Semasa

Wan Fayhsal Solat Jumaat, Sekali Ada Tun M Kat Saf Belakang

KUALA LUMPUR – Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal menjelaskan beliau tidak perasaan Tun Dr Mahathir Mohamad berada di saf belakangnya ketika solat Jumaat di Masjid Putra hari ini.

Pengerusi Biro Perhubungan Antarabangsa Armada Bersatu itu berkata, beliau sampai awal di masjid diikuti menteri kabinet lain.

“Alhamdulillah diberi satu lagi kesempatan untuk solat Jumaat di Masjid Putra.

“Tak sedar ayahanda Tun ada di saf belakang. Saya sampai awal, kemudian YB Dato’ Sri Dr Adham Baba, dan kemudian baru YB Senator Dr. Radzi Jidin.

“Semoga kita semua berada di bawah naungan-Nya,” tulisnya di laman Facebook miliknya di sini hari ini.

Wan Ahmad Fayhsal yang juga bekas Pegawai Khas, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman memuatnaik status bagi menjawab hantaran di Facebook Saya Sayang Tun Dr Mahathir.

Fanpages itu turut memuatnaik gambar beliaun dan Menteri Pendidikan dengan status seolah-olah menyindir mereka.

“Solat Jumaat di Masjid Putra.

“Macam kenal dua di hadapan tu.

“Akhirnya semua bersujud ke arah yang sama,” tulis fanpage itu.

Sebelum Ini Syed Saddiq cabar Wan Ahmad Fayhsal

Bekas Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mencabar Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal berdepan dengannya dalam pemilihan parti.

Beliau membuat cabaran itu kerana dipercayai tidak puas hati dengan kenyataan balas Pengerusi Biro Perhubungan Antarabangsa Bersatu itu yang menegaskan dirinya tidak berhak menggunakan nama Armada dan Bersatu untuk apa-apa tujuan sekalipun.

“Kenapa takut nak berdepan saya dalam pemilihan parti? Biar akar umbi memilih, bukan kerana takut kalah, terus sokong pemecatan,” katanya ringkas menerusi ciapan Twitternya hari ini.

Syed Saddiq dikatakan bengang apabila Wan Ahmad Fayhsal menegurnya cuba campur tangan soal parti Bersatu, sedangkan beliau bersama empat pemimpin yang lain sudah dilucutkan keahliannya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *