Semasa

To’ki mula pindah rumah baharu, Ini yg terjadi kepada pondok lama

SYUKUR tak terhingga! Itu luahan yang diungkap berkali-kali penyanyi dan komposer terkenal To’ki setelah menerima kunci rumah sewa baharu pada petang Jumaat.

To’ki atau Mohd Zaki Mansur, 53, berkata, dia tidak menyangka kisah hidupnya mendapat perhatian banyak pihak sehingga menerima bantuan rumah daripada pihak Pusat Pungutan Zakat – Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP).

To’ki terima kunci rumah sewa baharunya.

“Tak pernah saya jangka akan dapat perhatian sebegini rupa, sampai macam ni orang ramai ambil berat terhadap diri dan keluarga.

“Terima kasih kerana beri sokongan agar saya dapat hidup dengan baik dan terus berkarya. Insyallah pengisian dalam karya-karya saya selepas ini akan meletakkan Allah sebagai perkara pertama, ” kata To’ki kepada mStar.

Penyanyi yang terkenal dengan lagu Biasan ini menerima sebuah rumah flat tiga bilik tidur di Taman Setapak Indah, Kuala Lumpur.

Dalam pada itu, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) PPZ-MAIWP, Ustaz Ahmad Shukri Yusoff yang hadir bagi majlis penyerahan kunci kediaman tersebut memberitahu To’ki tidak perlu bimbang tentang bayaran sewa bulanan kerana ia akan ditanggung selama setahun.

Kunci rumah sewa baharu To’ki diserahkan pada petang Jumaat.

“Alhamdulillah akhirnya To’ki dapat tinggal di kediaman yang lebih selesa, kami juga lengkapkan rumah ini dengan perabot-perabot asas.

“Buat masa ini dia (To’ki) tidak perlu risau tentang sewa bulanan di mana ia akan ditanggung pihak kami untuk tempoh sehingga satu tahun. Kemudian ia akan dibincangkan kembali mengikut keperluan.

“Apa yang penting To’ki dapat terus berkarya demi kelangsungan hidupnya bersama isteri, ” ujarnya.

Baru-baru ini kisah kehidupan To’ki heboh diperkatakan ramai selepas tular foto pondok usang yang didiaminya bersama isteri di pinggir hutan di Batu 12, Gombak, Selangor.

RUMAH TO’KI DALAM HUTAN AKAN DIKEKALKAN UNTUK TO’KI

“Alhamdulillah.. seperti yang kita janjikan lebih kurang seminggu sebelum ini bahawa kita mahu keluarkan To’ki dari pondok di Batu 12. Tempat itu akan terus dijadikan tempat untuk To’ki berkarya, dan hari ini, rumah ini untuk To’ki dan isterinya tinggal.

“Kita juga telah lengkapkan rumah ini dengan perabot-perabot asas supaya To’ki dan juga keluarga dapat hidup dalam keadaan selesa. Ini adalah usaha kita bersama dan kita mahu To’ki terus mampu berkarya selepas ini,” kata Shukri selepas menyerahkan kunci rumah berkenaan kepada To’ki pada Jumaat.

Sementara itu, To’ki sangat bersyukur dengan usaha yang telah dijalankan oleh pihak PPZ yang sudi mencari rumah berkenaan kepadanya selepas hampir dua tahun menghuni pondoknya itu.

Baginya, peranan yang dimainkan oleh pihak PPZ dan pihak lain dalam membantu beliau sangat besar dan tidak mampu dibalas.

To’ki sewaktu menerima kunci kediaman baharu daripada pihak PPZ

“Saya bersyukur kehadrat Allah SWT dan terima kasih kerana PPZ sampai tahap ini membantu saya. Saya tak terfikir sebelum ini sampai macam ni orang ambil berat pasal saya sekeluarga.

“Terima kasih kerana terus memberikan sokongan untuk saya terus berkarya,” kata To’ki.

Bukan itu sahaja PPZ juga telah menanggung kos pembaikan kereta To’ki yang telahpun siap bagi membolehkannya lebih mudah bergerak.

Malah PPZ juga turut menyediakan katil yang lebih sesuai untuk isterinya yang masih cedera selepas terbabit dalam kemal4ngan bulan lepas selain menghadiahkannya kerusi roda yang baharu.

DAPAT SUMBANGAN SEBUAH KERETA

Bagai dikunjung tuah, nasib To’ki bertambah ceria selepas sebuah syarikat penjual kenderaan terpakai, pihak ZZ Auto Services, menerusi pemiliknya Zaihan Che, bersetuju untuk menghadiahkan sebuah kereta yang lebih selesa kepadanya untuk memudahkan urusan hariannya.

Kisah To’ki mula mendapat perhatian selepas disiarkan Astro AWANI pada 30 Jun lalu yang menarik perhatian pelbagai pihak yang tampil menghulurkan bantuan kepadanya.

Sumber: mStar

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Hiburan Netizen

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *