Hiburan

Ucap Tahniah Kat Bell Ngasri, rahsia kekal ’17 tahun’ adik und4ng ramai tertanya2

Jika anda peminat filem tempatan antara filem yang hangat menjadi perbualan sejak kebelakangan ini merupakan filem berjudul 18 Puasa di Kampung Pisang yang memaparkan telatah lucu gandingan ramai pelakon legend.

Antaranya merupakan lakonan daripada Bell Ngasri yang memuaskan hati penonton terutama yang mengikuti siri kisah yang mengaitkan puasa itu.

Walau bagaimanapun, adik pelakon ini yang dikenali sebagai Anne Ngasri turut merasa bangga dengan kejayaan Bell Ngasri sebagai seorang artis yang komited. Anda pasti tahu dengan usia Bell Ngasri yang kini mencecah 40 tahun, kaca televisyen cukup diwarnaikan dengan lakonan dan lawak yang menghiburkan darinya.

Bell Ngasri

Jadi Anne Ngasri juga mengucapkan tahniah dan berdoa agar abangnya itu sentiasa diberikan kesihatan yang baik dan lebih berjaya.

“Tahniah buat Bell Ngasri, seorang artis yang sangat-sangat committed dengan kerjanya. Semoga Bell sentiasa diberikan kesihatan yang baik, dimurahkan lebih lagi rezeki, lebih berjaya.” Tulis adik pelakon utama filem 18 Puasa di Kampung Pisang ini.

Sementara itu, peminat kedua-dua selebriti itu juga tertanya-tanya rahsia awet muda mereka yang pastinya ramai melihat adik Bell Ngasri mahupun dirinya itu masih dilihat seperti berusia 17 tahun.
“Saya membesar dengan cerita-cerita Bell… tetap muda”

“Rahsia Bell nampak muda…”

Umur 35 Tahun, Anak Dah 6 Orang. Comelnya DATIN ANNE NGASRI Nampak Macam Belasan Tahun!

Sejak dulu sampai kini suka tengok raut wajah Datin Anne Ngasri yang sentiasa nampak baby face walaupun dah berusia 35 tahun. Kalau kata belasan tahun pun orang akan percaya, lebih-lebih lagi kalau Datin Anne Ngasri bergambar bersama anak-anaknya. Comel sangat!

Saat ditanya apa rahsianya, ini jawapan Datin muda ini. “Petua saya mudah saja. Saya amalkan banyak minum air suam termasuk ambil vitamin C serta buah-buahan. Kalau dalam seminggu tak dapat makan buah, saya rasa macam ada sesuatu yang tak lengkap.

Ramai juga yang tanya saya pakai apa untuk kulit, nampak cantik dan sentiasa muda remaja. Semestinya saya menggunakan produk ‘Glopink Beauty Skin by Anne Ngasri’ secara konsisten selama empat tahun. Alhamdulillah ia membantu dalam merawat masalah jerawat dan jeragat.

Bagi saya apa jua produk skincare yang kita guna, selain mesti sesuai dengan kulit pastikan juga kita konsisten menggunakannya,” kongsi Datin Anne Ngasri yang turut memiliki jenama tudung sendiri iaitu ‘AnneNgasri Exclusive’.

URUS KELUARGA TANPA PEMBANTU

“Tahun ini sudah masuk dua tahun saya menguruskan keluarga dan menjaga sendiri 6 orang anak tanpa pembantu. Sepanjang tempoh ini saya banyak habiskan masa di rumah. Walaupun penat namun saya gembira dan enjoy melakukannya demi keluarga.

Ramadan baru-baru ini mencabarlah juga kerana saya perlu memasak mengikut selera anak-anak sahaja. Namun alhamdulillah suami dan anak-anak yang sudah besar banyak membantu saya di rumah. Terawih tahun ini pun meriah sebab semua dapat solat berjemaah bersama-sama. Alhamdulillah.

Saya kurangkan aktiviti-aktiviti seni, sebab itulah saya jarang muncul di kaca televisyen. Kalau keluar pun kadang-kadang sahaja, itupun hanya untuk membeli barangan keperluan.”

Datin Anne Ngasri bercerai secara rasmi dengan suami pertama, Abdul Wafi Hassan pada 25 Mac 2010. Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan tiga orang anak. Kemudian Datin Anne Ngasri bernikah dengan Datuk Mohd Sumali Reduan, 48, pada 22 Disember 2012 dan dikurniakan dua orang anak.

Anak-anak Datin Anne ialah Suffian Hakim (anak Datuk Mohd Sumali Reduan hasil perkahwinannya yang terdahulu) kini berusia 15 tahun. Anak-anak Datin Anne yang lain ialah Abdul Warits Abdul Wafi (14), Abdul Wafri Abdul Wafi (12), Nazharah Afroza Abdul Wafi (8), Sufi Harraz (7) Mohd Sumali, dan Nefa Naura Mohd Sumali (2).

KONGSI TIP JAGA ANAK RAMAI

“Menguruskan anak yang ramai kadangkala membuatkan ibu-ibu mudah penat dan stres. Itu saya tak nafikan. Saya faham kerana kita sebagai manusia memang tak boleh lari daripada ujian. Apa yang saya amalkan ialah sentiasa berzikir dan beristighfar setiap kali melakukan kerja-kerja rumah. InshaAllah akan berkurang stres.

Secara tak langsung jiwa pun akan terasa lebih tenang kerana apa jua yang kita lakukan adalah ibadah. Atas pertolongan Allah SWT jugalah segala urusan kita dipermudahkan.

Allah SWT menjadikan wanita sebagai seorang yang lembut jiwanya walaupun luaran nampak kasar atau lasak. Wanita juga seorang yang cukup teliti. Jadi, jangan terlalu memaksa diri kita untuk melakukan semua kerja dalam satu masa. Lakukan secara perlahan-lahan, InshaAllah semuanya akan selesai dengan baik.

SumberAnne Ngasri via hcl

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *