Hiburan

Ini Reaksi Win Mizz Nina Bila Ramai Mula Tahu Dia Anak Bilionair “Harta bapanya melimpah ruah”

Umum mengetahui, baru-baru ini nama Mizz Nina hangat diperkatakan di media sosial apabila rata-rata netizen mengagumi tauladan baik yang ditunjukkan oleh bekas penyanyi itu.

Bila sebut sahaja nama Mizz Nina atau nama sebenarnya Shazrina Binti Azman pasti ramai yang akan terfikir kisah hebat tentang penghijrahan beliau. Beliau merupakan anak kepada Tan Sri Azman Hashim yang merupakan Pengerusi Kumpulan Ambank.

Walaupun beliau berasal dari keluarga yang terkenal dalam bidang perniagaan, beliau tetap memilih untuk mengikut naluri hatinya yang lebih cenderung ke arah seni dan membina kerjaya sebagai penulis lagu, pereka fesyen dan penyanyi dan berjaya tembusi pasaran antarabangsa.

Menerusi satu perkongsian di Facebook, seorang netizen berkongsikan jawapan Mizz Nina berkenaan perkara itu dalam satu program Malaysia Hari Ini.

Menurut Mizz Nina, dia mengakui berasa takut apabila diagungkan oleh orang ramai kerana setiap pujian pasti akan disertakan dengan jangkaan dan harapan yang tinggi.

Kata Mizz Nina lagi, dirinya bukan siapa-siapa dan jika mahu agungkan seseorang agungkanlah, Rasulullah SAW.

“Kalau rasa nak agungkan seseorang, agungkanlah Rasulullah SAW, para sahabat atau ummul mukminin. Setiap pujian melambung-lambung terhadap sesiapa, sentiasa beserta dengan jangkaan & harapan tinggi,” katanya.

Mizz Nina juga berkata dia seakan tidak percaya apabila mendengar pandang orang terhadap dirinya kerana mereka tidak tahu tentang dirinya yang sebenar.

“Saya rasa, Ya Allah, betul ke saya baik sangat macam tu? Setiap kali baca komen memuji-muji, Ya Allah maafkan mereka tentang apa yang mereka cakap berkenaan saya. Mereka tak tahu siapa saya sebenarnya.

“Maafkan saya dan bantu saya untuk jadi lebih baik daripada apa yang mereka katakan,” ujarnya lagi.

Kata Mizz Nina lagi, dia turut takut jika Allah bertanya apa yang dilakukannya sehingga menerima pujian tersebut kerana baginya dia tidak layak.

“Saya takut sangat nanti Allah akan tanya, ‘apa kamu buat apabila terima pujian begitu? Rasa diri bagus? Atau akan gunakannya untuk perbaiki diri?’. Saya takut,” katanya.

Mizz Nina merupakan seorang selebriti yang patut dipuji kerana perubahannya yang mendadak dan terus kekal sehingga kini.

Sebelum mengambil keputusan berhijab, Mizz Nina dahulunya pernah berkolaborasi dengan artis-artis antarabangsa seperti Flo Rida dan Colby O’ Donis.

Mizz Nina artis tauladan terbaik

Perubahan penyanyi ‘otai’ tanah air, Mizz Nina, seorang artis yang menjadi tauladan terbaik warganet kerana tiada kontroversi membabitkan namanya selepas penghijrahan.

Susulan itu, perubahan drastik beliau yang mengejutkan ramai orang malah dapat sokongan yang positif daripada netizen.

Menerusi media sosial Facebook, Pemilik akaun Izzlara Mungawan memuat naik perkongsian keperibadian rendah diri penyanyi tersebut yang tenang berdakwah.

“Saya adore Mizz Nina dalam penghijrahannya. She turned into a new live. Anak kepada salah seorang taikun Malaysia. Jika diikutkan, segala jenis kontroversi dia boleh bikin.

“Namun, saya tidak pernah mendengar apa-apa khabar angin yang panas sewaktu penghijrahan beliau.

“Kadang-kadang yang terbaik adalah menjadi lebih ‘mahal’ daripada menjadi murah. Tiak perlu membuat kontroversi murahan dan sebagainya,” katanya.

Dalam pada itu, warganet bersetuju beliau tidak pernah menimbulkan sebarang kontroversi bagi menunjukkan tentang perubahannya, malah beliau banyak mengajak semua orang melakukan perubahan ke atas diri sendiri.

Sebelum ini, Mizz Nina telah melancarkan sebuah aplikasi berkonsepkan islamik dan gaya hidup muslim iaitu Qalby App.

Seterusnya, tujuan utama aplikasi tersebut diwujudkan untuk berkongsi mengenai pengetahuan dan keindahan Islam melalui platform media dan teknologi.

“Saya Tak Mampu Buat Apa Yang Nina Buat, Moga Allah Kurniakan Kebaikan Kepada Saya Sebagai Ayahnya” Ramai Tersentuh Dengar Luahan Tan Sri Azman

Mizz Nina memilih untuk menamatkan zaman bujangnya dengan mendirikan mahligai bersama vokalis kumpulan Hujan, Noh Salleh. Sebaik sahaja pulang dari mengerjakan Haji di Tanah Suci Mekah, Mizz Nina mula mengenakan tudung dan mengambil keputusan untuk bersara dari industri seni tanah air. Selepas itulah beliau mula menggiatkan diri dalam bidang perniagaan.

Mizz Nina dan suaminya juga sering pergi ke misi kemanusiaan di seluruh dunia untuk membantu mereka yang memerlukan. Malah platform laman sosial beliau turut dipenuhi dengan kata-kata insiprasi dan isu semasa tentang kemanusian untuk memberi kesedaran kepada masyarakat.

Mizz Nina juga tidak ketinggalan untuk membuat rancangan bual bicara yang diterbitkan oleh DOPS TV (Deen of Peace Studios) Sdn Bhd yang diasaskan oleh beliau sendiri bersama rakan kongsinya Zuhair Amdan dan Syahir Ismail. Rancangan itu ditayangkan pada penghujung tahun 2017 dan mungkin ada yang tidak sedar bahawa pada episod ke 9, Mizz Nina teleh menjemput bapanya sendiri iaitu Tan Sri Azman Hashim sebagai tetamu.

Miliki Segalanya Namun Masih Rendah Diri

Seorang pengguna Facebook, Bakhtiar Fitri Abdul Hamid telah berkongsi tentang rancangan tersebut. Beliau melahirkan rasa kagum terhadap keluarga tersebut. Mereka ternyata tetap merendah diri walaupun berasal dari keluarga yang berada serta mempunyai kedudukan.

Malah Tan Sri Azman sangat menghomati Noh walaupun mereka berbeza bidang. Lebih menyentuh hati, ucapan Tan Sri Azman dalam rancangan itu.

“Saya tak mampu nak buat apa yang beliau (Mizz Nina) buat. Selepas berhijrah, Nina mengajak orang buat kebaikan sedangkan saya pun tidak mampu nak sebarkan kebaikkan”
“Moga Allah kurniakan juga kebaikan kepada saya sebagai ayah kepada Nina”
Bakhtiar turut melahirkan rasa sebaknya apabila seorang ayah boleh buat pengakuan seperti itu dihadapan orang ramai. Bakhtiar juga memuji perilaku Mizz Nina yang istiqamah dengan penghijrahannya.

Sumber : Bakhtiar Fitri Abdul Hamid

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *