Hiburan

G0sip bekas isteri dengan menteri, ini reaksi Fizo Omar

Polis mengesahkan laporan bahawa Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Khairuddin Aman Razali ada diperiksa di sekatan jalan raya (SJR) Perasing pada 16 Mei lalu.

Ketua Polis Terengganu Roslee Chik ketika mengesahkan perkara itu kepada Malaysiakini berkata polis kini masih menjalankan siasatan.

Bagaimanapun, Roslee tidak mengulas dakwaan tular mengenai ahli parlimen Kuala Nerus itu diperiksa ketika menaiki kenderaan bersama seorang wanita.

Katanya, persoalan lain mengenai siasatan itu perlu dirujuk kepada Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Bukit Aman memandangkan unit itu sudah mengambil alih siasatan.

“Masih dalam siasatan. Tanya (USJT) Bukit Aman sebab Bukit Aman ambil alih (siasatan),” katanya.

Pemangku Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Dev Kumar, ketika dihubungi pula, mengesahkan bahawa siasatan sedang dilakukan.

Namun, katanya, polis membuka kertas inkuiri terlebih dahulu bagi memastikan apakah ada kesalahan yang dilakukan dalam kejadian berkenaan.

“Kita buka kertas inkuiri polis dahulu. Kita akan panggil semua yang berkaitan dengan isu ini untuk pertanyaan.

“Untuk mengetahui apa yang sebenarnya berlaku di SJR dan jika ada berlaku apa-apa kesalahan,” katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Pemeriksaan Khairuddin di SJR Perasing mula diperkatakan apabila satu mesej tular beberapa hari lalu mendakwa dia ditahan bersama usahawan tudung yang juga bekas isteri seorang pelakon terkenal.

Malaysiakini sedang cuba menghubungi Khairuddin bagi mendapatkan maklum balas.

Fizo Omar tidak tahu g0sip bekas isteri dengan menteri

PETALING JAYA – “Saya tak tahu apa-apa pun tentang kes Mawar dengan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Dr. Mohd. Khairuddin Aman Razali.”

Itu respons ringkas pelakon dan usahawan, Fizo Omar berhubung khabar angin memdakwa bekas isterinya, Mawar Karim kini sedang menjalin hubungan dengan seorang menteri.

Menurut Fizo atau nama sebenarnya Wan Hafizol Wan Omar, 36, dia hanya mengetahui mengenai gosip tersebut semalam.

“Saya tak tahu apa-apa pun tentang mereka dan baru dengar mengenai kes itu semalam,” katanya kepada Kosmo! Online hari ini.

Hasil tinjauan Kosmo Online!, Mawar atau nama sebenarnya Mawar Abdul Karim, 32, juga dilihat menafikan gosip tersebut kepada salah seorang pengikutnya dalam ruangan komen Instagram.

TANGKAP layar komen Mawar terhadap pertanyaan seorang pengikut Instagramnya.

“Letih hendak baca, lebih baik cari nasi kandar.

“Macam-macam cerita keluar. Saya di Kuala Lumpur sahaja. Lepas ini dengan siapa pula nak muncul (digosipkan),” balasnya kepada seorang pengguna Instagram yang mempersoalkan kesahihan gosip tersebut dalam ruangan komen.

Sehingga kini, usaha Kosmo! Online bagi mendapatkan sebarang komen daripada pemilik jenama tudung Fareeda itu masih belum berhasil selepas dia tidak membalas mesej.

Sejak Rabu lalu, tular maklumat dalam aplikasi WhatsApp berhubung Mohd Khairuddin ditahan dalam satu sekatan jalan raya (SJR) Perasing, di Kemaman, Terengganu pada 16 Mei lalu.

Dalam mesej tular tersebut, ketika ditahan, Ahli Parlimen Kuala Nerus itu didakwa berada dalam kenderaan bersama seorang wanita yang merupakan bekas isteri kepada pelakon Fizo Omar, Mawar Karim.

Gosip mengenai pemimpin Pas yang dikatakan sudah berkahwin dengan seorang wanita berstatus janda itu hangat diperkatakan sejak semalam.

Bagaimanapun, sehingga ini tiada sebarang penafian dibuat daripada kedua-dua pihak.

Kongsi Gambar Tangan Lelaki Misteri, Mawar Karim Sudah Temui Pengganti Fizo Omar?

Bekas isteri kepada pelakon Fizo Omar, Mawar Karim mencetuskan tanda tanya apabila berkongsi beberapa keping gambar tangan lelaki misteri di Instagramnya.
Enggan mendedahkan wajah pemilik tangan berkenaan, Mawar membiarkan peminatnya berteka-teki akan individu berkenaan.

Pada masa sama, Mawar menulis bingkisan dan iltizamnya sempena kedatangan tahun baharu 2021.

“Buat 2021, saya mahukan lebih cabaran, berhubung dengan lebih ramai orang yang baik-baik, belajar perkara positif dan lebih kuat,” kata Mawar.

Sementara itu, menerusi ruangan Instagram Stories, Mawar ditanya mengenai pengganti bekas suaminya, Fizo Omar.

“Tiada istilah pengganti dalam perhubungan. Bagi saya, bukan macam baju boleh tukar ganti.

“Dalam perhubungan bukan senang nak jumpa soulmate yang betul-betul ikhlas dengan kita kerana Allah,” jawab Mawar.

Ditanya juga sama ada Mawar akan kembali bersama Fizo, usahawan tudung terkenal itu menyifatkan soalan terbabit terlalu peribadi.

“Maaf soalan itu terlalu peribadi saya tak boleh jawab. Benda dah lepas tak perlu dipersoalkan, diulang lagi.

“Terima kasih kalian yang sentiasa memahami saya. Wanita kena kuat dan terus survive. Hanya orang yang lalui fasa perkahwinan dan penceraian sahaja memahami apa yang dilalui,” kata Mawar.

Mawar dan Fizo mendirikan rumah tangga pada November 2013 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Wan Maryam yang kini berusia empat tahun.

Bagaimanapun, pasangan itu bercer4i pada Julai 2019.

sumber: sinar harian, https://www.inforakyat.net, gempak

Apa kata anda? Kongsikan bersama kami

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *