Entertainment

Reaksi Farah Ahmad Kepada Video Ibu Mertuanya Ini Buat Ramai Tersentuh

Berikutan pelaksanaan perintah kawalan pergerakan (PKP) oleh pihak kerajaan yang melarang aktiviti merentas negeri dalam kalangan rakyat, ramai yang sedih apabila tidak dapat pulang ke kampung halaman pada hari raya nanti.

Belakangan ini, kita sering mendengar luahan hati anak-anak yang berada di perantauan dan sudah lama tidak menjenguk ibu bapa di kampung halaman dek kerana larangan rentas negeri.

Baru-baru ini, pelakon veteran terkenal Fauziah Nawi berkongsi sebuah video meluahkan perasaan sebagai seorang ibu yang menanti kepulangan anak mereka di kampung halaman.

“Assalamualaikum anak mak. Memang tak boleh balik lagi kan. Nak buat macam mana, keadaan. Kita kena kuatkan hati. Kita jangan lawan, tak guna. Berdoa supaya umur kita panjang dapat kita jumpa lagi nak ya.

“Tak, bohong kalau mak tak sedih, sedih tapi keadaan dah macam ni nak buat macam mana. Anak mak kena kuat untuk mak ya, dan mak akan kuat untuk anak mak.
“Mak sayang anak mak. Selamat hari raya Aidilfitri maaf zahir & batin. Moga kita jumpa lagi ya nak ya,” ujarnya dengan nada sayu.

Walaupun bukan mak sendiri, sebaknya

Meskipun video tersebut mungkin hanya lakonan, ramai penonton yang menitiskan air mata tatkala melihat penyampaian penuh emosi pelakon berusia 68 tahun.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa sebak dan terkenang ibu bapa mereka di kampung.

Dalam pada itu, menantu kepada Fauziah Nawi ada memuat naik video reaksi kepada nasihat raya dari ibu mertua beliau

Video Raya Gabungan Farah Ahmad Dan Ibu Mertuanya, Fauziah Nawi Buat Ramai Yang Menonton Menjadi Seb4k Dan Mengalirkan Air Mata. Alahai Macam Iklan Raya Dah, So T0uching !!

Keakraban pelakon Farah Ahmad bersama mertuanya, Fauziah Nawi sering kali mendapat pujian ramai. Malah, meskipun setelah pemergian suaminya, Pit Hanif, hubungan menantu dan mertua ini masih erat seperti anak dan ibu kandung.

Terbaru, meninjau di akaun Instagram, Farah telah berkongsi satu video yang menggabungkan videonya dan video Fauziah Nawi dalam satu frame. Perkongsian tersebut telah menarik perhatian ramai di laman media sosial.

Manakan tidak, meskipun hanya video pendek, penyampaian mereka begitu mendalam bagi yang sudah menonton kerana ia menggambarkan seorang anak yang mahu pulang beraya bersama ibunya dengan keadaan pandam1k C0v1d-19 yang masih belum reda.

Menerusi video itu juga, Fauziah Nawi telah berkata dia tidak apa-apa jika anak-anak dan cucu-cucunya tidak pulang berhari raya bersamanya. Malah bagi Fauziah, kesihatan dan nyaw4 ahli keluarga itu lebih berharga buatnya.

Selain itu, walaupun Farah tidak mengeluarkan suara dan hanya menggunakan bahasa tubuh dalam video tersebut sudah cukup membuat ramai yang merunt0n jiwa menonton video raya menantu dan mertua ini.

Tonton perkongsian video itu di bawah ini:

“Lama xseframe DIL & MIL @fauziahnawi .

Sementara tgu si thia bangun dan kat luar hujan kita main tik tok dgn silent acting hahahaha.

Alhamdullilah kampung kat KL. Balik kampung ikut hiway gak. Hiway MRR2 5 min sampai heheheh. Alhamdullilah kami anak beranak sedaerah sebelah taman jer 5 min sampai. Buat yang lain kita doa yang terbaik buat semua. Insyallah ada hikmah yang terbaik buat kita dan orang tersayang. Aamiin

Selamat Hari Raya semua.

Kita tahun ni xde iklan raya..xdpt nak buat clash date so kita tik tok raya dgn mil jer.
SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR & BATIN SEMUA.”

Di ruangan komen, rata-rata yang sudah menonton video Farah dan ibu mertuanya itu telah memberikan komen bahawa video tersebut turut membuatkan mereka menjadi seb4k. Antara komen-komen netizen adalah :

” Bila dia cakap, dah jangan nang1s, mmg mata da start rasa nk berair dah. Nti pagi raya lg lah.. “

” Hati seorang ibu yang kasihnya kepada anak-anak. Sed1h plk tengok video ni, selamat hari raya semua.. “

” Video yang ringkas, tapi membawa banyak makna dan nasihat, ad0i seb4k plah pulak tengok.. “

” Weh sed1h lah, tengok muka pun dah sed1h, Farah tak cakap pun, sampai penghayatan tu.. “

” Video raya yang buat ramai orang rasa sedih, yelah dah dua tahun kita tak rasa apa tu erti raya, hurmmm.. “

” I pula yang sed1h, tapi tengok juga video ni berkali-kali, raya yang tak bermakna tanpa keluarga di sisi, rasa kosong jiwa.. “

” Simple video, tapi boleh buat semua orang menang1s, memang terbaik lah. Semoga kita smua sentiasa dilindungi oleh Allah daripada penyak1t berbah4ya.. “

Dia selalu buat aku nangis dengan watak dia

Pada akhir Ramadan ini, mari lah kita sama-sama berdoa agar pandem1k ini akan berakhir secepat mungkin dan kita dapat kembali menjalani kehidupan seperti dahulu dan merasa suasana hari raya. Terima kasih buat Farah dan Fauziah Nawi, video yang sangat bermakna ini.

Sebagai rekod, kerajaan tidak membenarkan aktiviti rentas negeri bagi membendung penularan pandemik C0vid-19 yang semakin meningkat saban hari di negara kita.

Malah, prosedur operasi standard (SOP) sewaktu sambutan hari raya Aidilfitri turut diperketatkan agar dapat mengurangkan lonjakan kes positif virus berbahaya berkenaan.

Fauziah Nawi merupakan pelakon senior Malaysia yang memulakan kariernya sejak tahun 1970.

Sepanjang terbabit sebagai anak seni, beliau turut aktif bekerja dalam beberapa cabang hiburan termasuk nyanyian, pengarahan dan dunia penyiaran.

Biodata

1. Kelahiran Perak pada 26 Jun 1953. Kini berusia 66 tahun.

2. Mula aktif dalam dunia seni sejak tahun 1970 sebagai pelakon, penyanyi, pengarah, penari dan juruhebah radio.

3. Antara drama dibintanginya seperti Dia Bukan Untukku, Surat Dari Langit Biru, Mencari Qiblat, Curi-Curi Cinta dan Semua Salahku.

4. Termasuk telefilem Rumah Di Tengah Sawah, Ampunkan Dosaku, Ombak Laut China Selatan, Pendosa Ingin Ke Syurga dan banyak lagi.

5. Pembabitannya di layar perak, antaranya menerusi filem Mawar Merah, Berlari Ke Langit, The Red Kebaya, Khurafat, Hoore Hoore dan Ratu Kala Jengking: Puteri Kekanda.

6. Juga menduduki kerusi sutradara untuk drama bersiri Baju Kak Long, Sahabat, Azlina, Sebening Kasih dan Pantai Berbisik. Termasuk pementasan teater Dari Bintang Ke Bintang 1 & 2, Opera Ayu Cendana & Muzikal Tok Rimau 1, Salina, Angin Kering, Malam Gelap Bukit Damansara, Korporat, Si Bereng Bereng, Jiwa, Pulang dan Tali.

7. Sebagai penyanyi, beliau pernah merakamkan single Hitam Manis Berseri pada 1974 dan Kasihku Kasihmu (1975).

8. Antara rancangan kendaliannya sewaktu bertugas di konti radio termasuk Radio 4 – Selamat Pagi Malaysia, Morning Show, Your Host, “Non Stop Music and Before We Say Goodnite”, Radio 3 Ibu Kota – Fascinating Malaysia dan Radio 1 – Manis-Manis Garam.

9. Mendirikan rumah tangga dan bergelar isteri kepada Mohd Hanif Gedek pada tahun 1975 hingga 1996. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua orang zuriat yang mana salah seorangnya merupakan penulis skrip dan pengarah, Pitt Hanif.

10. Anaknya, Pitt Hanif meninggal dunia pada Oktober 2019 akibat mati lemas apabila bot dinaiki sewaktu memancing, karam selepas merempuh tiang sebuah jambatan.

Fakta Menarik

Pemegang trofi Anugerah Pelakon Pembantu Terbaik menerusi filem Sayang Salmah dan drama Mendung Tidak Berarak Lagi.
Pernah menjadi tenaga pengajar program realiti, Akademi Fantasia musim keempat (AF4) pada tahun 2006 dan musim keenam (AF6) pada 2008.
Penerima anugerah SMP, PPN, dan PPT.
Mendapat jolokan ‘Most Versatile Broadcaster RTM’.

Silakan SHARE…

Sumber : IG Farah Ahmad, Fauziah Nawi

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *