Hiburan

”Walau Korang Pernah H4ncurkan Nama Aku” – Mamat Mula Buka Cerita Fasal Kumpulan Sepah

Pelawak, Mamat Sepah ada berkongsi kisah mengenai perpecahan kumpulan lawak yang dianggotainya bersama Jep dan Shuib lebih kurang 10 tahun yang lalu.

Menurut Mamat, dia mengakui kehilangan sahabat baik amat perit baginya namun tetap akur dengan segala yang terjadi.

“Dalam dunia ni, ada satu je kawan saya yang datang rumah mak saya takkan mar4h iaitu Jep.

“Pada pandangan orang luar ye memang Sepah tengah banyak duit ketika itu, muka kitaorang bertahun keluar tv non-stop.

“Tapi bila kita berg4duh pasal kerja, pasal attitude saya dan semua ada masalah masing-masing, kita ada alasan yang tersendiri.

“Bila saya kehilangan kawan saya tu, saya dah tak tahu nak cari kawan yang sebaik mana lagi macam diorang ni. Mereka terlampau baik dalam hidup saya,” katanya.

Kisah tersebut dikongsikan oleh Mamat menerusi program bual bicara, Rumah No 107 yang disiarkan di saluran Astro Warna.

Dalam pada itu, Mamat atau nama sebenarnya Mohd Noor Murad mengakui dia sentiasa mendoakan yang terbaik buat Sepahtu meski dia pernah menganggotai kumpulan lain sebelum ini.

“Tapi itu mungkin kesilapan saya, masa ataupun orang sekeliling yang mengapi-apikan tapi saya tidaklah mahu menyalahkan orang sekeliling. Semuanya berbalik kepada diri sendiri.

“Lama kami sunyi tapi kita tak pernah bertengk4r atau bertumbvk. Saya tiada persoalan buat mereka sebab mereka dah jawab segalanya.

“Cuma saya nak diorang tahu, satu hari nanti apa itu erti persahabatan dan mereka tahu betapa sayangnya saya pada mereka.

“Sebab mereka berdua ni saya letakkan ke depan walaupun saya pernah ada group lain,” jelasnya lagi.

Pada masa sama, Mamat turut mendedahkan bahawa dia tidak pernah berdend4m atau menyimpan perasaan terhadap dua sahabat baiknya itu.

“Bagi saya mereka tiada d0sa dengan saya. Jangan satu hari nanti mereka m4ti mereka bagi tahu isteri mereka ada d0sa dengan Mamat. Aku nak korang tahu hari ni yang korang takda d0sa dengan aku.

“Dengan apa yang terjadi walau korang pernah hancurkan nama aku satu ketika dulu, aku nak korang m4ti nanti korang cakap kat bini korang tak perlu minta maaf dengan Mamat sebab aku dah ampunkan awal 10 tahun yang dulu.

“Sebab kita pernah janji kita nak m4ti sanma-sama. Kau m4ti aku duduk sebelah liang lah4at kau. Itu saya pernah cakap dengan Jep,” katanya jujur.

Mamat, Jep dan Shuib menubuhkan kumpulan Sepah ketika menyertai program Raja Lawak musim ke-3.

Bagaimanapun, Mamat telah disingkirkan daripada kumpulan tersebut pada 2012 atas sebab-sebab tertentu.

Mamat atau nama sebenarnya, Mohd Noor Murad berkahwin dengan anggota polis yang bertugas Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam itu pada 1 Mac lalu.

Mamat dan Nordiana terlebih dahulu mengikat tali pertunangan pada 2018.

Sepah (kumpulan pelawak)
Kumpulan Sepah merupakan peserta rancangan realiti Raja Lawak dan Juara Maharaja Lawak 2011. Kumpulan dari Johor ini cukup dikenali menerusi rancangan komedi mereka iaitu Bujang Sepah Lalalitamplom. Sepah dianggotai tiga orang anak muda iaitu Jep (Mohd Nazri Zainal Abidin), Shuib (Shahmira Muhammad) dan Mamat (Mohd Noor Murad). Shuib merupakan suami kepada penyanyi Siti Sarah. Jep pula berkahwin dengan pelakon, Sari Yanti pada 2017

Sejarah Awal

Jep dan Mamat terlebih dahulu berkawan semasa sama-sama masih bersekolah di SMK Sultan Ibrahim, Kulaijaya, Johor. Jep dan Shuib pula berkenalan sewaktu bertemu di ujibakat AF 4 tetapi tidak terpilih. Persahabatan mereka berlanjutan hingga sama-sama bekerja sebagai Ramp Agent untuk Air Asia bersama-sama Shuib. Disebabkan ingin melengkapkan kumpulan mereka, Jep mencadangkan rakan lamanya Mamat yang seorang kaki langgar. Shuib sebelum bertemu Jep, dia berkenalan dengan Mawi sebelum juara AF 3 itu menjadi selebriti semasa dia masih bekerja sebagai dj di restoran dimana Shuib sering berkaraoke.

Asalnya masing-masing minat menyanyi dan mahu menjadi penyanyi tetapi disebabkan mendapat nasihat yang syarikat rakaman mahukan rupa paras yang menarik, mereka pun mengubah hala tuju dengan memilih platform Raja Lawak untuk memasarkan bakat mereka dan percubaan itu akhirnya menjadi apabila mereka ditabalkan Raja Lawak musim ke 3 dan kumpulan pertama menjuarai pertandingan itu.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber: MH

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *