Hiburan

Baru Je Raya Pertama Sudah Ada Yang Dik0mpaun RM20,000

Kepala Batas: Polis mengeluarkan kompaun RM20,000 ke atas pemilik sebuah inap desa, di sini, kerana gagal mengawal kemasukan pelanggan di dalam premis sehingga berlaku kesesakan.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor berkata, pemilik berusia 40 tahun itu dikompaun ketika operasi pematuhan prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sempena hari raya pertama semalam.

“Selain itu, 10 pelanggan lelaki berusia antara 20 hingga 40 tahun turut dikompaun RM4,000 setiap seorang kerana gagal mematuhi SOP.

“Ada di antara mereka yang tidak mengimbas kod QR MySejahtera, selain tidak mengamalkan penjarakan fizikal,” katanya dalam kenyataan, di sini, hari ini.

Noorzainy berkata, secara keseluruhan sebanyak 18 kompaun membabitkan jumlah RM88,000 dikeluarkan sepanjang operasi pematuhan yang dijalankan semalam kerana melanggar SOP PKP 3.0.

POLIS menjalankan operasi pematuhan SOP Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di sebuah inap desa di Kepala Batas. FOTO Ihsan PDRM

“Kompaun ini terdiri daripada mereka yang cuba merentas negeri dan melepak di kawasan tumpuan orang ramai.

“Polis daerah ini tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak dan terus akan menjalankan operasi pematuhan demi memastikan orang ramai mematuhi SOP.

“Polis bukan suka-suka untuk mengeluarkan kompaun tetapi ia demi menjaga kesihatan semua daripada terkena jangkitan Covid-19 yang kini dilihat makin membimbangkan,” katanya.

Jaga-Jaga! Lepas Selipar, Polis Akan Pantau Posting ‘Raya’ Di Media Sosial Pula!

Pemeriksaan sempena perayaan Aidilfitri kini tidak hanya tertumpu di sekatan jalan raya semata-mata.

Ini kerana polis akan turut memantau ‘posting’ atau hantaran masyarakat dalam media sosial seperti Facebook.

Ketua Polis Negeri Sembilan Datuk Muhammad Mat Yusop berkata meskipun jalan raya beberapa hari ini lengang dan kenderaan masuk ke negeri itu juga kurang, pemantauan serta pemeriksaan menyeluruh tetap dilakukan lebih 160 anggota polis di sini.

“Selepas solat sunat Aidilfitri mungkin masyarakat akan kunjung-mengunjung, jadi hari ini pasukan pemantau ditambah untuk melakukan pemeriksaan di sekitar taman-taman perumahan dan sempadan daerah di negeri ini.

“Kalau pasukan menerima ‘posting’ gambar-gambar tertentu yang menunjukkan tidak mengikut prosedur operasi standard (SOP) tindakan akan diambil,” katanya.

Muhammad juga berkata hasil pemantauan di beberapa masjid utama di negeri ini, pihaknya mendapati pematuhan SOP dilaksanakan dengan baik.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Nilai Supt Mohd Fazley Ab Rahman berkata pemeriksaan rumah ke rumah pada hari raya hari ini mendapati kawasan perumahan di Nilai Impian tiada sebarang aktiviti yang melanggar SOP.

Terdahulu, Polis Kedah akan memeriksa rumah yang didapati mempunyai jumlah kasut dan selipar yang banyak untuk mengesan individu yang tidak mematuhi larangan rentas negeri pada sambutan Aidilfitri nanti.

Ketua Polis Kedah, Datuk Hasanuddin Hassan berkata, pihaknya mengerah anggotanya melakukan rondaan sepanjang sambutan perayaan itu di seluruh negeri ini.

Kompaun terus sesiapa langgar SOP, tiada beza rakyat atau kayangan

Putrajaya: Polis perlu mengeluarkan kompaun serta-merta terhadap mana-mana individu termasuk orang kenamaan seperti selebriti dan ahli politik yang didapati melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, langkah itu bagi mengelakkan salah faham dalam kalangan rakyat yang kerajaan seolah-olah memberi layanan istimewa kepada golongan berkenaan.

“Oleh kerana banyak isu berkaitan seolah-olah ada perbezaan antara ‘kayangan’ dengan bukan ‘kayangan’ dan walaupun ada tindakan dilaksanakan kepada yang dianggap ‘kayangan’ dan dikenakan kompaun, namun tidak dilakukan ‘on the spot’ (serta merta).

“Kita berpandangan sesiapa sahaja terutama membabitkan VIP seperti selebriti dan ahli politik, kalau didapati ada pelanggaran SOP, pihak polis perlu keluarkan kompaun terus, tidak perlu tunggu sehingga berminggu-minggu untuk mendapatkan keputusan daripada Jabatan Peguam Negara dan sebagainya kerana di dalam akta, mereka boleh mengeluarkan kompaun di lapangan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan sidang media bersama Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah di sini, hari ini.

Ismail Sabri berkata, tiada individu sama ada yang berstatus kenamaan atau rakyat yang kebal daripada tindakan undang-undang.

Sementara itu, Dr Noor Hisham berkata, meskipun negara kini dalam tempoh darurat kesihatan, pelaksanaan PKP 3.0 memberi ruang kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengatur strategi sekiranya jumlah pesakit Covid-19 meningkat secara mendadak.

Beliau berkata, sehingga kini, penggunaan katil di unit rawatan rapi (ICU) mencecah 500 dan menjangkakan jika kes meningkat secara mendadak pada akhir bulan Mei atau pertengahan Jun, KKM memerlukan lebih 1,700 katil ICU bagi menampung jumlah pesakit.

“Dengan menggunakan ordinan darurat ini, kita boleh tangguhkan pilihan raya umum, pilihan raya kecil atau pilihan raya regeri (PRN). Kita lihat implikasi PRN Sabah.

“PKP 3.0 dilaksanakan untuk membantu KKM dan supaya rakyat boleh duduk di rumah bagi mengawal wabak ini dalam tempoh dua atau empat minggu,” katanya.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *