Hiburan

Selepas byr denda lggr SOP, Sekali Awie Cakap ‘Saya berniat baik pun salah ke?’

“Kita dah buat salah, dah langgar prosedur operasi standard (SOP), mengaku dan bayar denda,”.

Demikian kata pengurus kepada Datuk Awie, Mubarak Akhtar berhubung isu perlanggaran SOP yang berlaku dalam sebuah acara yang berlangsung pada 30 April lalu di Melaka.

Dalam rakaman suara yang dihantar kepada media, Mubarak berkata, pihaknya sudah memaklumkan kepada komuniti penarik beca yang hadir supaya tidak memuat naik sebarang gambar atau rakaman di media sosial membabitkan Datuk Awie yang hadir di situ.

“Ini semua benda dah nak jadi, nak buat macam mana. Ini misi bantuan dengan penarik beca. Mereka minta Awie menyanyi, tapi Awie tidak mahu menyanyi. Jadi, kami pasang video muzik saja di depan.

“Kemudian, Awie bangun dan berada di mejanya. Penarik beca kemudian menyerbu. Semuanya masih lagi okay apabila pengacara majlis meminta supaya tidak memuat naik sebarang gambar atau rakaman.

“Penarik beca tak ada seorang pun yang memuat naik. Tapi, yang muat naik, orang lain. Dialah yang buat semua benda ini berlaku,” katanya.

Memetik laporan portal Melaka Hari Ini, penganjur program dan Awie akan dipanggil merakam keterangan dalam masa terdekat.

Isu ini timbul selepas video pendek berdurasi 42 saat memaparkan Awie yang berada dalam satu majlis keramaian tidak mengenakan pelitup mulut, tular di media sosial.

‘Saya berniat baik pun salah ke?’

Kuala Lumpur: Penyanyi rock legenda, Datuk Awie mengesahkan sudah memberi keterangan kepada polis berhubung siasatan isu pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) menerusi video pendek yang tular, sejak semalam.

Awie, 53, yang mengakui bersyukur mendapat layanan baik dari pihak polis berkata, dia turut menceritakan kejadian sebenar yang berlaku.

“Kalau ikut video itu dari depan posisi nampak rapat, tapi sebenarnya ada penjarakan. Takkanlah saya nak bodohkan diri saya. Saya ada anak kecil di rumah dan perlu jaga kesihatan.

“Saya pun tahu hal ini. Saya cuma meraikan mereka. Melihat abang beca yang susah, terdetik di hati saya untuk beri sumbangan kepada mereka.

“Sama ada abang beca yang muslim atau tidak, ibu-ibu tunggal, orang tua, anak-anak yatim dan pelajar tahfiz, kita cuma nak meraikan mereka. Takkan, itu pun jadi satu kesalahan?,” katanya kepada Harian Metro.

Video berdurasi 42 saat yang mencetuskan kontroversi itu diambil pada majlis berbuka puasa yang menjadi sebahagian daripada acara Misi Kemanusiaan Datuk Awie Bersama Sayap-Sayap Wings yang berlangsung di Melaka pada 7 Mei lalu.

Awie berkata, dalam keadaan sekarang di mana semua orang sedang susah, dia cuba menghadirkan kegembiraan kepada golongan ini.

“Yang pergi hantar sumbangan pun bukan orang senang, orang susah juga. Tapi, kita ada hati dan perasaan. Kalau kita ada sedikit, apa salahnya bagi sedikit. Kalau kita ada banyak, buat apa nak fikir lagi.

“Itu niat kita untuk meringankan dan segala pergerakan ikut SOP yang betul. Masuk hotel pun ikut SOP, buat majlis pun ikut SOP yang betul. Ada My Sejahtera, check suhu, buku rekod dan sebagainya.

“Cuma masa kejadian yang berlaku tak sampai dalam 30 saat itu. Saya berdiri di situ kerana sambutan mereka. Saya sendiri rasa teruja dan sangat terharu dengan sambutan abang-abang beca berkenaan,” katanya.

Awie berkata, dia juga meminta kepada penarik beca yang hadir agar tidak sedih pada hari terbabit.

“Mereka tak pernah diraikan oleh artis. Saya nak meraikan mereka semua supaya mereka gembira macam kita beraya dengan sempurna.

“Bila dah habis makan, mereka minta saya menyanyi tapi saya tak boleh menyanyi kerana peralatan menyanyi tiada.

“Sebelum itu pada 30 April lalu, saya buat ‘show’ di hotel yang sama dan ada video yang mereka ambil. Jadi, mereka pasangkan lagu Penjara Janji,” katanya.

Menurutnya dia yang berada di meja hadapan melihat golongan ini yang berada di bahagian belakang mula menyanyi.

“Mereka dah berdiri menyanyi sambil ambil video kat depan. Saya pun bangun dan meraikan bersama-sama. Tapi, ada penjarakan. Selepas itu, saya minta mereka duduk dan ikut SOP.

“Saya panggil ahli jawatankuasa dan abang beca semua dengar cakap. Mereka pun dalam keadaan yang sangat gembira. Kadang-kadang boleh terlupa sekejap.

“Saya percaya yang masuk semua dah diambil suhu dan okay. Tapi nak buat macam mana bila video dah disiarkan sebegitu rupa, mereka yang tak tahu cerita terus hentam saya,” katanya.

Sejak pemakaian pelitup muka diwajibkan di tempat awam bermula 1 Ogos lalu, dengan penguatkuasaan yang membolehkan seseorang itu didenda RM1,000 jika tidak mematuhinya, timbul juga tanda tanya khusus tentang lokasi dan situasi tertentu.
Dalam sidang media berhubung pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) oleh Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, hari ini (Isnin (3 Ogos), sedikit sebanyak persoalan berkenaan diperincikan.

Ismail Sabri memberitahu, bermula 1 Ogos 2020, pemakaian pelitup muka adalah diwajibkan apabila seseorang itu berada dalam pengangkutan awam seperti bas, teksi, kenderaan e-hailing atau LRT dan KTM serta tempat-tempat awam yang sesak.

“Antara tempat-tempat awam yang sesak adalah pasar awam, pasar tani, pasar malam dan juga pasar raya. Tempat tumpuan pelancong serta panggung wayang juga telah ditetapkan sebagai tempat awam yang sesak,” jelas beliau.

Walau bagaimanapun, pemakaian pelitup muka tidak diwajibkan di rumah dan di dalam kenderaan sendiri.

Pemakaian pelitup muka juga tidak diwajibkan semasa melakukan aktiviti fizikal; dan bagi kanak-kanak yang berumur 2 tahun ke bawah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *