4inkan agama

Dah baca? Jangan lupa like, share dan komen ya. Terima kasih

Sumber: Instagram Nur Sajat , YouTube Budiey via OMM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *